Tuesday, March 20, 2007

Simfoni Kasih Armila

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Althirah Zainal
Terbitan Tintarona
Simfoni Kasih Armila by Althirah Zainal


"Penantian yang tidak pasti, pengkhianatan pada sebuah harapan"


buku ni nampak tebal tapi tulisan agak besar-besar, mudah betul nak baca. kali pertama baca buku terbitanTintarona publications sdn. bhd. dan kali pertama jugalah baca buku dari penulis Althirah Zainal. Jalan cerita agak simple dan sangatlah straight forward walaupun cuba di twist kan sedikit tentang asal usul Nomi Amila, adik kpd Normi Armila (adik angkat). Rasa mcm biasa saja bila baca buku ni, dan very very perdictible. setakat nak mengisi masa lapang boleh la.. tak memeningkan kepala. biler baca sinopsis i imagine Azira akan jadi watak penghalang yg besar dalam kisah bibit cinta antara Mila dan bos nya Asrul. Sekali saja Azira menunjukkan taringnya semasa bertemu Mila dan mengaku ASrul tunangannya.. tu saja.. selepas dan sebelum tu watak Azira ni tak mengganggu gugat langsung.. macam tak der cabaran lah pulak kisah cinta ni.


sinopsis belakang buku seolah-olah dah menceritakan semua yang kira ingin tahu dalam buku nih.


serba sedikit tentang kisah ni. Normi Armila lulusan luar negara kursus pentadbiran setiausaha, ibu bapanya tukang sapu di sebuah syarikat kertas. Bosnya Asrul, berkenan masa interview. Mila pekerja gigih, akhirnya diberi tanggung jwb besar mdptkan tender utk syarikat. lepas pada tu hubungan ngan bosnya makin mesra. Azira dulu hampir2 jadi tunangan Asrul tetapi di tangkap khalwat ngan orang lain.


Nomi Amila sebenarnya anak angkat yg ditemui di tepi sungai. agak liar dan selalu perang dingin dgn kakaknya Normi Armila. tetapi keluarga angkatnya tak pernah mengasari Nomi dan melayannya tanpa berbelah bagi sehingga Nomi tak sangka langsung dia anak angkat, sehinggalah pada hari ibu bapa Asrul datang merisik Normi Armila untuk anak mereka.


sure fine whatever


sinopsis belakang buku:


Setiap percintaan pasti ada dugaan. Cinta Asrul terhadap setiausahaya Normi Armila dihalang oleh bekas tunangannya Azira.


Meskipun beberapa kali Asrul cuba menjauhkan diri dari bekas kekasihnya itu, namun Azira tetap memburu cinta Asrul. Azira sanggup lakukan apa sahaja untuk menghalang percintaan mereka. Ternyata cinta suci Asrul dan Normi Armila sukar digugat. Malah percintaan mereka membawa hikmah yang besar ke atas keluarga Asrul. Asrul ditakdirkan bertemu semula dgn adiknya yang telah sekian lama hilang.


Pertemuan yang penuh tragik itu mengukuhkan lagi hubungan cinta mereka. Dan... Azira teru tewas sebagai insan yang kehilangan arah. Rosak oleh kerakusan nafsunya sendiri.

No comments:

Post a Comment