Wednesday, April 11, 2007

Birthday Akma ke 22


lokasi: Redbox Sogo

Tarikh: 17/3/2007



taktau la jadi apa report ni nanti.. nak kena laju2 nih.. :)



my trip to majlis ni began dlm pukul 12 tengah hari.. putrajaya ujan

lebat giler.. sampai KL ujan macam dah slow down. diana picked me up

kat KLSentral kami terus pi hantar barang kat hotel berdekatan and

then p makan2 lepastu suzi and the gang sampai. terus la mula operasi

melengkapkan paper bag dengan goodies peh tu operasi mengangkut benda2

tu ke redbox sogo.. kitorang menapak ramai2 ke sana menarik perhatian

jugak la sekumpulan 5 orang mengusung hamper dan paper bag banyak2,

dah macam pokok krismas bergerak la pulak. kitorang terpaksa berulang

dua kali utk angkut semua barang2 tu.



Malam tu lepas maghrib baru kitorang menapak lagi ke sogo semula, Cp

dan km sedang menjalankan tugas2 pendaftaran dgn jayanya :) kad black

and white tu comellah, siap dengan lirik lagu tema bday akma tahun ni

iaitu 'stay the same'. Sampai2 jer dah boleh makan. Masa akma sampai

tu kitorang dah siap makan , cuba beberapa org yg sampai lambat tu

kena tunggu la sat. Sham Kamikaze pon ada dtg utk memberi sokongan.

Majlis dimulakan dgn bacaan doa oleh Pak lah diikuti oleh ucapan

penghargaan yg ringkas daripada akma.. akma pakai black dress labuh ke

kaki, kaler hitam. berhempas pulas jugak la akma nak tiup lilin kat

kek walaupun dibantu oleh maklah dan paklah sbb ada lilin yg susah nak

padam tu.



then masa sesi makan2 tu disiarkan vc2 yang telah disediakan utk bday

kali ni.. kompilasi bday wishes dari rakan2 akma yg jauh dan dekat. i

did 2 videos: stay the same dan tribute to akma and fans menggunakan

lagu 'setia bersama'. Vc lain rasanya dari nurul dan maxx yg berjaya

mengumpulkan beberapa special wishes utk akma. masa vc tribute to akma

and fans tu tiba2 jer ada sora makcik menjerit 'eh!!' excited la tu

muka dia appear kat big screen.. hehe.. jgn mare km.. i lap you. nanti

i'll upload kat JU utk share. And nanti kita ada special vc kat JU

ni.. tunggu... kena sabbbbar. lain2 vc yg ditunjukkan, akma nyanyi

lagu Pudar masa sambutan merdeka di Nilai. Sedutan lakonan akma dalam

'batu belah' ada jugak special video menunjukkan persediaan akma utk

lagu baru dia. then lepas tu dia nyanyikan lagu barunya "TETAP

MENANTI", lagu oleh Sofia, lirik by Akma. Dgn bantuan Sham Kamikaze

lagu ni siap sepenuhnya dan memang sedap! bakal hit!



then akma nyanyi lagu 'Berdua Lebih Baik'. then diikuti dengan sesi

memberi ucapan kpd akma dan juga game belon beracun "tiru macam akma",

tiru gelek la apa lagi.. ada tiga orang yg bertuah. :) memang gambat

giler game tu. tak sangka MARY pon kena jugak!! keh keh keh. siap

diiringi muzik goyang iNul ha.. gamat betul masa part gelek2 tu.. hehe

harap2 ada la vcd bday nanti *sengih*



masa ucapan sham kamikaze dia wish happy bday kat akma, semoga murah

rezeki dan cepat bertemu jodoh.. teyyyyyyt ;) ayat yg paling saya

ingat, sham kamikaze kata 'saya memilih orang yang bekerja'. sejak AF3

dia dah nampak yg Akma seorang yg bersungguh-sungguh. Dia rasa jadi

tanggungjwb utk membantu melahirkan penyanyi yg bagus dlm industri

muzik dan dia harap nama akma akan bertahan dalam dunia seni.



then akma ada nyanyi lagu baru keduanya yg bertajuk 'Pergilah'.

Berentak retro, ada bunyi mcm disko 70's la. memang lagu yg sesuai utk

menari lah tambah2 kalau menari stail cucuk2 bintang tu, rambut afro,

tangan baju ropol2 penuh lengan tu.



then akma nyanyi lagu I will always love you dan lagu 'Kali Terakhir

Ku Lihat Wajahmu'. akhirnya dpt jugak dengar akma nyanyi lagu uji

rashid tu, sebab masa interview akma di SDS dulu akma ada sebut dia

teringin nak nyanyi semula lagu uji rashid tu tapi tak penah dengar

pon, at last masa bday ni tercapai gak hajat nak dengar. memang best!

and akma menangis masa nyanyi tu sempat la bagi tisu kat dia utk lap

air mata sebelum mengalir dgn lebih laju sedangkan masa before nyanyi

tu Akma pesan 'jangan nangis dgr lagu ni ye?' uwaaaaaaaaaaaa sedihnya

lagu tuuuuuuuuuuuuuuuu... "di hembusan bayu lemah longlai langkah

kakiku, lambaianmu kian jauh dari mata... malangnya, bencana menimpa,

kau telah pergi utk selamanya tak kembali, pada saat terakhir, ku

melihat paras wajahmu, kau bisikan hanya sayang kepada ku..." *sob

*sob* nasib baik ada suh and cp bagi shoulder kat akma.



Then akma nyanyi lagi lagu Goyang Inul pulak.. atau ditukar jadi

GOYANG AKMA.. haa amik kau.. sakan betul dia gelek, berdentum dentum

keh keh. this is the 3rd time i saw her nyanyi lagu ni. "Para penonton

bapa2 ibu2 semuanya, jgn heran kalau Akma sedang goyang.." peh tu siap

ada head bangging.. :D



lepas tu akma ada buat announcement yg dia akan buat persembahan kat

tmn tasik titiwangsa, berdekatan dengan eye on malaysia the next day.

Then diteruskan dengan acara 'CABUTAN BERTURAP' hehe seperti yg

disebutkan oleh maxx.. kih kih.. cabutan bertuah la.. memang ramai yg

bertuah mlm tu.. Ju pon ramai yg dpt. yay!!! biasala JU sorak sakan :)



then houdini ada sampaikan lagu for akma, lagu Tekad (Hazami) dan atas

permintaan istimewa by Sham kamikaze, Pak Lah nyanyi lagu "kenanganku"

(Jeffrydin). SElepas sedikit ucapan penutup dari Akma, dia menyanyikan

lagu barunya lagi sekali lagi "Tetap Menanti". Masa tunggu lagu

diputarkan, akma sempat menggunakan suasana gelap tu utk mengusik

"Jangan biarkan, hidup anda.. diselubungi misteri" hehe..



Lepas tu abih la.. disambung dgn sesi bergambar sakan.. puas hati la

tgkap gambar ngan akma. ShamKamikaze pon stay sampai habis, dia layan

smua org dgn baik. gambar2 akan menyusul kemudian.



ermm lagu yg ada tak berapa elok sound dia.. pandai2 la korang adjust

equilizer kat korang nyer computer ok? i'll upload anyway tapi part

korus jer.. nantikan di corong2 radio ye? :D



sure fine whatever

Rinn

19/3/2007



No comments:

Post a Comment