Tuesday, March 20, 2007

Majlis Buka Puasa Akma FC dan Jiwang United


Majlis berbuka Puasa AFC dan Jiwang United bersama AKMA.

Long story short, akak ngan maxx tumpang Diana ngan adik2 dia ke Senja Bistro. Diana pon tak tau jalan, nasib baik la Uty pon pegi, so kitorang konvoi dua bijik keta. Sampai tu kira ok la a few minutes before seven, akma tak der lagi tapi nampak her sis dah ada dah. Kak Sariyah awai2 dah sampai. JU yg sampai awai si Shikin ngan Suh.. dah ngadap kat meja dah.. kitorang join la, terus penuh meja.. biasa la mula acara hugging2 muah2. good to see member2 AFC & JU yg dah lama tak ketemu.. rindu weh. Taklama izan, suzy, nurul, kc, aqil, mai jr. emy tiba agak lambat, tapi sampai la jugak.

Beberapa minit sebelum bukak posa Akma sampai berbaju kurung biru kelip2… selain dari kelip2 yang menangkap mata, inai di jari pun ada.. terdengar dengar sora sekeliling dok kata lawanya.. makin hari makin sweet la akma.. sampai jer akma terus ronda dari meja ke meja, wishing and welcoming those yang datang.. so mula la silau2 lensa kamera menyala-nyala dari setiap sudut.. hehe.. Then dah masuk waktu bukak posa.. so sesi makan.. and then gilir2 masuk surau peh tu masuk sesi makan yg ke dua hehe..

Then tengok akma dah duduk kat kerusi and sebelah ada kerusi utk fan duduk and amik gambar bersama.. so I took the advantage to give her the list pesanan dari JU. Dapat jer dia terus baca.

Then ada sesi bergambar utk press, yang bukan2 press ni pun tumpang sekaki amik gambar. Posing kat tingkap, aksi panjat dinding, ngan begambar ngan kecorong radio lama tu.. then Akma telah menyampaikan tiga lagu mula2 lagu BIARLAH RAHSIA.. then lagu SELAMAT HARI RAYA yg duet ngan felix tu, and then lagu DAG DIG DUG lagu dangdut la tu.. voice clip ada tapi masa tu tengah nyembang sakan kat hp so masuk abih la mcm2 sora.. akak tengok ada yg ada amik video dia nyanyi so tunggulah nanti kot2 ada yang upload.. my camera ni buleh rakam video jer audio nyer tak der.. almaklumla kamera murah.. nanti I upload vc nya dengan lagu apa2 jer la.

Masa dag dig dug tu akma sempat gelek ha.. walaupun tempat kecik, tak leh over sbb nanti tersondol penonton kat depan.. hehe. Earlier aishah ada edarkan kertas2 rupanya utk acara dengan peminat.. those yg dpt kertas tertulis `I Love Akma' kena nyanyi lagu2 yg akma penah nyanyi dan dapat hamper la.. wah! Adik Diana pon dapat hamper! Dia tak nyanyi, jawap soklan kuiz ja tapi specific tu.. respectlah. And then anak kaksariyah akma suruh nyanyi lagu skolah. Hehe. Nyanyi lagu omputeh tu.. then aqil nyanyi lagu ppc, gaya pegang mic yg tersendiri, abih semua dia tutup. Takpa aqil, sportinglah.. janji dpt hamper tu hehe, akma bagi lak tu. Then ada brader ni nyanyi lagu BDH part korus. Pemberita berita harian pon dpt gak! Hehe bertuah betui.. wakil wanita sorang jer.. budak kicik.. hehe..

Acara makan2 masih berterusan selagi lauk tak abih. Sempat gak mintak akma otograph. Peh tu siap leh tapau lauk lagi ha.. hehe.. memang berbaloi. Akak balik awai sbb ada hal, so salam2 and then balik dengan shikin and suh yg tolong hantar sampai stesen Dang Wangi. Thankssssssssssss soooooooo much. KS terima kasih for the event.. puas hati la..

Thanks DM and kak Yam sudi call tapi tu la .. sekali tu akma tengah photography and interview session ngan press and lagi sekali tu akma tengah perform. Salam2 anda sudah disampaikan. Sekian, terima kasih.

Eh.. lupa pulak, dalam ucapan akma dia ada mention yang setahun yang lalu pada tarikh yang sama, peminat2 akma telah berkumpul di Menara KL di mana buat kali pertamanya akma buat gathering dengan peminat. And then dia jugak mention bulan puasa tahun ni amat bermakna kerana RTM sudi beri peluang dia mengaji Al Quran di TV1, rasanya setakat ni Akma tak kuar lagi.. ha lagi satu nanti selepas rancangan cit cat, akma dan felix akan ada di @15 utk chat dengan peminat2.. apa lagi.. buat la apa yg patut ye?

Sure fine whatever
Rinn



No comments:

Post a Comment