Friday, July 31, 2009

Buku Prima: Terbaru di Pasaran

Tajuk: Seharum Cinta Lestary
Penulis Ramlah Rashid
Terbitan Buku Prima
Cetakan Pertama 2009


Perasaannya terus dibelenggu peristiwa silam. Kenang-kenangan itu bertindak kejam, menjadikannya gadis yg tidak langsung mengharapkan kehadiran lelaki. Melihat Hanan Alaa diperlakukan sehina itu dan sekejam itu, dia menjadi betah hidup sendirian tanpa sekelumit keinginan utk bergnding dgn lelaki, jauh sekali bergantung pd kaum itu - Lestary.


Biar siapapun dia, siapapun tunangnya, yg pasti di hatinya gadis itu tetap abadi. Dafiezudin mahu melestarikan Lestary sbg gadis pertama dan mgkin juga terakhir.  Dia sedar, merampas milik org, boleh dianggam merompak. Kerja merompak berdosa besar. Dia tahu itu - Dafiezudin.


Dalam senang memandu, lestary gelisah. Doanya tidak makbul. Barangkali dia tidak ikhlas meminta! Marahnya pula. Dlm ikhlas mahu belajar menyintai Razrim. Dafiezudin mencucuk duri berbisa. Terlalu sakit dia - Lestary


Dia tidak mungkin membuang org yg dia sayang begitu sahaa. Dia tidakkan muda melatah walaupun digempur taufan - Razrim.


==========

Selepas Tak Kuduga, Sara Kirana, Qaseh Qaisy dan Aku Cinta Kyra, Kini saya datang lagi besama Novel Seharum Cinta Lestary. SEbuah kisah masyarakat yg kompleks, masalah perbezaan budaya meskipun seagama. Sejarah percintaan org lama dan gila tidak menjadi penyebab kepada kisah Seharum cinta Lestary. Kisah penderitaan kanak-kanak dan remaja penghidap penyakit jantung dan hati kronik yg semakin membimbangkan memberi saya ilham utk cerita ini selain akibat perkahwinan tanpa restu. Diharap sambil berhibur dgn kisah cinta ini, pembaca akan mendpt sedikit info dan kesedaran berkenaan penyakit jantung dan harapan serta pendermaan organ.
-Ramlah Rashid-

-----

Tajuk: Mulanya Di Sini
Penulis: Jasmawani Jisu
PEnerbit: Buku Prima
Cetakan PErtama:2009
Harga: RM19.90

 

"Cinta adalah anugerah ALLAH.
Bermula dan berakhirnya cinta
dengan ketentuan-Nya juga"


sinopsis belakang buku:


Terus terang dia perlukan masa utk melupakan segala kenangan lalu. Apatah lagi dia diminta menerima seorg lagi lelaki yg tidak dikenali. Hatinya yg baru sahaa terluka mana mungkin dpt menerima sebarang lelaki dlm msa terdekat ini. - Dania


Kau kejam Nia. Tergamak kau tidak tahu aku sgt mengasihimu. Kenapa masih layan si Zamani tu? Apa lebihnya dia? Pedih hati ini melihat kau dlm keadaan begitu dan menyebut pula nama Zamani! Hati aku sakit Dania - Rosham


Hati lelakinya tersentuh melihat Dania begitu. Dia sememangnya lemah dengan air mata. Dan dia tentunya lemah melihat air mata org yg dikasihinya itu. Apakah musibah yg telah menimpa gadis itu? KEnapa mesti gadis sebaik DAnia! Gadis yg dia kasihi. - Datuk Razlan.


Apakah kasihnya kesampaian dan impiannya akan terlaksana? Bila? Inilah soalan yg sering berkunjung di ingatannya dan amat payah utk dia memberikan jawapan. Walaupun dia pernah mengatakan cinta bukan bermakna memiliki tetapi dia tetap mengharap. - Zamani


Pergilah kasihku pergi menemui kekasihmu semoga mendapat rahmat-Nya. Kelam matanya digenangi air. Cepat-cepat dia sapu air mata itu - Dania.

------------------


Minat utk menceburi bidang penulisan timbul apabila saya terdengar satu rancangan di Radio IKIM. Sejak hari itu saya mula menulis sehinggalah terhasilnya MULANYA DI SINI. Dorongan dan sokongan ibu bapa, adik2 dan org yg tersyg menguatkan lagi semangat utk menulis. Perjalanan hidup insan2 di sekeliling, diri sendiri serta pengamatan kepada persekitaran mengilhamkan watak2 dlm novel sulung sy itu. Tema kasih sayang menjadi pilihan kerana kasih dan sayang tidak dpt di pisahkan dlm sebuah kehidupan. Apalagi dlm masyarakat hari ini nilai kasih sayang semakin menghilang. Semoga dgn terhasilnya MULAYA DI SINI dpt memberi iktibar kepada kita semua.

-jasmawani jisu-

No comments:

Post a Comment