Tuesday, April 17, 2007

Air Mata Kasih - Syamimi

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Syamimi Aminolah
terbitan creative enterprise sdn. bhd

"Meniti batas waktu... ada memori yang tercipta, ada bahagia yang
mampu dilahirkan dengan kata-kata."

Penulis ada kelebihan menulis scene-scene menggambarkan perasaan
cinta, flirt yang menarik tapi kesedihan bertimpa-timpan yang ingin
disampaikan melalui watak 'Ain' tidak menyentuh hati saya. I expected
myself to cry bila baca buku ni especially bila tengok tajuknya.. tapi
hingga ke page terakhir, saya tak rasa sedih pun. Any way, the
'Qimi-Ain' interaction tu very interesting, playful and memang rasa
diorang ni 'meant for each other'. Tapi apakan daya, apa daya kuasa
insan melawan takdir Tuhan. I think the 'Qimi-Ain' relatinship is too
sweet to end up that way. Maybe i rasa mcm tu sebab i'm more into
happy ending. Ada jugak buku yang tak happy ending tapi puashati baca
contohnya maca 'kasih terakhir' by Fathillah Anas.

Ada sesetengah penulis cerita yang predictible cerita nya tapi pembaca
masih buleh menangis disebabkan cara penyampaian yang berkesan.
contohnya seperti buku 'Sejernih Wajah Kekasih' by Sri Anora.
ceritanya memang predictable betul tapi cara penulisan sri anora mampu
meruntun perasaan dan membuat pembaca menangis.

Serba sedikit tentang citer Air Mata Kasih by Syamimi Aminolah ni. Ain
dan Qimi pernah rapat semasa zaman kanak-kanak. Atas perancangan bapa
Qimi, Ain diambil bekerja sbg setiausaha Qimi. Ain tak kenal Qimi tu,
dia panggil bos dia 'Iman' (Iman Haqimi). Qimi versi dewasa ni agak
angkuh dan suka menyakitkan hati orang, tetapi kelembutan Ain merubah
perangai Qimi.

Mirzan, sahabat baik Qimi yg playboy turut meminati Ain, Qimi tu
memang la risau tapi apa hak dia atas Ain utk menghalang, lagipun dia
dah ada girlfriend, nama anita. tapi sayangnya pada anita tiada, cuma
rasa tanggungjawab ke atas seseorang yg sgt rapat dgn nya. Dia
kesiankan anita yg sangat setia tu.

Ain pulak sudah ada Hisyam tapi hisyam tamak, mahu menyintai 2 wanita
serentak. Akhirnya kedua-dua mereka bebas dari ikatan tetapi Ain
terlalu takut meluahkan perasaan manakala Qimi pulak semakin berani
mempamerkan kasih sayangnya. rindu membawa mereka bersama dan mereka
bakal bertemu semula tapi takdir telah tersurat. Berapa lama lagi masa
yang perlu ain tempuhi untuk merawat gundah di hati?

Buku yang akak baca ni ada beberapa muka surat yang hilang terutamanya
masa part ain berjumpa qimi buat pertama kali di rumah qimi. tu la
first time dia tau Iman and qimi is the same person..

sure fine whatever
Rinn

Sinopsis belakang buku:

Ain begitu merindui 'Abang Qimi'. Budak lelaki yang sering mengusik
dan menarik ekor kudanya. Budak lelaki yang sering memujuk kala dia
merajuk... menangis semula bila ketawa bertukar sengketa. Putaran
masa... Ain membesar menjadi gadis manis; bersama usikan dan sendaan
yang mendewasakan. Dihitung pada usia... Ain cuba membayangkan wajah
'Abang Qimi' yang tidak terjangkau dek bayangannya. Kacakkah? Atau
seperti majikannya yang mahal dengan senyuman tetapi tampan. Dan
rahsia hati disimpan kemas dalam diri... Walau sesekali terdetik jua;
ada persamaan yang sesekali melekakan. Selain nama... wajah itu bagai
ada ceritanya... misteri tersembunyi antara Ain dan Haqimi. dan
benarlah... 'Abang Qimi' adalah orang yang serupa. 'Abang Qimi' ialah
majikannya... yang sering mengusik dan membulinya seperti zaman
kanak-kanak mereka dan hati mengapa tiba-tiba bertukar rasa...
bertukar bicara... diulit rindu yang entah bila munculnya? Namun
'Abang Qimi'nya hilang semula dibawa angin malah, tanpa pamitan...
menjadikan Ain insan kesepian.

RM25.90
572 muka surat.

5 comments:

  1. I love this book. Syamimi Aminolah is one of my favourite author

    ReplyDelete
  2. ha'ah syamimi aminolah punya writing very sweet and jiwang2.. haha.. tapi tu la.. ending dia tu ala.. nak ler ain bahagia ngan qimi.. sambungan dia dah baca? saya x baca lagi.

    ReplyDelete
  3. salam.....sy member baru rin...minat nak kongsi cerita tentang novel jugak......akak nak tau la kesudahan airmata kasih2 happy ending atau sad ending....akak dah bc airmata kasih1...tak berani nak beli yg kedua...takut sad ending....

    ReplyDelete
  4. akak dah bc airmata kasih1.....akak nak tau airmata kasih2 endingnya sad atau happy......kalau sad tak nak beli la....

    ReplyDelete
  5. kak atie.. citer airmata kasih 2 menjadikan citer airmata kasih 1 best. hehe.. happy ending... yahoooo! kalau tak, gerammmmm jer lepas baca air matakasih 1

    ReplyDelete