Monday, April 23, 2007

Permata Asmara

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Rozita Abd. Wahab
Permata Asmara by Rozita Abd. Wahab

Terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd.

"Cinta ini bukan mudah dipertahankan. Jerihnya, mereka yang rasa..."

Penulisan yang bersahaja dan mudah. flow cerita yang lancar dan agak mendatar walaupun di saat-saat genting terasa mendatar kerana gaya bahaya yang kurang meruntun emosi tapi ceritanya memang menarik dan mesti dibaca oleh peminat2 novel cinta.

Mengisahkan Nurin dan Eric Chua yang saling jatuh cinta pandang pertama. Azlinda mendendami Nurin dan sentiasa berusaha mencuri hati mana2 lelaki yang menunjukkan minat kepada Nurin. Sebelum ini 3 lelaki berjaya digoda oleh Azlinda tetapi Eric Chua tetap setia pada Nurin walaupun Nurin tidak memberi kata putus kepada lamaran cintanya.

Pemergian Eric ke Sweden selama 3 minggu membuat Nurin menanggung rindu sampai demam dan mimpi2 sebut nama Eric menyebabkan bapa Nurin tahu tentang Eric. Nurin makin pasti dengan hati dan perasaannya lalu menerima cinta Eric. walau bagaimanapun, mama Nurin menentang kahwin campur dan secara diam2 mengatur pertunangan Nurin dgn Iskandar yang pernah beralih cinta kepada Azlinda. Nurin sudah lama membuang Iskandar dari hatinya sbb jika sekali Iskandar pernah beralih cinta, tak mustahil dia akan melakukannya lagi sekali. Iskandar mahukan Nurin kembali. Demi maruah keluarga Nurin terpaksa menerima Iskandar tapi hatinya tetap utk Eric. Atas nasihat rakan2 karib Eric, Eric sanggup melakukan apa saja utk mendapatkan Nurin. Eric nekad utk memerangkap Nurin agar terlepas dari tangan Is sehingga bapa Nurin terpaksa mengamanahkan Nurin kepada Eric. ;)

sure fine whatever
Rinn

Sinopsis Belakang buku:

Sakitnya hati tatkala melihat kekasih hati digoda teman baik sendiri. Terseksa jiwa raganya. Terbakar perasaannya. Sandiwara apakah lagi yg ingin dipertontonkan kepadanya? Sampai bila ingin didera hatinya? Bukan sekali Azlinda memperlakukan Nurin begitu, berkali-kali... hingga Nurin takut utk jatuh cinta lagi... takut dikhianati... takut cintanya bertukar menjadi mimpi-mimpi ngeri. Namun tidak untuk cintanya kali ini. Adam adalah nyawanya... memiliki adam adalah impiannya demi masa depan yang lebh bermakna. Lalu Nurin bangkit memperjuangkan haknya yg baru bermula. Namun sekali lagi impiannya duka lara. Iskandar hadir bagai menamatkan riwayatnya. Menuntut cintanya yg telah jauh Nurin lontarkan ke tengah belantara. Mengutipnya, Nurin tidak mahu membunuh impian masa depan. apatah lagi menelan sisa-sisa kasih yang telah Azlinda tinggalkan utk nya. Kerana baginya cinta suci hanya hadir sekali, bukan berkali-kali. Lalu bersama Adam Nurin kembali menggilap permata asmara yang hampir pudar warnanya...

RM22.90
460 mukasurat

4 comments:

  1. Saya pinjam buku nie.......kat sini ramai peminat novel. Setiap seorg beli satu lepas tu tukar. Cerita nya menarik, tapi penyabar betul si Nurin tu.Eric tu tentu handsome....selalunya begitulah yang digambarkan dalam setiap watak hero.

    ReplyDelete
  2. Ni kira antara novel yang sweet la.. hero heroin mestila lawa-lawa

    ReplyDelete
  3. One of my favourite novel. Memula pinjam kat library, pastu terus pegi carik kat kedai buku nak buat koleksi...
    Besttt sangat....

    ReplyDelete
  4. yes.. a very lovely and sweet love story :) jiwang jiwang gitu!

    ReplyDelete