Tak sangka dalam tempoh 1 tahun 5 bulan saya dah baca lebih 200 buah buku novel melayu secara berterusan sedangkan sebelum itu saya tak pernah langsung ada minat membaca novel melayu dari zaman sekolah hinggalah zaman bekerja ni.
Masa lepas grad dulu saya lebih kepada menonton siri televisyen especially siri inggeris dan saya memang reviewer tetap utk group malaysiarojak ketika itu utk siri2 tv seperti The X-Files, Roswell, Farscape, Angel, Charmed, Dark Angel, Malcolm in the Middle, soap opera latin dan kadang2 saya juga review beberapa drama tv melayu.
Sejak bertukar kerja ke Putrajaya, masa utk saya menonton tv jadi terhad dan hanya pada penghujung tahun 2006 (sekitar November & Disember) baru lah saya memegang novel pertama yang dihulurkan oleh adik saya Kaksu bertajuk "Angin Dingin Dari Utara". Tu pun sebab dia minta saya belikan buku tu sbb dia tak dapat nak cari buku tu di Kulim. Kalau diikutkan masa tu dah lebih setahun saya mengenali Yam dan berkotak-kotak novelnya. Hanya selepas membaca ADDU saya mula meminjam beberapa novel Yam dan bila bacaan saya mencecah 10 buah buku saya terfikir, boleh ker aku ingat tajuk2 buku yang aku dah baca ni? so in order to archive my readings for personal viewing, i created group bacanovel sebab saya lebih biasa dgn yahoo group berbanding blog. Di situ saya penuhkan database, photos dan files dengan butir-butir novel yang saya dah baca. Saya tak menghadkan pembacaan saya kepada tema-tema tertentu.. apa yg saya dpt baca, saya akan baca, tak kiralah bertemakan masyarakat atau cinta, tebal atau nipis, penulis baru atau lama, penulis terkenal atau tidak dikenali, semuanya saya baca dan habiskan hingga ke mukasurat terakhir tak kiralah berapa lama saya ambil masa untuk menghabiskan pembacaan itu.
saya pernah cuba buat blog di blogspot dan blogsome, tapi saya ni bukannyer reti sangat nak handle blog kat situ, so kebanyakan review dan blog update saya kemaskini di bacanovel dan sebagai backup, saya masukkan juga di yahoo 360 saya. bermula di situ saya kumpul rakan2 yang sedia ada yang rupa2nya memang sudah lama membaca novel, sedangkan saya baru nak start. Ramai rupanya kawan2 saya yang suka baca novel. diorang lah antara ahli2 pertama yang join group bacanovel saya, sementara bagi yang lain yang sekadar nak melawat blog, diorang lebih suka mengunjungi yahoo 360 saya.
Menjelang Mac 2007 baru lah saya diperkenalkan kepada multiply.com oleh adik bongsu saya. sekali demo saja saya dah berupaya mengendali perkara-perkara basic dalam multiply. Saya suka sebab saya tak perlu setup apa2 pun just click "add review" atau "add photos" atau "add blog entry" sungguh mudah. kalau tengok multiply saya tu pun, tak der lah benda2 lain yang saya tambah, semua yang memg sedia ada dalam multiply saja. Tab yang sedia ada seperti "Photos", "Videos" dan "Review" menarik hati saya kerana saya ada byk koleksi peribadi yang saya nak kongsi. Sekarang ni saya selalu kemas kini review di novelcinta.multiply, yahoo 360 dan group bacanovel kerana setiap satunya sudah mempunyai pengunjung tetap. lagipun boleh la saya jadikan backup incase ada sesuatu terjadi.
Ternyata dari hajat hanya utk menjadikan web sebagai rujukan arkib peribadi, saya dapati kunjungan ke multiply dan yahoo 360 saya lebih rancak dari sebelumnya, tak der la sampai beratus, tapi ada la. tak sangka lah pulak melalui minat baru ini saya menjalinkan persahabatan baru dan mengeratkan lagi persahabatan yang sedia ada. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peminat2 novel yang sudi berkunjung ke sini dan emel2 yang dikirim kan kepada saya agar terus maintain website ini. Saya berdoa agar saya takkan jemu2 membaca dan berkongsi rasa dengan rakan2 pembaca sekalian.
Cadangan novel dan pendapat anda semua saya ambil perhatian dan akan cuba memenuhinya. buat penulis2 yang sudi menjengah web saya ini, saya ucapkan jutaan terima kasih dan seperti yang terpapar di bahagian atas multiply saya "The main reason buat website ni adalah untuk berkongsi review novel-novel yang telah saya baca dan untuk nak simpan track buku-buku yang saya dah baca sebagai archive peribadi :) Rating adalah berdasarkan selera saya dan tiada kaitan dgn populariti buku".
Segala luahan rasa saya di sini bukan niat utk menjatuhkan sesiapa, tetapi ia adalah apa yang sebenar saya rasa. Tak semua luahan rasa saya dipersetujui semua yang membaca, masing2 ada taste tersendiri, tambah2 biler kita dah baca beratus buku, secara semulajadi kita akan mula membuat perbandingan dan mencari sesuatu yang baru.
Yang saya perasan, masa mula2 membaca dulu, saya lebih cenderung mencari buku yang bertemakan cinta yang sweet, jiwang2 dan happy ending. Sad ending akan membuatkan saya sangat kecewa dan rasa membuang masa menghabiskan satu buku. kadang2 itu mendorong saya memberi rating rendah kepada buku2 yang sad ending. Tetapi setelah beberapa lama, terdapat berapa buku yang mempunyai ending yang boleh dikatakan sad ending tetapi saya sangat suka dan mengagumi penulisnya yang mampu bermain dengan emosi pembaca seperti saya. saya masih mengklasifikasikan diri saya sebagai pembaca santai yang tipikal kerana saya masih mahu kisah cinta yang sweet, jiwang2 dan happy ending. Sekali sekala bila dah terlalu kerap membaca buku2 begitu, saya mencari juga buku2 hasil dari penulis2 yang terkenal dengan genre kisah berat, sad ending atau yang penuh dengan kisah tragedi sedih. Agak mengejutkan bagi diri saya kerana saya tiada masalah utk enjoy citer2 yang ada unsur-unsur thriller dan adventure kerana sebelum ini saya agak kurang cenderung utk membaca buku2 yang bertema sebegini.
Novel2 yang saya rate 3 bintang ke atas ada buku2 yang saya suka dan biasanya ada dalam koleksi peribadi saya dan adik saya, kaksu.
Jutaan terima kasih dan tahnia buat semua penulis yg berjaya melahirkan buku atau tidak kerana ketahuilah anda mempunyai kelebihan yang tak semua orang ada di dunia ini.
sure fine whatever
rinn
mak datok.....byk nye....
ReplyDeleteheheheh nanti leh buat mini library bg pinjam :)) hahahahha tak pun juai ½ price :D
ReplyDeletepart storing, saya serah bulat2 kat kaksu.. kalau buat mini library tu utk bacaan sendiri jer.. kalau bagi pinjam kat org tu kira amik risiko lah, mungkin itu kali terakhir kita tengok buku tu hehe.. saya yakin ramai yg ada pengalaman macam ni. Setakat ini belum berhajat menjual buku2 dalam simpanan. kalau ada nanti saya jual kat blog ni lah. :)
ReplyDeletebtul tu kak rin...klu bg pinjam mmg byk risiko byk yg kena hadapi...
ReplyDeletetapi klu jual sayang wooohhh.....
tu la pasai.. sbb tu ada buku akak yang dah kerinting bucu2 dia pun still simpan, kedut2 pun still boleh selotep tepi2 n simpan.. sayang pulak nak lepaskan.. hehe.
ReplyDelete