Wednesday, March 21, 2007

Kau Yang Satu

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Nia Azalea
"Tiada lagi setelah kau apatah lagi sebelummu"



buku ni dah lama ada utk dibaca tapi tak baca2, akhirnya weekend ni dapat gak habiskan.. ramai gak yang rekemen kan baca.. so all i can say is the story ni macam dah biasa baca.. maybe sebab terlalu banyak novel-novel yang dibaca sebelum ini menampilkan konsep dan jalan cerita yang hampir sama. kalau ditengok dari segi ulang cetak, cerita ini amat laris dan agak popular di kalangan pembaca novel yg setia.


rasanya kalau buku ni the first yg i've read, maybe la i'll say citerni best. tapi terlalu typical (mcm cp kata :) tapi rasanya ramai yg akan enjoy citer genre ini.


serba sedikit citer ni tentang salina dan taufik yang terpaksa berkahwin atas desakan keluarga. Datuk Mustaza (bapa taufik) terhutang nyawa dgn sulaiman (bapa salina) bertindak menyatukan taufik dan salina sbb percaya taufik yg suka berpoya poya akan lebih bertanggungjawab biler ada isteri sebaik salina.



salina pernah menaruh hati kepada zul tetapi zul tak meluahkan perasaan so dia tak mahu menunggu lagi, hanya menurut kata ayahnya. Taufik percaya dia cintakan Bella yang sexy tapi terpaksa kawin dgn salina sbb dia menyebabkan Datuk Mustaza kerugian 1juta ringgit.


well citer selepas tu mcm buleh agak. masing2 mula jatuh cinta, taufik mendapati yg bella curang dengan lelaki lain hingga pregnant so dia sedar sekarang dia dah ada isteri yg baik dan akan cuba memenangi hatinya.


sure fine whatever




terbitan Alaf 21 sdn. bhd
sinopsis belakang buku:


Bot milik peribadi Datok Mustaza telah karam dipukul ombak sewaktu dia keluar memancing di Laut Cjina Selatan. Nasibnya baik, dia telah diselamatkan oleh seorang nelayan bernama Sulaiman. Datuk Mustaza terhutang budi dengan Mustaza dan ingin menjodohkan anaknya Taufik dengan Salina anak Sulaiman.


Taufik tidak setuju dengan cadangan papanya kerana dia telah mempunyai kekasih bernama Isabella, model terkenal tanahair. Manakala Salina pula telah mempunyai teman lelaki bernama Zulkifli, anak ketua kampung.


Namun segala impian mereka tidak tercapai. Masing-masing terpaksa akur dengan pilihan orang tua. Taufik menuduh papanya kolot kerana masih terikut-ikut cara orang lama mencari jodoh. Salina pula terpaksa putus dengan Zulkifli.



Bahagiakah perkahwinan Taufik dan Salina? Dapatkah mereka melayari bahtera bersama?


RM14.00
416 muka surat

3 comments:

  1. best thp dewa la ctr nie....4 bintang stgh...he3

    ReplyDelete
  2. besla cite ni..aritu dah beli novel ni tapi sejak kwn pnjm dye hilangkn plak..hampeh tol..ble tnye xngaku..skrg rndu lak nk bce novel ni balik..hm..:-(

    ReplyDelete
  3. xjdi la 4 bntg stgh,5 bntg trs..nsb baik dpt beli kt popular ari tu..ssh la nk jpa..dh lma cri..

    ReplyDelete