nampak macam hari2 biasa yang selalu aku tempuhi. Bila aku renung balik.. wah.. macam2 terjadi sebenarnya dalam kebiasaan yang aku lalui. Aku berjaya menghabiskan 5 buah novel.
Minggu tu jugak unit aku dapat 2nd bos yang baru.. dah lama tak merasa bekerja di bawah bos perempuan. Sempat juga singgah Presint 8 dengan Yam utk menikmati break fast nasi lemak yang menyelerakan.
Masa aku menjengok ke Website Alaf, siaran langsung interview bersama Rose Harissa di Awani dah terlepas. Tak tau pun ada rancangan tu. Asyik terlepas saja. Kebetulan satu pagi aku bangun awal utk bersahur, before kuar ke ofis, sempat la menjengah Astro Awani dan tengok sesi Interview antara Rose Harissa dgn Dang Matahari (Dang suria tak der pun, cuti kot)
Aku terpaksa ke puduraya yg menyesakkan demi utk membeli tiket balik kg sempena mengundi. Nasib baik tiket ada lagi, kalau ikutnya aku dah agak terlewat. Sempat jugak mintak bos luluskan cuti jumaat! yahoo! ujung minggu ni dapatlah aku online dari kampung. Kak Ima sempat jugak mengorder tiket utk dia balik ngundi :)
Event yang paling aku tunggu2 adalah Sesi makan sambil bising2 dengan Jiwangans. Seri Pacific yang lengang menjadi heboh dgn kehadiran kami sepanjang petang tu. lagi tak cukup jam 4.30 ptg, lagi tu lah tak bangun2. Dah bangun tu, tak dpt nak balik pulak sbb ujan lebat giler.. aku ngan CP solat2 siap2, peh tu leh lagi sambung nyembang dan bergambar :) masa yang ada tak disia-sia kan. AKu ngan diana tumpang bermalam di rumah kak mona. CP ngan Kak Mai pun tak lepas peluang nak jengah rumah kakmona ngan abg kamal. Kak Ima ikut balik rumah kakliza.
Mlm tu aku dapat jemputan dari Kak Ima and Kakliza utk join diorang tengok 'Jumper' the next day. Diana tak dapat join sbb terpaksa balik ke Kuala Lipis. Aku pun dah tak ingat biler last time aku tengok wayang. Kalau tak silap Die Hard 4.0. Esoknya menjelang tengah hari, Diana and Kak Mona post aku ke KL melalui KTM Komuter Batu Tiga. Dah lama aku tak naik komuter sorang2, selalunya berteman sbb aku tak biasa sangat dgn komuter. Sampai jer kat KLSentral, terus aku tinggalkan beg kat locker yg sebelah surau tu. Senang sikit aku nak melenggang kangkung ke KLCC.
Aku dah rasa tak sedap hati masa naik PUTRA LRT haritu.. sebab berenti nya lama bebenor kat stesen KLSentral dan Pasar Seni. masa kak ima call tu aku meyakinkan dia aku akan sampai dalam beberapa minit. Lpas tu kat stesen Masjid Jamek pun puuuuuuuuuuuuunyalah lama dia berenti. Then biler aku dengar 'next station KLCC' tu aku pun bersiap sedia utk menurun. sekali kuar tengok2 stesen Ampang park daaa.. dah terlepas satu stesen, aku turun semula ke tren dan tengok pintu tren yang nak patah balik ke KLCC terpelahang dan penuh dengan manusia.. aku nak nyelit pun macam dah tak muat. semua tengok aku ngan muka sombong. haha tak nak bagi aku masuk la tu.. sekali tu kan.. tiba2 pintu tren tu tertutup kasar, sampai bergegar. then terbukak balik.. biler terbukak tu menyerbu beberapa gerombolan manusia kuar dari tren tu sbb takut la kot lagi sekali nanti tertutup tak leh bukak dah. haha. tak la semua keluar, yang muka tak heran (mungkin dh byk kali kena kes tren macam ni kot) ada jugak yg stay dan tunggu tren jalan. aku pun masuk la dalam tren yang dah byk ruang kosong tu. masa patah balik tu, stesen KLCC still tak bleh brenti, last2 aku turun kat Dang Wangi. Hajat hati nak jalan kaki (sbb dah nampak KLCC berdiri megah di hadapan mata, tapi kak Ima tak bagi.. so aku tunggu la teksi tapi semua penuh.. tengok2 ada bas. terus la aku naik.. perghh.. kalau jalan, mau berpeluh ketiak jugak! Akhirnya smpai jugak aku kat Chilli's join kak liza and her friends and kak ima pun dah ada kat situ. Suh tak sampai lagi, aku tak jadi tumpang suh sbb nak ke Wangsa Maju dah jadi jauh lah pulak.
Kami tengok wayang jam 3 petang. Pukul 4.30 dah abis. sempat la aku solat dulu sebelum meronda2 Sg Wang berdua-duaan ngan kak ima. Thanks kak ima.. sedap aar makan kat Delifrance tu. Maaf la kalau saya seperti tak berperasaan, you are a very very strong woman and i adore you for that.
Kami naik Monorel di Bkt Bintang. Aku terus ke KLCC sementara kak ima tukar tren ke Plaza Rakyat di stesen Hang Tuah. Lepas solat maghrib & collect balik beg aku, baru aku balik Putrajaya naik tren 8.30 malam. huh.. penat jugak badan. ntah kul brapa aku terlelap, memang terpadam abis.. jaga2 jer dah kul 4.30pg. bangun mandi, basuh kain, sahur, solat, datang ofis. and hari-hari biasa ku minggu baru ini bermula lagi...
Sure fine whatever
Rinn
No comments:
Post a Comment