Rating: | ★★★★ |
Category: | Books |
Genre: | Romance |
Author: | Siti Zabeha Ibrahim |
Terbitan Creative Enterprise
Cetakan Pertama 2005
"Bukan sekadar memandang, menyebut namamu pun aku tak mampu, terderanya aku
kerana mencintaimu..."
Dah beberapa bulan jugak aku dok hunting buku ni tapi tak dapat2.. akhirnya
bertemu jua... :)
Mengisahkan Ain, seorg graduan menganggur. Dia sudah puas berusaha mencari kerja
namun akhirnya gagal.Akhirnya dia menjadi pemandu kepada Haji Sabiran & Hajah
Aisyah yg kesunyian. Ain berasa seperti mendapat kasih atuk dan neneknya semula
bila berada di samping pasangan ini. Sesuatu yg teramat dirinduinya. Namun
kepulangan Hafizi, anak bongsu pasangan ini membuat Ain tidak selesa. Hafizi
terlalu menguji kesabarannya tetapi demi Haji Sabiran dan Hajah Aisyah, Ain
tabah meneruskan kerjanya.
Mak ngan ayah Fizi memang selalu dok warning jgn keterlaluan sangat menyakat Ain
kerana tak mungkin org sebaik Ain nakkan Fizi tu walaupun diorang offer. Fizi
seperti tersinggung tapi hatinya terpaut dgn gadis hitam manis itu.
Bagaimana nak menarik semula perhatian gadis yg selalu disindirnya sedangkan
gadis itu terpelajar bukannya seperti anggapannya sebelum ini. Sian Ain kena
buli sampai jadi goalkeeper bola sepak! hehe.
Sedih betul masa part Ain terpaksa menggantikan kakaknya utk majlis pertunangan.
Ain ni membesar dgn atuk dan neneknya, so dia agak terasing dari family sendiri.
Abg ngan kakaknya mcm tak puas hati dgn Ain yg rapat dengan atuk dan nenek
sedangkan Ain sudah terlalu byk berkorban utk family nya. Hingga bila masa nak
bertunang tu semua macam memaksa dia demi maruah keluarga, tak seorg pun
memikirkan perasaannya.. sedih la. Sian Ain.
Tersenyum senyum jgk mengenangkan pak aji ngan mak aji dok pasang plan nak bagi
jadi jugak Ain ngan Fizi tu. Tetiba Fizi jadi berani dan ajak Ain kawin, tapi
Ain keberatan kerana merasakan dia tidak cukup cantik utk lelaki sehandsome
Fizi. Atas alasan itu jugak lah sebelum2 ni Ain melepaskan lelaki2 dlm hidupnya
utk org lain. Fizi terlalu bersungguh-sungguh dan Ain mula meletakkan beberapa
syarat maka termeterailah Janji Pinang Merah. huhu.. buat perjanjian pulak..
uish teringat pulak subjek sejarah yg ada Perjanjian Pangkor tu. haha.
sure fine whatever
rinn
Sinopsis belakang buku:
Salahkah aku meletakkan hati ini pada tempat yang tinggi? Memasang impian...
membina harapan yg muluk-muluk... bercanda bersama-sama angan angan yg
membahagiakan, antara kasih dan sayang, demimu insan yg teristimewa. Hanya utk
kau dan aku. Kita berdua selamanya... Dan keran asemua itu, Hafizi meletakkan
hatinya di sisi Farahim utk digandingkan bersama, utk dijadikan permaisuri
hidupnya. Namun Hafizi bagai lupa, 'penderaan mental'nya selama ini telah
membekukan hati seorang Farahin yg dahulunya pernah berdarah.
Diasak saban waktu dgn kerenah-kerenah yg melemaskan, cemburu yg tidak masuk dek
akal... Hafizi sebenarnya cuba mencari istimewa si gadis manis. Sedang Farahin
pula kian bungkam dan gerah berhadapan dgn konfrontasi yg tidak pernah sudah.
Kerana merasa kasih insan terbuang... Farahin meminggir bersa rajuk yg panjang.
Dan rasa cinta ini Hafizi bawa terbang jauh di bumi asing dgn harapan akan
diarak pulang cintanya yg satu ini.
RM25.90
582 mukasurat
isbn: 9789838936194
saya tgh bacer buku nih..tapi ader kureng sket ler ngan susunan bahasanyer..macam x betul jer.x der editor ker buku nih...ayat panjang2..sampai kene bacer 2-3 kali nak kasi paham..isk2..nih yg spoilt..citer menarik bahasa kurang plak...x pe lah kutahan jebat!..pas abis nih baru bole komen puas2...
ReplyDeletesaya suka story dlm citer ni.
ReplyDeletetk pandai la plak nak komen susun2 tu huhu..
:)
contoh ayat2 kompius:
ReplyDelete-permintaan abangnya supaya mengikut pulang hujung minggu nanti,Farahin berikan alasan baru bekerja mana mungkin boleh bercuti selalu
-Farahin yang tlh masuk kedalam sebaik mempakirkan kereta digaraj tepi, Hafizi baru mengalih pandangan.
-Kusam warna senja Farahin hanya memandang seketika wajah Hafizi yang sedang duduk sendirian dianjung luar rumah.
haa...x ker haru susunan nyer tuh...ekcili sampai citer nih habis saya tak tau 'Perjanjian Pinang Merah" 2 perjanjian aper...eh...cam sengal lah plak..he he