Thursday, April 19, 2007

Kau Untukku

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Aisya Sofea
Kau Untukku by Aisya Sofea


"Rahsia di hati tak siapa yang tahu"


Aisya Sofea never fail to deliver a story kepada pembaca yg suka kisah2 jiwang macam nih. secara pokoknya cerita ini agak biasa, sebelum bertunang Nurul Umairah pernah berkasih dgn Daniel yg telah pergi selama-lamanya, kemudian diikuti oleh pemergian tunangnya ke alam barzakh juga. Kehadiran cinta ketiga menjadikan Nurul Umairah ragu-ragu untuk menerima. kalau orang lain cerita maybe cerita ni akan jadi biasa.. tapi disebabkan penulisnya adalah Aisya Sofea, buku memang jadi a must read.


kisah ni menumpu kepada saat pertama pertemuan Nurul Umairah dgn boss nya Ahmad Fuad. Kematian tunang Nurul menjadikan Fuad berani meluahkan perasaan tetapi Nurul tak dapat membuat keputusan. Fuad berjaya mencuri hati ahli keluarga Nurul tetapi Nurul gagal berbuat demikian pada keluarga Fuad yg sudah ada calon lain utk Fuad. Fuad nekad Nurul akan menjadi isterinya. Keadaan dalam cinta diorang ni kucar kacir adalah sebab Nurul dan Fuad tidak berterus terang mengenai hal masing2. Fuad tak berterus terang siapakah business associate yg ditunggunya manakala Nurul pula menyangka Fuad sengaja berjumpa bekas kekasihnya sedangkan fuad melafazkan cinta pada dirinya. 7 bulan dia menghilangkan diri dan pertemua semula dengan fuad menjadikan Fuad sangat tidak sabar dan marah.


rasa saya cerita selepas diorang kawin sepatutnya lebih banyak lagi tambah2 bila bangkitnya isu Nurul yg bekerja dan anak yang ingin dijaga oleh ibu dan bapa Fuad seolah-olah menjadikan Nurul ragu2.


sure fine whatever
Rinn


sinopsis belakang buku:


Pertama kali bertemu Nurul Umairah, hati Ahmad Fuad sudah terpaut. Biarpun gadis itu sudah dimiliki, namun perasaannya tidak pernah berubah walaupun terpaksa menyembunyikan rahsia hatinya dalam-dalam.


Bila Jefri, tunang Nurul terkorban dalam kemalangan, Fuad menawarkan kasihnya. Nurul menolak kerana tidak mungkin dia mengalih perasaan pada lelaki lain dalam sekelip mata sahaja. Kebijaksanaan Fuad akhirnya meruntun tembok yang dibina Nurul. Dia akhirnya menerima Fuad tanpa mengetahui rupa-rupanya ada gadis lain sedang menagih kasih lelaki itu semula.


Apakah Fuad akan menyambung semula kasihnya bersama gadis yang tiba-tiba muncul kembali di antara mereka? Mampukah Nurul Umairah sekali lagi kecewa biarpun lelaki itulah yang memulakan percintaan mereka?


Kau Untukku; indah, Romantis dan membuai perasaan. Sentuhan terbaru Aisya Sofea setelah Jauh dan Jendela Hati.


RM19.90
480 mukasurat

10 comments:

  1. Still be my most favourite novel. Novel ni dah baca banyak kali tapi tetap tak jemu. Teruja bila Fuad luahkan rase cinta dia pada Maira. Romantic betul.

    ReplyDelete
  2. sulela ni jenis jiwang2 la hehe.. taste semua citer sweet sweet jiwangjiwangan nih! hehe

    ReplyDelete
  3. i love this novel so much...fuad merupakan ciri-ciri lelaki idaman saya..(^_^)

    ReplyDelete
  4. ramai la jatuh chenta dengan fuad tu... dah baca ker sambungan citer ni dalam kompilasi Buatmu kekasih?

    ReplyDelete
  5. sye suke dgn novel nie.. klu la ada lg ceta yg seakan2 nie kn best! sye suke!!

    ReplyDelete
  6. sambungannya dalam buatmu kekasih dah baca ker?
    tak pastipulak citer apa yg seakan2 citer nih.

    ReplyDelete
  7. sye blum bace lg.. pe nama novel tu sapa penulisnye?? owh ok.. hehehe..

    ReplyDelete
  8. Tajuknya Buatmu Kekasih, penulisnya Aisya Sofea.

    ReplyDelete
  9. novel kau untukku nie ade jual lg x?

    ReplyDelete