Showing posts with label af3. Show all posts
Showing posts with label af3. Show all posts

Thursday, April 19, 2007

Fiesta Media Idola di Kuantan

Fiesta Media Idola 2007
Kuantan, Pahang.

Asalamulaikum dan selamat sejahtera. mula-mula berita penting...

1st DAY

masa malam pembukaan saya tak tengok la.. tak dpt jumpa kak ima and diana lebih awal. yg part opening tu kena mintak kak ima ngan diana la tuliskan.. secara kasar bermula dgn perarakan tp kak ima ngan diana missed tengok My Team yg diwakili oleh Akma. Then ada ucapan Perasmian by Sultan Pahang. Yang baawa obor-obor ada 3 selebriti iaitu Mawi, Fasha dan Farah Fauzana. Ada persembahan nyanyian dari orkestra Indonesia. Datuk Siti pon nyanyi gak, ada gak dia duet ngan Zahid. Kris Dayanti pun nyanyi.. both kak ima ngan diana teruja dgn persembahan Emir Iskandar dari Sg Lembing, Pahang. Umur dia doblas tahun. Dia nyanyi lagu 'Tiada Lagi' Then ada cabutan bertuah Gen-2. Diikuti dengan acara balapan lari 100 meter dan lari berganti-ganti 4x80m, Akma dan kawan2 wakil my team, layak ke pusingan akhir pada malam penutup.

2nd DAY

2nd day akhirnya dapat join kak ima dan diana sepenuhnya. around pukul doblas stengah baru sampai kat Bowling Megamall nak jumpa Sofia yg mewakili myteam utk bowling. Sofia paksa kitorang pegi SUKPA sbb bola jaring dah start, eleh alasan tu, taknak bagi orang tengok dia baling bola boling la tu. :) anyway thanks for the pose. Lepas solat baru kitorang pegi SUKPA. Kak ima terpaksa keja tht afternoon, dia cicirkan kitorang kat SUKPA jer. Masa tu Ja'a sms and told us akma dah selesai 1st game My Team menentang Karangkraf. My Team menang.

masa tu selain bola jaring ada jugak futsal lelaki Team Tengku Muda Pahang lawan dengan TV3. Ramai gak selebriti spt Rosyam Nor, Hans Isaac, FBI Hotfm, Datuk K, ramai la lagi tak ingat dah sapa. Sapa menang ntah, err team Tengku Muda kot.. sapa menang ek diana?

Peh tu masa nak tunggu team akma main tu Allah hai.. lambatnya.. nasib baik bawak buku cerita. Then tibalah giliran My Team lawan dengan team TV3. Akma mula jadi GS tapi later masa tengah main tu sempat tukar bip, dia jadi GA pulak. pertandingan agak sengit. My team mcm tak sangka menang bila tengok score board, 10-7 kalau tak silap.

peh tu kak ima sampai. Dia spot mak and ayah akma.. hehe macam mana aku lama kat situ tak nampak depa ni.. aduih.. kena pi buat spek mata la.. lepas tu kitorang pegi jumpa Akma. Ja'a ada bawak beberapa CD single akma.. err ada 2 lagu, Pergilah dgn Tetap Menanti.. apo lagi.. den boli la! sapa2 yang berminat nak beli edaran terhad CD ni buleh berhubung dengan Ja'a, Aishah atau Kak Sari. Ja'a bawak sikit sangat.. tak cukup nak bli utk yg lain2. Tapi kitorang dah dengar.. versi studio.. Ja'a kata ni la CD first yg dijual. bangga gak la sbb jadi antara yg first dengar CD tu. *kembang idung* (ni erl pon buleh lalu ni). haa masa jumpa akma tu ada la tangkap gambar akma. nanti i'll upload. err kak ima.. lagu we are the champion tu tak der pon dalam CD.. abih tu vc nak bubuh lagu apa? saya boh lagu semut merah buleh??? hehe

Akhirnya tibalah turn team akma lawan dengan Astro. Velvet jadi GK, Akma jadi GS so diorang sempat la borak2 sementara menunggu bola sampai ke kawasan 'D'. hehe. My Team menang.. score err.. tak ingat la.. tapi kira menang lah.

My team dengan Utusan were the last team to compete for tht day. My Team menang. So utk hari pertama My Team menang semua 4 game.

3RD DAY

Pukul 11 baru sampai kat SUKPA. masa tu tengah berlangsung Futsal akhir lelaki. TV3 lawan My Team. My Team menang. Felix wakil futsal Astro rasanya. Astro tak masuk final so tak merasa la tengok felix main futsal. Felix dtg gak tengok futsal tapi tak sempat nak amik gambar.. ternampak tu sebab masa dia lalu first bench tu dia masa slow down jer jalannya.. biler lepas first bench tu terus jer laju jalan pi ke hujung gelanggang. err akma ada kat first bench tu tengah bagi semangat for My Team nyer futsal team. kebetulan kot.

Amylea kerinting dengan Zila main futsal utk team Astro. Utk Final futsal wanita, team Rtm menentang pasukan my team. memang sengit giler2.. tak senang duduk dibuatnya.. kitorang seciput jer yg sokong my team me, diana, ja'a, mak akma, pak akma, ngan ayoi... sakan ha menyokong. team2 penyiaran semua especially TV3 sokong sakan RTM.. may be sebab My Team lelaki menang masa lawan futsal dgn tv3 so yg wanita ni, diorang nak menang la.. aduih. Memang sengit, last2 terpaksa buat penalti kick. RTM menang 3-2.

Then ada futsal selebriti wanita. Meriah betul padang futsal dengan artis-artis. sapa ye yang main, sat nak ingat.. errr.. ada Rita Rudani, Farah Fauzana, Diddy Alias, Farah Puteri, Fasha, Zarina AF2, errr dan lain-lain.

Before break tengah hari tu Akma bagitau dia telah dipelawa menyertai team Cik Puan Julita utk friendly netball match antara team Cik Puan Julita dgn team selebriti. Akma jadi GA, so merasa la akma main netball satu team dengan Datuk Siti Nurhaliza (jadi C). match ni petang. so masa tengah hari tu mak ayah akma ajak gi makan so dengan tersipu sipu sambil memintal mintal akhbar harian metro, kitorang pon bersetuju.. essshh segan lah pulak.. apa2 pun merasa la jugak naik vios.

sebelah petang My team lawan ngan RTM, my team menang. score tak tau. then ada la friendly match tu. Memang best tengok.. team Cik Puan Julita menang. Nanti saya compile kan the vc. now x sempat lagi nih.

Team yang layak ke final adalah MY TEAM dengan TV3. My Team menurunkan semua selebriti yang ada kecuali selebriti sukan. team TV3 menang 3-12. ada la yg dlm my team tak puas hati dgn game tu sbb team tv3 kebanyakannya disertai 'selebriti sukan' yg merupakan pemain kebangsaan bola jaring. so lepas ditiup wisel penamat budak2 my team bersorak sakan sampai orang confuse sapa sebenarnya yg menang. sepanjang perlawanan tu Fafau jadi presenter.. siap tanya susah susah aja mana. tekeluarla juga phrases like "dan akma menghantar bola kepada felix.. ooops". kak engku yg ada jadi presenter earlier siap komen akma ni panjang.. hehe sesuai la main netball.

lepas abih tu my team bergambar sakan.. tapi team tv3 ntah la.. dah hilang.. balik dah kot. tak der pulak excited macam budak2 my team tu. hmmm *sambil berfikir dengan kritis*

lepas tu balik, eh tak.. pi makan2 err biasala.. kak ima bwk pi kopitiam la.. terserempak jugak ngan beberapa selebriti.. abang bad pun ada.. sempat la bertanya khabar berita.

MALAM PENUTUP

kitorang mandi2, lepak2 dulu until pukul 9 lebih baru pegi stadium. Masa tu larian 4 x 80 meter baru bermula. Akma one of the girls yang lari. My team dapat nombor 2. Then ada acara penyampaian hadiah. My Team merupakan juara keseluruhan.waaaaaa best nya.. lepas acara perasmian penutup ada pertunjukan bunga api. ni la pestaim masuk stadium besar and pestaim tengok pertunjukan bunga api.. so macam jakun la sikit.. waaaaaaaa oooooooooooo fuyoooo uuuuuuuuuuuuuuui..

pehtu ada nyanyi2 and FELIX nyanyi ngan mawi lagu jiwa lagu cinta. adik Emir Iskandar nyanyi lagi tht night.. so i yang missed the opening dpt la jugak tengok dia masa closing ceremony.. waaah.. sora budak tu memang best.. tak caya tanya Akma.

tu saja la rasanya.. sorry la report lambat.. hari ni lepas pukul 6 baru buleh taip report.. gambar lom sempat lagi upload.. insyallah tomorrow. VC akma main netball pon i'll compile and upload , tapi paham2 ler my camera ni kokak jer.. gambar ada bunyi tak dak.. hehe.. nak amik gambar jarak jauh sangat, so i take movie and will upload later, insyallah. ok, sekian berita..

sure fine whatever
Rinn

Wednesday, April 11, 2007

Birthday Akma ke 22


lokasi: Redbox Sogo

Tarikh: 17/3/2007



taktau la jadi apa report ni nanti.. nak kena laju2 nih.. :)



my trip to majlis ni began dlm pukul 12 tengah hari.. putrajaya ujan

lebat giler.. sampai KL ujan macam dah slow down. diana picked me up

kat KLSentral kami terus pi hantar barang kat hotel berdekatan and

then p makan2 lepastu suzi and the gang sampai. terus la mula operasi

melengkapkan paper bag dengan goodies peh tu operasi mengangkut benda2

tu ke redbox sogo.. kitorang menapak ramai2 ke sana menarik perhatian

jugak la sekumpulan 5 orang mengusung hamper dan paper bag banyak2,

dah macam pokok krismas bergerak la pulak. kitorang terpaksa berulang

dua kali utk angkut semua barang2 tu.



Malam tu lepas maghrib baru kitorang menapak lagi ke sogo semula, Cp

dan km sedang menjalankan tugas2 pendaftaran dgn jayanya :) kad black

and white tu comellah, siap dengan lirik lagu tema bday akma tahun ni

iaitu 'stay the same'. Sampai2 jer dah boleh makan. Masa akma sampai

tu kitorang dah siap makan , cuba beberapa org yg sampai lambat tu

kena tunggu la sat. Sham Kamikaze pon ada dtg utk memberi sokongan.

Majlis dimulakan dgn bacaan doa oleh Pak lah diikuti oleh ucapan

penghargaan yg ringkas daripada akma.. akma pakai black dress labuh ke

kaki, kaler hitam. berhempas pulas jugak la akma nak tiup lilin kat

kek walaupun dibantu oleh maklah dan paklah sbb ada lilin yg susah nak

padam tu.



then masa sesi makan2 tu disiarkan vc2 yang telah disediakan utk bday

kali ni.. kompilasi bday wishes dari rakan2 akma yg jauh dan dekat. i

did 2 videos: stay the same dan tribute to akma and fans menggunakan

lagu 'setia bersama'. Vc lain rasanya dari nurul dan maxx yg berjaya

mengumpulkan beberapa special wishes utk akma. masa vc tribute to akma

and fans tu tiba2 jer ada sora makcik menjerit 'eh!!' excited la tu

muka dia appear kat big screen.. hehe.. jgn mare km.. i lap you. nanti

i'll upload kat JU utk share. And nanti kita ada special vc kat JU

ni.. tunggu... kena sabbbbar. lain2 vc yg ditunjukkan, akma nyanyi

lagu Pudar masa sambutan merdeka di Nilai. Sedutan lakonan akma dalam

'batu belah' ada jugak special video menunjukkan persediaan akma utk

lagu baru dia. then lepas tu dia nyanyikan lagu barunya "TETAP

MENANTI", lagu oleh Sofia, lirik by Akma. Dgn bantuan Sham Kamikaze

lagu ni siap sepenuhnya dan memang sedap! bakal hit!



then akma nyanyi lagu 'Berdua Lebih Baik'. then diikuti dengan sesi

memberi ucapan kpd akma dan juga game belon beracun "tiru macam akma",

tiru gelek la apa lagi.. ada tiga orang yg bertuah. :) memang gambat

giler game tu. tak sangka MARY pon kena jugak!! keh keh keh. siap

diiringi muzik goyang iNul ha.. gamat betul masa part gelek2 tu.. hehe

harap2 ada la vcd bday nanti *sengih*



masa ucapan sham kamikaze dia wish happy bday kat akma, semoga murah

rezeki dan cepat bertemu jodoh.. teyyyyyyt ;) ayat yg paling saya

ingat, sham kamikaze kata 'saya memilih orang yang bekerja'. sejak AF3

dia dah nampak yg Akma seorang yg bersungguh-sungguh. Dia rasa jadi

tanggungjwb utk membantu melahirkan penyanyi yg bagus dlm industri

muzik dan dia harap nama akma akan bertahan dalam dunia seni.



then akma ada nyanyi lagu baru keduanya yg bertajuk 'Pergilah'.

Berentak retro, ada bunyi mcm disko 70's la. memang lagu yg sesuai utk

menari lah tambah2 kalau menari stail cucuk2 bintang tu, rambut afro,

tangan baju ropol2 penuh lengan tu.



then akma nyanyi lagu I will always love you dan lagu 'Kali Terakhir

Ku Lihat Wajahmu'. akhirnya dpt jugak dengar akma nyanyi lagu uji

rashid tu, sebab masa interview akma di SDS dulu akma ada sebut dia

teringin nak nyanyi semula lagu uji rashid tu tapi tak penah dengar

pon, at last masa bday ni tercapai gak hajat nak dengar. memang best!

and akma menangis masa nyanyi tu sempat la bagi tisu kat dia utk lap

air mata sebelum mengalir dgn lebih laju sedangkan masa before nyanyi

tu Akma pesan 'jangan nangis dgr lagu ni ye?' uwaaaaaaaaaaaa sedihnya

lagu tuuuuuuuuuuuuuuuu... "di hembusan bayu lemah longlai langkah

kakiku, lambaianmu kian jauh dari mata... malangnya, bencana menimpa,

kau telah pergi utk selamanya tak kembali, pada saat terakhir, ku

melihat paras wajahmu, kau bisikan hanya sayang kepada ku..." *sob

*sob* nasib baik ada suh and cp bagi shoulder kat akma.



Then akma nyanyi lagi lagu Goyang Inul pulak.. atau ditukar jadi

GOYANG AKMA.. haa amik kau.. sakan betul dia gelek, berdentum dentum

keh keh. this is the 3rd time i saw her nyanyi lagu ni. "Para penonton

bapa2 ibu2 semuanya, jgn heran kalau Akma sedang goyang.." peh tu siap

ada head bangging.. :D



lepas tu akma ada buat announcement yg dia akan buat persembahan kat

tmn tasik titiwangsa, berdekatan dengan eye on malaysia the next day.

Then diteruskan dengan acara 'CABUTAN BERTURAP' hehe seperti yg

disebutkan oleh maxx.. kih kih.. cabutan bertuah la.. memang ramai yg

bertuah mlm tu.. Ju pon ramai yg dpt. yay!!! biasala JU sorak sakan :)



then houdini ada sampaikan lagu for akma, lagu Tekad (Hazami) dan atas

permintaan istimewa by Sham kamikaze, Pak Lah nyanyi lagu "kenanganku"

(Jeffrydin). SElepas sedikit ucapan penutup dari Akma, dia menyanyikan

lagu barunya lagi sekali lagi "Tetap Menanti". Masa tunggu lagu

diputarkan, akma sempat menggunakan suasana gelap tu utk mengusik

"Jangan biarkan, hidup anda.. diselubungi misteri" hehe..



Lepas tu abih la.. disambung dgn sesi bergambar sakan.. puas hati la

tgkap gambar ngan akma. ShamKamikaze pon stay sampai habis, dia layan

smua org dgn baik. gambar2 akan menyusul kemudian.



ermm lagu yg ada tak berapa elok sound dia.. pandai2 la korang adjust

equilizer kat korang nyer computer ok? i'll upload anyway tapi part

korus jer.. nantikan di corong2 radio ye? :D



sure fine whatever

Rinn

19/3/2007



Thursday, March 29, 2007

Fiesta Media Idola di Kuantan

Start:     Apr 14, '07 12:00a
End:     Apr 16, '07
Location:     Kuantan, Pahang
Rasa macam nak pegi Kuantan la.. buleh jumpa kak ima, kan? kan? kan?

Gempak Selebriti Astro di Alamanda Putrajaya


Gempak selebriti astro berlangsung selama 2 hari berturut-turut di
Alamanda Putrajaya pada 10 dan 11 Mac 2007 bermula seawal 10 pagi dgn
macam2 aktiviti anjuran astro, artis2 astro muncul jam 2 petang.

the week before kak lina ada bgtau tapi dia tak confirm, so on
saturday tu lepas dpt confirmation dari kak sari barulah i bertolak ke
alamanda.. jumpa suh and geng m2m. Memang lepak giler masa tengok
show.. bersila jer kat lantai ngn budak2 kat depan pentas. masa 2nd
day memulanya tak nak pegi dah sbb mesti ramai orang tambah2 Mawi will
be coming, tapi sebab amy nak pi, ajak temankan.., akak pon pi la..
memang tak rugi pi dua hari, walaupun ada lagu2 yang sama tapi tak der
la boring sbb tengok live kan..

masa 10hb tu lagu pembukaan adalah lagu saya anak malaysia yg
dinyanyikan beramai2 oleh artis2 astro seperti akma, zahid, marsha,
rosma, haziq, edlin, khai, karen, velvet, nurul, kefli.. and the host
ada 4 orang, zainal alam, nana, fitri and reza. memang riuh la diorang
tu. tak bosan la.. persembahan dimulakan dgn zahid nyanyi lagu wo peh
marsha nyanyi lagu 'manusia'.. followed by rosma/haziq lagu asli, peh
tu ada la selang seli games yg menghiburkan those yg datang.. rasa
macam haziq kuar banyak kali utk nyanyi.. lepas khai nyanyi baru la
nampak akma on stage with karen nyanyi lagu Lelaki Buaya Darat.. lagu
rancak. best. then velvet nyanyi lagu baru.. lepas sesi game dengan
penonton Nurul yg dah lama menghilang muncul semula.. kecik molek saja
orangnya.. then ada haziq lagi.. peh tu akma kuar perform solo lagu
Pilihlah Aku jadi pacarmu.. hehe tajuk dia tak tau plak. then kefli,
eliza pon ada.. karen buat persembahan solo utk lagu jejaka idaman.
then marsha ngan nora pon ada duet jugak. Zahid nyanyi dealova sedap
jugak! then zahid ada duet ngan marsha lagu 'my heart' selepas velvet
nyer 2nd performance. utk last lagu Akma ngn Edlin gamatkan ruang
legar alamanda nyanyi lagu Goyang Inul.. begelek sakan la makcik
berdua tu..

penutup semua artis nyanyi lagu kumpulan freedom, sama-sama and last
song of course la lagu 'menuju puncak'. Kalau tak silap baju t-shirt
purple akma pakai tu sama macam t-shirt purple yg dia pakai masa sesi
post-mortem theatre batu belah dulu. comel.

masa akma gi bilik kecik, suh ngan me sempat la pi salam2 ngan akma
and wish happy bday. she was so happy to see us. masa sesi otograf tu
sempat la jugak amik otograf dia.. saja jer sebenarnya nak tengok cara
budak2 astro layan fan like me.. macam2 pesen ada.. ada yang terlalu
pay attention, terlalu chatty, ada yg tak endah langsung main tenyeh
saja.. Velvet, Karen and Edlin very peka dengan those yang nak amik
gambar.. seronok amik gambar diorang.

utk hari ke dua 11/3/07 memang la lebih gamat dan lebih ramai orang,
me and amy pegi lepas zohor.. nasib baik awal sikit, senang la jugak
dapat parking and tempat bersila kat depan pentas.. we were addressed
by the hosts as 'members of the floor' :)

kemunculan mawi memang mendapat sambutan hangat la.. dan show memang
lebih hebat dari the day before, maybe sebab penonton lebih ramai dan
diselang seli dengan lawak2 kelakar dari geng raja lawak yang muncul
sekali sekali memeriahkan suasana. secara ringkas persembahan pada
hari kedua seperti di bawah..

1- saya anak malaysia - semua
2- zahid - wo
3- zahid & kefli - sdg ingin bercinta ft. akma
4- haziq & rosma
5- persembahan geng raja lawak
6- akma - dikocok kocok
7- marsha, idayu & nora - lelaki idaman
8- nurul
9- fitri & haziq - kenanganku
10- mawi & zahid - lagu jiwa lagu cinta
11- game with fans - bola..
12- eliza - betapa bodohnya diriku..
13- akma & nora - lelaki buaya darat
14- khai
15- rosma
16- khai & rosma
17- marsha - mencintaimu
18- marsha & nora
19- akma & idayu - cinta
20- mawi - perempuan
21- zahid - pencinta wanita
21- mawi, zahid & haziq
22- zahid & marsha - my heart
23- Akma - goyang inuL
24- ramai2- lagu sama2
25- ramai2 - lagu menuju puncak
26- sesi sign otograf
abih..

sekian, terima kasih

sure fine whatever
Rinn

Majlis Makan Malam Amal Anjuran UKM


Majlis Makan Malam Amal Anjuran UKM



thanks izan sebab maklumkan kepada JU utk turut sama dalam majlis

makan malam ini yang menjemput akma dan kefli sebagai penyanyi

undangan. memang tertunggu tunggu lah peluang untuk melihat akma

perform live.



majlis ni telah diadakan pada 10 Februari 2007. tengah hari tu baru

konfirm dengan diana to pick me and DM (JU Arab) kat KLSentral.

kitorang konvoi dengan suzi and the gang (izan, kak suzi, kak roy).

melilit lilit jugak la round cari pintu masuk, tapi akhirnya sampai..

lepas solat maghrib baru la kami amik tempat kat dewan.



AFC & JU ada 2 meja termasuk dengan famili akma. Akma's famili greeted

and salam2 with each and every one yg datang utk menunjukkan sokongan

kepada akma. seronoknya dpt jumpa all the regular faces! Izan, Suzi,

kak suzi, dianaaaaaaaaaaa hehe.. kak sari and famili akma and oso yang

dah lama tak nampak muka.. hilang jugak rindu dapat jumpa DM, Biskot

and kak roy.



persembahan mlm tu dimulakan dengan persembahan tarian dari pelajar2

UKM and then kefli buat persembahan dulu.. ada la beberapa lagu yg

kefli nyanyi, tak ingat semua tapi yg terperasan lagu berhenti

berharap, sedang ingin bercinta dan dealova.



Akma muncul berselang seli dengan kefli, selang dua lagu la.. first

akma nyanyi lagu Unfaithful dan diikut dengan lagu Pudar. nampaknya

dua lagu ni akma gemar bebenor.. sudah byk kali dia nyanyi dan memang

best mendapat tepukan dan perhatian penuh penonton walaupun masa tu

orang tengah makan, tepukan tetap gemuruh.



masa second appearrance akma nyanyi part dangdut utk lagu sedang ingin

bercinta dan tak ketinggalan menunjukkan kebolehan gelek dia tu. Then

Akma nyanyi Lagu Rindu.. lepas tu dia sempat mengusik seorang penonton

lelaki yang berani naik ke pentas utk di interview.. akma siap komen

tht guy menepati ciri2 lelaki idaman akma (tinggi, gelap). then

beteman kan tht guy akma nyanyi lagu 'Biarlah Rahsia' perghhh memang

best! DM la jadi ketua sorak sakan.. tak rugi DM datang jauh2 dari

Qatar utk tengok akma nyanyi.. :)



Untuk lagu terakhir, Akma dan Kefli berduet utk lagu Senja Nan Merah.

memang ketara improvement dalam vocal akma.. rasa tak rugi menyokong

akma.. thanks akma. lepas sesi bergambar dengan budak2 UKM (kitorang

tak nak ganggu) baru lah akma turun ke pentas and greet each and

everyone yang datang.. dan tak lepaskan la peluang nak bergambar

dengan akma. dia sabar jer layan semua orang dengan senyuman tak putus

putus. she's happy to see ada yg sudi datang. Salam buat JU semua dan

gambar-gambar akma ada di uploadkan dalam photos.



Kefli kena improve sikit PR dia.. sebut nama kolej pon silap kalau

tersasul sekali tak per ni kalau 10 kali keluar 10 kali salah tu..

Akma was great, rasanya dia at least amik tau jugak siapa yg dia akan

hiburkan dan akan merai kan siapa.. dia siap sebut nama rumah anak

yatim yg diraikan..



thanks izan and bis menjadi teman utk meredah ke depan pentas amik

gambo, kalau tak segan jugak. hehe.. malam tu lepas hantar DM baru la

balik putrajaya.. great weekend.. senyum sepanjang weekend sebelum

menyambung kesibukan kerja minggu berikutnya.. next event, bersiap

sedia utk majlis hari jadi akma yg akan diadakan pada 17 Mac 2007 di

Redbox sogo bermula jam 8.00 mlm. warna tema adalah black and white.

can't wait to meet you all nanti :)



sure fine whatever

Thursday, March 22, 2007

Felix Akma Video - Pecinta Wanita




great video by goboslide :) salah seorang vidders dari jiwangunited.

Felix - Menjelang Hari Raya




felix dlm rancangan hari raya di RTM1. Video ini dirakam dari rangkaian TV1, RTM

sure fine whatever
rinn

Akma Felix - Vc Jiwa Kita Cinta Kita




vc menceritakan kisah akma dan felix :) lagu terbaru felix dalam album terbarunya.. layannnnn. VC ni saya yang compile dan buat story board berdasarkan lirik lagu Jiwa Kita Cinta Kita nyanyian Felix.Saya guna Window Movie Maker untuk menghasilkan Video clip ini. Kekok jugak nak mulakan buat vc dan storyboard bila dah lama tak buat. tapi hasilnya masih mampu buat saya tersenyum. ;)

Akma Felix - Diari Tribute to Akma




Video ini saya extract dari VCD Diari AKademi Fantasia 3, minggu ke9. Video ni saya buat menggunakan Window Movie Maker saja.

Akma - Hari Raya Hari Bahagia




raya yaya.. Akma nyanyi lagu raya (Hari Raya Hari Bahagia) saya rakam di rancangan Selamat pagi malaysia, TV1, RTM

Akma Felix - Diari Minggu 8 part2




al kisah akma felix di af3. Video ni adalah sambungan kisah kehidupan Akma di minggu ke8 Akademi Fantasia 3. Clip ini dicompile scenes yang ada Akma/Felix sahaja. clip ini diambil dari VCD Diari AF3 minggu ke 8. Saya menggunakan Window Movie Maker untuk menghasilkan video clip ini.

Akma di Selamat Pagi Malaysia RTM1




Interview bersama Akma di SPM RTM1, then akma ada nyanyi lagu Hari Raya hari bahagia. Video dirakam dari TV1 pada hari raya ke dua tahun 2006

Wednesday, March 21, 2007

Felix dan Mawi di Alamanda




felix and mawi kat alamanda pada 22 Julai 2006 sempena ulang tahun majalah intrend.

Tuesday, March 20, 2007

Felix dan Mawi di Alamanda



Sambutan Ulangtahun Pertama Majalah InTrend di Alamanda Putrajaya
pada 22 Julai 2006 (Sabtu)

Thanks kc sudi amik saya kat opis, siap tunggu den buek keja sampai siap! Thanks aqil jugak. Tak pa, langkah kanan, sempat makan kek. Hehe.. rezeki felix gak dapat rasa kek.

Me, kc, aqil bertolak ke alamanda around 1 o'clock. Masa tu felix dah sampai kat alamanda tengah mekap2 before show. Sampai tu kira timing baguih la, parking pon senang. Lepas kuiz/game skuad era, terus la kuar pilik. Pakai baju oren yg dia pakai masa pegi konsert 6 AF4 ngan akma hari tu, kasut of course la kasut katak dia tu.. aduih. Hos sazzy falak and zainal alam. Felix nyanyi lagu matahari (lagu yang aidil nyanyi masa minggu dia terkeluar tu). Sora felix best la nyanyi lagu tu. Memang mesra kamera la si pilik ni.. pandai posing dah, senyum tak lekang di bibir. Siap tejun ke bwh utk mudahkan orang amik gmbar n salam2.

Then diorang cari backup dancers utk lagu semut merah and oso diorang kene buat gaya felix `susah susah aja' hehe banyak yg buat gaya `susahnyaaaaa' hehe. Felix gelek paling over la berbanding penari2 latar nya. Sora best gaya best rasanya sbb dia dah selalu nyanyi lagu tu dah tak jadi masalah dia nak nyanyi lagu ni dgn baik. Gambar2 utk Ju akak dah upload kat photos, wah!! aqil awai2 dah upload thank you so much.. akak dah add pics felix masa konsert.. close up katak kat kasut felix pon ada.. muahahaha. thanks kc bg ckp ngan felix.. sora mamat tu demam betui.. adui sora manja macam budak kecik yg dah besar. dah pesan kat dia suruh jaga kesihatan, makan ubat mengikut dos yg ditetapkan.. hehe.

Then giliran amylea pulak buat performance.. dia nyanyi 2 lagu satu lagu baru tajuk apa ntah.. mula ngan perkataan `andai' ciptaan hazami. Then dia nyanyi lagu kuberserah. Pehtu dia menari utk lagu yg zainal alam nyanyi.. tajuk aper ek kc? Hehe tak ingat gue. Then diorang announce they will rehat for 30 minutes and kul 3 sambung balik. Diorang ada mention felix will return tapi turns out felix dah balik, dia akan dtg ke konsert AF4 ke 8. kc smpat kirim kek kat felix.

Kitorang sempat pi cuci gambar2 felix masa concert tu and then pi makan2. sempat jumpa member m2m yg tunggu performance mawi. Then pi la tengok mawi nyanyi, tapi b4 tht ada la lagi game dari squad era. Pehtu kuar la 4 bekas pelajar af4, didi, lotter, hazama and leez nyanyi lagu `gadis melayu'. Abih diorang nyanyi baru la mawi kuar, Mawi nyanyi lagu menuju puncak ngan peminat2 kecil dan besar and then dia ucapkan terima kasih to those yg vote LJLC hingga jadi juara Hits1. mawi nyanyi LJLC ngan P.A mawi, man. Peh tu mawi ada buat cabutan bertuah. Peh tu ada jumpa maxx bagi2 gambar, tengok2 gambar, gi amik gambar felix yang kc cuci. Maxx ngan her famili so me, kc and aqil pi borak2 sambil tengok gambar kat food court. Layan jiwang tengok gambar2 CCA yang maxx bagi. Peh tu tangkap gambar masing2 peh tu balik aar. Thanks kc n aqil hantaq sampai kat keta tu!! Hehe..

ekcili masa borak2 tu ada la dengar budak2 AF4 dok nynyi didi lagu apa ntah, err hazama lagu zakiah, leez lagu ku gembira di samping mu. lotter lagu sunday morning eh.. ker sunday sunshine..

Dah abih dah.. harap2 cukup la.. speed report sebab nak kena gi kursus ni! See you ols next week!! tataaaaaaaaaaa

Sure fine whatever
rinnnnnnnnnnnnnnnnnnnn


Majlis Buka Puasa Akma FC dan Jiwang United


Majlis berbuka Puasa AFC dan Jiwang United bersama AKMA.

Long story short, akak ngan maxx tumpang Diana ngan adik2 dia ke Senja Bistro. Diana pon tak tau jalan, nasib baik la Uty pon pegi, so kitorang konvoi dua bijik keta. Sampai tu kira ok la a few minutes before seven, akma tak der lagi tapi nampak her sis dah ada dah. Kak Sariyah awai2 dah sampai. JU yg sampai awai si Shikin ngan Suh.. dah ngadap kat meja dah.. kitorang join la, terus penuh meja.. biasa la mula acara hugging2 muah2. good to see member2 AFC & JU yg dah lama tak ketemu.. rindu weh. Taklama izan, suzy, nurul, kc, aqil, mai jr. emy tiba agak lambat, tapi sampai la jugak.

Beberapa minit sebelum bukak posa Akma sampai berbaju kurung biru kelip2… selain dari kelip2 yang menangkap mata, inai di jari pun ada.. terdengar dengar sora sekeliling dok kata lawanya.. makin hari makin sweet la akma.. sampai jer akma terus ronda dari meja ke meja, wishing and welcoming those yang datang.. so mula la silau2 lensa kamera menyala-nyala dari setiap sudut.. hehe.. Then dah masuk waktu bukak posa.. so sesi makan.. and then gilir2 masuk surau peh tu masuk sesi makan yg ke dua hehe..

Then tengok akma dah duduk kat kerusi and sebelah ada kerusi utk fan duduk and amik gambar bersama.. so I took the advantage to give her the list pesanan dari JU. Dapat jer dia terus baca.

Then ada sesi bergambar utk press, yang bukan2 press ni pun tumpang sekaki amik gambar. Posing kat tingkap, aksi panjat dinding, ngan begambar ngan kecorong radio lama tu.. then Akma telah menyampaikan tiga lagu mula2 lagu BIARLAH RAHSIA.. then lagu SELAMAT HARI RAYA yg duet ngan felix tu, and then lagu DAG DIG DUG lagu dangdut la tu.. voice clip ada tapi masa tu tengah nyembang sakan kat hp so masuk abih la mcm2 sora.. akak tengok ada yg ada amik video dia nyanyi so tunggulah nanti kot2 ada yang upload.. my camera ni buleh rakam video jer audio nyer tak der.. almaklumla kamera murah.. nanti I upload vc nya dengan lagu apa2 jer la.

Masa dag dig dug tu akma sempat gelek ha.. walaupun tempat kecik, tak leh over sbb nanti tersondol penonton kat depan.. hehe. Earlier aishah ada edarkan kertas2 rupanya utk acara dengan peminat.. those yg dpt kertas tertulis `I Love Akma' kena nyanyi lagu2 yg akma penah nyanyi dan dapat hamper la.. wah! Adik Diana pon dapat hamper! Dia tak nyanyi, jawap soklan kuiz ja tapi specific tu.. respectlah. And then anak kaksariyah akma suruh nyanyi lagu skolah. Hehe. Nyanyi lagu omputeh tu.. then aqil nyanyi lagu ppc, gaya pegang mic yg tersendiri, abih semua dia tutup. Takpa aqil, sportinglah.. janji dpt hamper tu hehe, akma bagi lak tu. Then ada brader ni nyanyi lagu BDH part korus. Pemberita berita harian pon dpt gak! Hehe bertuah betui.. wakil wanita sorang jer.. budak kicik.. hehe..

Acara makan2 masih berterusan selagi lauk tak abih. Sempat gak mintak akma otograph. Peh tu siap leh tapau lauk lagi ha.. hehe.. memang berbaloi. Akak balik awai sbb ada hal, so salam2 and then balik dengan shikin and suh yg tolong hantar sampai stesen Dang Wangi. Thankssssssssssss soooooooo much. KS terima kasih for the event.. puas hati la..

Thanks DM and kak Yam sudi call tapi tu la .. sekali tu akma tengah photography and interview session ngan press and lagi sekali tu akma tengah perform. Salam2 anda sudah disampaikan. Sekian, terima kasih.

Eh.. lupa pulak, dalam ucapan akma dia ada mention yang setahun yang lalu pada tarikh yang sama, peminat2 akma telah berkumpul di Menara KL di mana buat kali pertamanya akma buat gathering dengan peminat. And then dia jugak mention bulan puasa tahun ni amat bermakna kerana RTM sudi beri peluang dia mengaji Al Quran di TV1, rasanya setakat ni Akma tak kuar lagi.. ha lagi satu nanti selepas rancangan cit cat, akma dan felix akan ada di @15 utk chat dengan peminat2.. apa lagi.. buat la apa yg patut ye?

Sure fine whatever
Rinn



Mesyuarat AFC




akma sempat join masa mesyuarat afc utk persediaan majlis hari jadi akma. masa ni dia baru balik dari program melawat mangsa banjir di Johor.

sure fine whatever
Rinn

Majlis buka puasa AFC & Jiwang United




sempat spend time kat senja bistro on 30th september 2006. Tarikh ni adalah cukup setahun selepas gathering pertama Akma dengan peminat-peminatnya selepas terkeluar dari Akademi Fantasia

sure fine whatever
Rinn

Akma & Kefli di Majlis Makan Malam Amal UKM




majlis berlangsung pada 10 Feb 2007. seronok dpt jumpa geng jiwang united dan afc :)

sure fine whatever
Rinn

Gempak Selebriti Astro Di Alamanda




yg 10hb mac ada akma, marsha, eliza, velvet, zahid, edlin, nora, nurul, khai, rosma, zainal alam, fitri, reza, nana.. erm sapa lagi ek? tak ingat la.. 9 mac was akma's bday, sempat la jumpa dia and wish happy birthday.. masa 2nd day 11 mac, ada mawi ngan geng raja lawak.

sure fine whatever
Rinn