Saturday, March 29, 2008

Birthday Akma 2008




Sambutan Birthday Akma bersama peminat2nya telah diadakan pada 22 Mac 2008 yang lalu. Lokasi telah bertukar ke Red Box Sogo. Baru lah lega sikit nk pegi sbb senang. Tak sangka Diana join jugak! kalau tak jadi lone ranger lah aku. Dengan tema 'Putih' pada hari tu.. cerah lah jugak suasana dalam bilik utama Red Box yang samar2 cahayanya tu.

Ramai gak yg menunjukkan bakat2 karaoke hari tu. :) terhibur jugak. lepas selesai minum petang dan selesai solat maghrib, kami sambung sesi malam pulak. Akma tiba dalam pukul 8.30 mlm in white. dia mengucapkan terima kasih kpd semua yang masih terus menyokongnya all these years.

Nampaknya rezeki Akma dalam bidang lakonan tetap ada.. Akma siap offer rantai buatan tangan istimewa yg bakal dikalungkan ke leher tetamu bertuah pada malam itu. Akma siap buat sesi temu bual lagi dgn beberapa peminat bertuah.. haha aku takmo la kena interview macam tu, rasa macam nak balik masa tu jugak. terbantut seketika niat aku nak walk around and amik gambar, takut jugak kot2 aku ni terpilih.

Sebenarnya risau jugak malam tu, last tren dlm pukul 11.. Diana akan bermalam di KL so i decided to join (thanks diana sudi pujuk akak - hehe). Acara malam tu memang sangat informal dan penuh dgn sesi2 karaoke Akma bersama peminat-peminat. dan peminat yang bertuah dikalungkan rantai buatan tangan akma tu adalah dari game belon beracun.

Ada gak JU yang muncul.. emy, maxx, suh, diana best dpt jumpa korang lagi. Izan Afc pun ada and of course kak sari, houdini, mal and kenalan baru nun jauh dari selatan :) Zam.

many thanks to akma and family sbb sudi jemput.. hehe tak sangka pak lah (bapa akma) pon ada malam tu dan menyumbangkan sebuah lagu.

cekputeh, jgn bimbang, hadiah tisya telah selamat disampaikan. Salam2 yang dikirim pun dah disampaikan dgn selamatnya.

Lepas tangkap gambar akma malam tu baru lah aku perasan.. banyak nyer shot gambar solo akma yang pose dia ala2 poster sharlinie tu.. aduih.. akma ni terpengaruh tengok poster tu ker? kepala senget sebelah! hehe.. thanks akma for lagu "Kaulah Segalanya". memang sedap akma nyanyi lagu tu malam tu. and saya agak terharu kerana dia tak lupa menyebut setiap nama peminat yang hadir di celah2 lagu ini. terima kasih akma.

sure fine whatever
rinn

No comments:

Post a Comment