Showing posts with label akmafelix. Show all posts
Showing posts with label akmafelix. Show all posts

Sunday, June 22, 2008

Shooting Movie Hooperz




Shooting berjalan selama 2 hari di dewan MBSA Shah Alam. Dewan bola tampar tu. Asalnya dah awal2 bagi tau tak dapat datang sbb saya dijadualkan ke Melaka utk kursus, tapi kursus dibatal last minute dan kebetulan masa tu Nurul contact saya dan ajak teman dia ke MBSA on sunday. Thanks Nurul sudi ajak, kalau sorang2 memang akak tak pegi la..


Saya janji jumpa dengan Nurul di komuter shah alam selepas tengah hari. Pagi2 tu sempat la gi beli sayur dan ayam kat k4. Lepas makan barulah saya gerak ke ERL. Dari stesen Tasik Selatan saya amik komuter ke stesen KL dan dari stesen KL sy amik komuter ke Shah Alam. Ha.. firstime naik komuter sorang2 ke shah alam.


Masa sampai kat dewan tu, shooting tengah berlangsung kot, kebetulan then ada lunch break, sempat la makan lepas jumpa izan dan anak2 buahnya. masa tengah makan tu Maxx sampai dan kami tengok shooting sampai malam. Nasib baik ada disediakan tempat solan kat salah satu bilik persalinan.


Thanks Akma sbb meluangkan masa utk kami walaupun tgah sibuk shooting dan lepas shooting nampak letih giler. semoga sukses selalu. Maxx, thanks sudi tumpangkan sampai putrajaya. Terima kasih daun keladi! ;)


Antara pelakon yang ada Anita Baharom, Amy Mastura, Adibah Nor, yg jadi Sariyah dlm Dunia Baru tu, ermm sapa lagi ye? nora danish pun ada kot, ermm melisa maureen err.. yang lain tak familiar sangat lah.


Ganas jer dressing team Warriors tu.. shooting 21 haribulan adalah utk perlawanan separuh akhir, JU yg pegi tengok maxx dgn nazz jer.. 22 hb tu adalah shooting utk perlawanan final.


sure fine whatever
rinn

Saturday, March 29, 2008

Birthday Akma 2008




Sambutan Birthday Akma bersama peminat2nya telah diadakan pada 22 Mac 2008 yang lalu. Lokasi telah bertukar ke Red Box Sogo. Baru lah lega sikit nk pegi sbb senang. Tak sangka Diana join jugak! kalau tak jadi lone ranger lah aku. Dengan tema 'Putih' pada hari tu.. cerah lah jugak suasana dalam bilik utama Red Box yang samar2 cahayanya tu.

Ramai gak yg menunjukkan bakat2 karaoke hari tu. :) terhibur jugak. lepas selesai minum petang dan selesai solat maghrib, kami sambung sesi malam pulak. Akma tiba dalam pukul 8.30 mlm in white. dia mengucapkan terima kasih kpd semua yang masih terus menyokongnya all these years.

Nampaknya rezeki Akma dalam bidang lakonan tetap ada.. Akma siap offer rantai buatan tangan istimewa yg bakal dikalungkan ke leher tetamu bertuah pada malam itu. Akma siap buat sesi temu bual lagi dgn beberapa peminat bertuah.. haha aku takmo la kena interview macam tu, rasa macam nak balik masa tu jugak. terbantut seketika niat aku nak walk around and amik gambar, takut jugak kot2 aku ni terpilih.

Sebenarnya risau jugak malam tu, last tren dlm pukul 11.. Diana akan bermalam di KL so i decided to join (thanks diana sudi pujuk akak - hehe). Acara malam tu memang sangat informal dan penuh dgn sesi2 karaoke Akma bersama peminat-peminat. dan peminat yang bertuah dikalungkan rantai buatan tangan akma tu adalah dari game belon beracun.

Ada gak JU yang muncul.. emy, maxx, suh, diana best dpt jumpa korang lagi. Izan Afc pun ada and of course kak sari, houdini, mal and kenalan baru nun jauh dari selatan :) Zam.

many thanks to akma and family sbb sudi jemput.. hehe tak sangka pak lah (bapa akma) pon ada malam tu dan menyumbangkan sebuah lagu.

cekputeh, jgn bimbang, hadiah tisya telah selamat disampaikan. Salam2 yang dikirim pun dah disampaikan dgn selamatnya.

Lepas tangkap gambar akma malam tu baru lah aku perasan.. banyak nyer shot gambar solo akma yang pose dia ala2 poster sharlinie tu.. aduih.. akma ni terpengaruh tengok poster tu ker? kepala senget sebelah! hehe.. thanks akma for lagu "Kaulah Segalanya". memang sedap akma nyanyi lagu tu malam tu. and saya agak terharu kerana dia tak lupa menyebut setiap nama peminat yang hadir di celah2 lagu ini. terima kasih akma.

sure fine whatever
rinn

Friday, March 7, 2008

HiTea JU bil1/2008: Seri Pasific PWTC




khas buat rakan2 JU yang berada di sana, thanks for being there. miss you all already.

Sunday, March 2, 2008

Minggu Yang Lalu...


nampak macam hari2 biasa yang selalu aku tempuhi. Bila aku renung balik.. wah.. macam2 terjadi sebenarnya dalam kebiasaan yang aku lalui. Aku berjaya menghabiskan 5 buah novel.

Minggu tu jugak unit aku dapat 2nd bos yang baru.. dah lama tak merasa bekerja di bawah bos perempuan. Sempat juga singgah Presint 8 dengan Yam utk menikmati break fast nasi lemak yang menyelerakan.


Masa aku menjengok ke Website Alaf, siaran langsung interview bersama Rose Harissa di Awani dah terlepas. Tak tau pun ada rancangan tu. Asyik terlepas saja. Kebetulan satu pagi aku bangun awal utk bersahur, before kuar ke ofis, sempat la menjengah Astro Awani dan tengok sesi Interview antara Rose Harissa dgn Dang Matahari (Dang suria tak der pun, cuti kot)

Aku terpaksa ke puduraya yg menyesakkan demi utk membeli tiket balik kg sempena mengundi. Nasib baik tiket ada lagi, kalau ikutnya aku dah agak terlewat. Sempat jugak mintak bos luluskan cuti jumaat! yahoo! ujung minggu ni dapatlah aku online dari kampung. Kak Ima sempat jugak mengorder tiket utk dia balik ngundi :)

Event yang paling aku tunggu2 adalah Sesi makan sambil bising2 dengan Jiwangans. Seri Pacific yang lengang menjadi heboh dgn kehadiran kami sepanjang petang tu. lagi tak cukup jam 4.30 ptg, lagi tu lah tak bangun2. Dah bangun tu, tak dpt nak balik pulak sbb ujan lebat giler.. aku ngan CP solat2 siap2, peh tu leh lagi sambung nyembang dan bergambar :) masa yang ada tak disia-sia kan. AKu ngan diana tumpang bermalam di rumah kak mona. CP ngan Kak Mai pun tak lepas peluang nak jengah rumah kakmona ngan abg kamal. Kak Ima ikut balik rumah kakliza.

Mlm tu aku dapat jemputan dari Kak Ima and Kakliza utk join diorang tengok 'Jumper' the next day. Diana tak dapat join sbb terpaksa balik ke Kuala Lipis. Aku pun dah tak ingat biler last time aku tengok wayang. Kalau tak silap Die Hard 4.0. Esoknya menjelang tengah hari, Diana and Kak Mona post aku ke KL melalui KTM Komuter Batu Tiga. Dah lama aku tak naik komuter sorang2, selalunya berteman sbb aku tak biasa sangat dgn komuter. Sampai jer kat KLSentral, terus aku tinggalkan beg kat locker yg sebelah surau tu. Senang sikit aku nak melenggang kangkung ke KLCC.

Aku dah rasa tak sedap hati masa naik PUTRA LRT haritu.. sebab berenti nya lama bebenor kat stesen KLSentral dan Pasar Seni. masa kak ima call tu aku meyakinkan dia aku akan sampai dalam beberapa minit. Lpas tu kat stesen Masjid Jamek pun puuuuuuuuuuuuunyalah lama dia berenti. Then biler aku dengar 'next station KLCC' tu aku pun bersiap sedia utk menurun. sekali kuar tengok2 stesen Ampang park daaa.. dah terlepas satu stesen, aku turun semula ke tren dan tengok pintu tren yang nak patah balik ke KLCC terpelahang dan penuh dengan manusia.. aku nak nyelit pun macam dah tak muat. semua tengok aku ngan muka sombong. haha tak nak bagi aku masuk la tu.. sekali tu kan.. tiba2 pintu tren tu tertutup kasar, sampai bergegar. then terbukak balik.. biler terbukak tu menyerbu beberapa gerombolan manusia kuar dari tren tu sbb takut la kot lagi sekali nanti tertutup tak leh bukak dah. haha. tak la semua keluar, yang muka tak heran (mungkin dh byk kali kena kes tren macam ni kot) ada jugak yg stay dan tunggu tren jalan. aku pun masuk la dalam tren yang dah byk ruang kosong tu. masa patah balik tu, stesen KLCC still tak bleh brenti, last2 aku turun kat Dang Wangi. Hajat hati nak jalan kaki (sbb dah nampak KLCC berdiri megah di hadapan mata, tapi kak Ima tak bagi.. so aku tunggu la teksi tapi semua penuh.. tengok2 ada bas. terus la aku naik.. perghh.. kalau jalan, mau berpeluh ketiak jugak! Akhirnya smpai jugak aku kat Chilli's join kak liza and her friends and kak ima pun dah ada kat situ. Suh tak sampai lagi, aku tak jadi tumpang suh sbb nak ke Wangsa Maju dah jadi jauh lah pulak.

Kami tengok wayang jam 3 petang. Pukul 4.30 dah abis. sempat la aku solat dulu sebelum meronda2 Sg Wang berdua-duaan ngan kak ima. Thanks kak ima.. sedap aar makan kat Delifrance tu. Maaf la kalau saya seperti tak berperasaan, you are a very very strong woman and i adore you for that.

Kami naik Monorel di Bkt Bintang. Aku terus ke KLCC sementara kak ima tukar tren ke Plaza Rakyat di stesen Hang Tuah. Lepas solat maghrib & collect balik beg aku, baru aku balik Putrajaya naik tren 8.30 malam. huh.. penat jugak badan. ntah kul brapa aku terlelap, memang terpadam abis.. jaga2 jer dah kul 4.30pg. bangun mandi, basuh kain, sahur, solat, datang ofis. and hari-hari biasa ku minggu baru ini bermula lagi...

Sure fine whatever

Rinn

Thursday, February 21, 2008

Birthday party Akma

Start:     Mar 22, '08 8:00p
Location:     Cerana Seafood Center Cheras
Tarikh dipinda sbb pada 15 Mac tu Akma ada program explorace. So tukar ke 22 Mac. JU ngan AFC yang berminat boleh contact saya atau kak Sariyah utk maklum mengenai kehadiran. Maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. For more info boleh visit akmafc.net atau yahoo group jiwangunited.

Saturday, December 22, 2007

Bowling Anjuran Alamorphosis-10Nov2007

Event ni adalah paling tak disangka dapat join.. selalunya weekend aku penuh dgn aktiviti dan kebetulan pagi2 hari tu aku dapat call cari Diana Lipis untuk sama-sama ke Berjaya Times Square nak jumpa rakan-rakan JU dan juga AFC yang akan berkumpul di sana. hmm rindu jugak kat Kak Sari, Izan, Nurul dan Suzi dari AFC yg jarang2 dpt bersua muka dgn mereka.

Seperti biasa, Diana picked me up kat KL Sentral, jalan agak sesak hari tu.. tapi kitorang tak terlewat kerana game belum bermula.. Akma FC hantar dua team, AFC & Konnichiwa. Heliza FC sakan betul sampai 5 team kalau tak silap.

Budak2 AF ramai gak.. tak susah utk mengajak mereka bergambar.. yang lama2 tu kelihatan mudah diajak bergambar tapi yang baru2 ni ada jugak yang nampak seperti jual mahal sedikit. Thanks Akma, Heliza, Fitri, Zila yg mesra2 belaka.

Seronok dpt jumpa Kak Sari, Izan, Uty, Suh dan lain2 lagi lah hari tu.. and tak sangka tiba2 jer NAZ muncul buat pertama kali!! thanks Naz sudi datang dan beramah mesra dgn kitorang.. hope to see u again. Meriah jugak tengok ramai2 main bowling pakai baju raya. siap ngan songkok dan sampin tu. Tak sangka pulak ada jamuan raya.. makan free, sedap lak tu :) Kitorang tak stay lama kat situ.. tak tengok pun masa results diumumkan. Dapat jumpa kawan2 sekejap pon jaaaaaadilah. Lepas tu sempat pulak ikut Diana, Izan dan Ina pegi cari citer korea kat Kotaraya! haha.. sabar jer lah.

Bagi yang nak tengok clips akma main bowling, boleh tengok kat you tube, i've uploaded kat situ a few days ago.

again, thank you thank you thank you diana :) hope to see you again.. buku 5T5B akak dah beli 4u.. nanti jgn lupa datang ambil! a good excuse to meet again kan?? alahai.. bila la agaknya nak sampai Lipis ni...

sure fine whatever.
rinn

Wednesday, December 19, 2007

Bowling Alamorphosis di Berjaya Times Square




Antara artis yang join bowling pada 10 nov 07 yang lalu. seronok dapat jumpa rakan2 JU yang dah lama saya tak jumpa. thanks diana sbb sudi ajak saya :)

sure fine whatever
rinn

Wednesday, October 17, 2007

Buka Puasa Bersama Akma 2007


Buka Puasa Bersama Akma.
 
Thanks AFC dan JiwangUnited sudi include me dlm majlis berbuka puasa ni. Seronok dpt jumpa akma dan tangkap2 gambar utk menambahkan koleksi gambar bersama Akma ;) Akma makin sweet ngan rambut pendeknya. Many-many thanks to Diana sebab sudi bagi i hijack kamera dia sbb my camera dah mereng sikit. dpt la merakamkan gambar2 akma dgn lebih jelas lagi.. almaklumla kemerer branded gitu. Siap berbuka di Restoran Puteri lagi, yg Rubiah suparman tu. Siput sedut dia best. nyumm nyumm. Terima kasih Suh, sudi fetch me kat stesen LRT. Also terima kasih juga buat Nuha yg sudi drive me home walaupun aku ni ntah mana2 tunjuk jalan. berputar putar. len kali aku kena dok dendiam tak yah tunjuk2 jalan.

 
Izan, Suzi, Maxx, Kak Sari.. thanks sooooooooo much, glad dapat jumpa you all & Akma lagi. Geram jugak dah berapa puluh kali akma buat cabutan bertuah, saya ni tak bertuah-bertuah pun. Sabo jer. CP, Maibristol, km, suh, diana, nuha, kakliza.. tak sangka dpt jumpa di bulan puasa. Nuha and K.Mai selamat pulang, semoga berbahagia di Malaysia.


Thanks akma sudi borak2 panjang walaupun kitorang tak der la borak2 pasal akma sgt pun.. lebih pasal diri sendiri.. sesi luahan perasaan ker hapa.. huhu. Later walaupun akma dah balik kitorang tak abis2 lagi dgn sembang2nya.. lagi tuan restoran tak tutup lampu, tak keluar la. hehe. Pada sapa2 yg nak buat kenduri dlm masa terdekat ni, sudi2 la jemput saya di stesen LRT.. :p.

sure fine whatever
Rinn

Friday, October 12, 2007

Mungkin




VC dari surefinewhatever lagu Mungkin nyanyian Anuar Zain. Bila saya dah mula terima request utk vc Memori Bahagia dan Jangan Bersedih Lagi, ada la pulak lagi yg nak video yg disesuaikan dengan lirik lagu 'Mungkin' by Anuar Zain utk nak cure kesedihan ekoran ending Memori Bahagia dan Jangan Bersedih Lagi. Saya memilih untuk menggunakan Software Sony utk music video ini. "Rinnnnnnnnn.. ah.. Rinnnnnnnnnnnnnn ah.. faham-faham sajalah cikgu."

Jangan Bersedih Lagi




VC sedih dari surefinewhatever nyanyian anuar zain. VC ni diupload oleh sweetmm di youtube. so saya tak upload la. VC ni adalah sempena menunaikan special request dari 2 jiwangans (CP dan MaiBristol) yg nak music video akmafelix disesuaikan dgn lirik lagu 'Jangan Bersedih Lagi'. Well lagu ni saya tak penah dengar sebelum buat video ni. thanks CP sbb sudi bagi CD. Thanks for your support. Saya menggunakan Window Movie Maker untuk video ini.

Felix Akma - Detik Bersama V.E




VC akma dan felix yg sweet, by sure fine whatever @ Rinn Jay You. Saya buat video ni sebab saya suka sangat lagu 'Detik Bersama' by V.E ni. tak susah nak buat vc ni. :) layannnn

Felix Akma - Koleksi Bertakhta Di Hati




gabungan video clips nyanyian bertakhta di hati oleh Felix dan Akma. Masa ni saya masih lagi demam dgn dendangan Akma dan Felix dalam lagu Bertakhta di Hati. Saya kumpulkan kesemua clip mereka menyanyikan lagu ini dan digabungkan dalam satu video clip. Saya guna Window Movie Maker, sbb masa ni memang tak reti guna software lain. huhu. Saya ambil masa seminggu utk finalize kan video ni. Agak tension sbb nak samakan gerak bibir dgn lagu. Saya menggunakan lagu asal ketika AnF nyanyi lagu ini di Konsert 7 AF3.

Akma - VC Percaya Pada Cinta




koleksi gabungan video nyanyian akma utk lagu singlenya Percaya Pada Cinta. Saya menggunakan banyak clip juga utk menghasilkan video ni. Agak susah la sbb nak kena samakan gerak bibir dengan lagu background, tapi cabaran tu yg membuat saya seronok menghasilkan video ni. Yg rasa susah tu sbb nak guna Sony nyer software utk vc ni. apa2pun saya memang berpuas hati dgn hasil nya :) thanks kpd yg menyokong saya supaya tak berputus asa utk menyelesaikan vc ni.

Felix Akma - Luahan Hati




vc jiwangunited. one of my earliest vc, i tried to make it funny. luahan hati felix? muahahaha.. Demi nak buat vc ni sanggup belajar cara2 nak guna Window Movie Maker. Ni antara pengalaman pertama saya bermain dgn WMM and I really enjoy making this music video :)

Felix Akma-Diari Seorang Lelaki




Analisis koleksi gambar-gambar jiwangunited.. persamaan felix dan akma.. Idea ni timbul setelah lebih setahun mengumpul, scan, tangkap gambar Akma dan Felix dan ada beberapa persamaan yg ingin aku videokan dan kongsi bersama JiwangUnited semua. Ni adalah antara cubaan pertama aku utk menggunakan software Sony untuk menghasilkan video ini

Dealova - Akma Felix




Vc Akma Felix by Rinn. Story board music video ini dibuat mengikut lirik lagu Dealova nyanyian Once. Masa ni tengah ada idea utk menvideokan lagu Dealova ini untuk JiwangUnited. enjoyyyyy.. saya guna Window Movie Maker utk buat video clip ini.

Akma - Muzik-Muzik 21




akma nyanyi percaya pada cinta secara live dalam rancangan muzik-muzik musim ke 21. Video ini dirakam dari rancangan Muzik-Muzik TV3.

VC Akma Felix: Memori Bahagia




one of my favourite vc. i had fun doing this vc. harap2 semua enjoy. Thanks CP sebab menyumbangkan idea untuk video clip ini dan thanks kakliza kerana mencadangkan ending yg sesuai utk vc ini sbb masa tu saya buntu sangat tentang ending. Saya menggunakan Window Movie Maker utk video ini. Ni kali pertama saya buat vc yg sad ending. Layannn...