Tajuk: Seharum Cinta Lestary
Penulis: Ramlah Rashid
Penerbit Buku Prima
cetakan pertama 2009
untuk maklumat lanjut, sila ke website Ramlah Rashid dan http://gengkicap.blogspot.com
Tajuk: Episod Cinta Di Tanah Hijrah
Penulis: Amaruszati Noor Rahim
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
isbn: 978-983-46-0254-3
sinopsis belakang buku:
Sewaktu tanah air dlm zaman penjajahan Jepun, Gaffar memilih utk menjadi seorg gerila. Sewaktu negara telah mencapai kemerdekaan. Gaffar menjadi seorg peneroka FELDA di Pahang dan berjaya mendidik dua org puterinya- Maisarah & Masitah - sehingga menjawat jawatan penting dlm pekerjaan masing2. Sewaktu Maisarah meningalkan kehidupan kota dan kembali utk menetapkan di FELDA dgn cita2nya menjadi seorg usahawan yg berjaya dlm bidang penternakan kambing dan sekaligus utk memajukan kehidupan masyarakat FELDA, Gafar tidak membantahnya. Sewaktu Gaffar mengetahui bahawa Masitah yg bertukas sbg seorg doktor bercinta dgn rakan setugasnya, seorg pemuda Cina, Gaffar juga tidak membantahnya. Akan tetapi apabila Gafar mengetahui dan melihat seorg pemuda Jepun dtg ke rumahnya utk mencari Maisarah, Gaffar menunjukkan sikap dinginnya.
Mungkinkah Gaffar bersifat pilih kasih dlm menyayangi kedua-dua org puterinya itu atau ingatan dan kenangannya pd suatu zaman yg menderitakan hidupnya menjadikan dia bersikap dingin terhadap pemuda negara Matahari Terbit itu? Konflik inilah antaranya yg menjadi jalinan cerita dlm novel Episod Cinta di Tanah Hijrah.
"Antara aku, kau dan dia; tetap ada cinta, rindu, dendam dan prasangka yang tidak bernoktah..."
Tajuk: Ketika Tulip Berbunga
Penulis: Fara Darlish
Penerbit: NHF Media
isbn: 978-983-3156-35-1
Harga: RM18.90
Sabah/Sarawak: RM21.90
Intan dan Razif kedua-duanya terpisah dlm kerinduan. Mereka rindu utk meluahkan segala apa yg tersirat di jiwa. Semua itu sudah berlalu dan tidak akan kembali lagi. Saat diperlukan, Razif singgah hanya seketika. Razif milik isterinya, Rahayu. Intan amat mengharapkan Razif tetapi Razif tetap tiada. Ketika bersama, Intan terasa amat disayangi. Terasa diri ada lelaki yg mengambil berat tentangnya. Kini dia terpaksa menempuh hari-hari mendatang keseorgan. Jiwanya damai saat dpt berbicara ddgn Razif. Tetapi ketika di rumah, hati Intan akan gelisah, takut cemas apabila berhadapan dgn Zahir, suaminya. Hatina sebal dan benci.
Rasa kasih terhadap Razif kian menebal. Hanya Razif yg memahami dan simpati terhadapnya. Dia tidak ingin kehilangan Razif! Tapi relakah dia kehilangan Zahir? Sanggupkah dia mengkhianati isteri Razif? Ikhlaskah Razif? Atau benarkah ini cinta?
-------
-----
Tajuk: Lara
Penulis:Nas Amin
Penerbit: Creative Enterprise SDn. Bhd
isbn: 978-983-893-922-5
Harga: RM16.90
Sabah/Sarawak: RM19.90
"Kehancuran hidup ini bukan bermakna berakhirnya satu pencarian."
Sinopsis belakang buku: Tiada siapa yg tahu duka apakah yg tersimpan di sebalik keauan dan kemanisan wajah itu. Tiada siapa pun yg mengerti utk apa dia terus memendam derita itu. Tiada siapa pun dpt menduga betapa beratnya beban yg terpaksa ditanggung oleh jiwanya saat itu. Namun itulah hakikat yg terpaksa didakapnya selepas semuanya diragut oleh insan yg amat disanjungnya selama ini.
Arini amat mencintai Hilmi. Razlan pula sanggup menunggu walau seribu tahun utk mendapatkan secebis kasih daripada Arini... Di manakah titik noktah kasih mereka?
-------
Tajuk: Menjejak Memori
Penulis: Zahida Zarkasi
Penerbit: KarnaDya Solutions
isbn: 978-9867-536-702-1
Harga:RM18.00
Sabah/Sarawak: RM21.00
"Andai masa dapat diundur, pasti janji tidak akan dimungkiri..."
Sinopsis belakang Buku:
Dua belas tahun sudah berlalu. Ramalan salah seorg bomoh masih terlekat di ingatannya... Kanak-kanak tersebut akan kembali selepas 12 tahun.
Sekembali dia ke alam manusia, dia akan menjadi seseorg yg mempunyai kuasa sakti dan hidup dlm kemewahan. Satu ramalan yg sukar utk dipercayai. tetapi tetap ditunggu. Rifqi berharap penantiannya selama 12 tahun akan berakhir. Dia berharap sangat dpt bertemu semula dgn kanak2 yg hilang itu, yg pernah menjadi kwn baiknya.
Di Kolej Indera Jaya, persoalan yg bermain di mindanya kian terungkai. Pencarian hampir menemui titik tamat. Namun di saat rahsia hampir terbongkar, Rifqi terpaksa mengambil keputusan utk menghentikan penyiasatan.
Jika tidak, perhubungannya dgn gadis itu pasti akan terancam. Gadis itu pasti tidak akan memaafkannya andai rahsia itu terbongkar. Rahsia tentang siapa dirinya yg sebenar...
TAjuk: Layar Impian
Penulis:Rizan Hijazi
Penerbit: Creative Enterprise Sdn. Bhd
Harga: RM19.90
Sabah/Sarawak: RM21.90
isbn:978-983-893-921-8
"Aku pasti bernafas, walaupun dalam sejuta kepayahan"
sinopsis belakang buku: Bersama sebuah impian yg belum lagi mampu dilakarkan, dia hanya memendam rasa, menahan kecewa, meredah lautan yg penuh gelora. Itu bukan kehendaknya. Ditinggalkan oleh ayah tercinta, sepi tanpa cinta yg menyulam rasa dan karam dlm lautan yg ketandusan kasih sayang setelah ibunya pergi bersama sebuah penderitaan yg disimpan terlalu dalam.
Dia terus melangkah walaupun agak payah dan kakinya kadang-kadang tersadung dgn akar2 yg mula menyelirat tubuhnya, berulangkali dia jatuh dlm lumpur yg penuh gelodak. Namun tidak sedikitpun langkahnya berkalih songsang. Baginya, jalan di hadapan masih terbentang. Perlu diterokanya dgn penuh kesungguhan, demi menggapai sebuah impian.
Ceritera I PELANGI – SYUD
Iman bukan pelangi awak. Iman cuma Iman. Iman tak cantik macam pelangi...Tapi,Iman tetap ada kat sini walau pelangi dah pergi...
Menjadi anak yatim piatu pada usia muda bukannya bermakna Iman Aisyah tidak berani hidup sendiri apalagi berdikari. Cuma kalau tiba-tiba ada yang melamar, apa salahnya kalau dia menerima, kan?
* * * *
Ceritera II KED’S STORY – HLOVATE
Khalid Faizal... Ked ... Hadiah ...Nawala lady... a romeo... a skater...Florida-Virginia ... Malaysia-USA
Hadiah deck daripada gadis tak bernama membuat dia gelabah. Macam mana budak perempuan FELDA tu tahu tentang skate? FELDA Florida barangkali, sebab budak berbaju kurung tu kenal juga Bruce Walker!
kalau nak diikutkan logik....cinta pandang pertama dan cinta antara benua tu...masuk akal ke?
* * * *
Ceritera III RUMAH KECIL DI UJUNG PADANG – NOOR SURAYA
Akukah kunang-kunang yang dilupai orang tika mentari menyingsing?
“... papamu jadi bimbang kalau sapi-sapi itu mencintai aku lebih daripada dia.” Kata doktor veterinar itu sambil tersenyum.“Semua orang bilang mas sangat pendiam.”“... tetapi tidak dengan gadis yang aku suka.”
Gadis yang aku suka?
Durrah selalu melarikan diri jika hatinya tercalar. Masihkah dia perlu ‘berlari’ jika hatinya sudah tersangkut pada penghuni rumah kecil di hujung padang ini?
-------------------------
Harga: RM22.00
Harga pembelian melalui pos: RM20.00
Dapatkan Pelangi di Pesta Buku Selangor mulai 24 Julai 2009 dan EFEST UIA mulai 23 Julai 2009.
utk informasi layari:
Tajuk: Dan Rindu Pun Bertamu
Perpisahan diukur hanya dengan jarak dan masa. Namun cinta, ia akan abadi walau berkurun-kurun lamanya. Umpama Uda dan Dara, Romeo dan Juliet. Cinta Hendra dan Noraini berkecai gara-gara sikap mertua. Vila Nasution menjadi saksi leburnya impian mereka.
Muhammad Harris dan Nurul Azreen membesar dalam dua buah suasana yang berbeza. Seorang di Indonesia dan seorang lagi di Malaysia. Dek kerana cinta mereka tidak pernah lupa kasih sayang sesama saudara.
Suatu ketika, pesona gadis Melayu yang dimiliki oleh Nurul Azreen membuatkan cintanya diintai dalam rahsia. Seorang jejaka bernama Farid Zulkarnain dan Ervin, sahabat abangnya. Adakah lelaki Melayu sama punya pesona di hati Nurul Azreen? Atau bicara santun jejaka Jakarta yang mempesona hati si dara?
Suatu ketika, dia pernah mempersendakan cinta tapi juga pernah dia dipermainkan oleh cinta. Suatu ketika, dia pernah sungguh mencintai tapi juga dia pernah terhampa dek kerana cinta. Suatu ketika, dia pernah cuba mencinta tapi juga dia pernah terkecewa dengan cinta.
Kini, dia sungguh-sungguh mencintai satu manusia. Dia benar-benar percaya pada cintanya. Dia betul-betul berharap dihargai oleh cinta tapi dia hatinya hampir 'mati' kerana terlalu sakit dengan cinta yang satu itu.
Dapatkah dia pada cinta yang bahagia seperti impiannya? Setelah dia tinggalkan cinta lama untuk manusia yang berani mengaku hanya cinta pada dia. Bila manusia itu berani cuba mewujudkan curam curang di antara dua hati mereka yang baru saja hendak bersatu.
Dewi, sesungguhnya hanya engkau yang beria mencinta tapi di mana dewa yang layak mendapat cinta sejati itu? Belum jumpa? Atau tidak akan pernah ada?
Tajuk: Bila Ada Rindu
Halaman: 512
Harga: RM19.90
ISBN: 978-983-124-437-1
Sinopsis:
HIDUP Nur Dalyla dipayungi bahagia apatah lagi menjadi anak kesayangan keluarga. Ke mana pergi, dengan siapa dia berkawan sering menjadi perhatian orang tuanya sehingga dia digelar anak manja. Walaupun kadangkala rasa terkongkong dengan situasi itu, namun dia akur kasih sayang ibunya melebihi segala.
Namun, siapa sangka di sebalik kegembiraan dan kesempurnaan itu, rupa-rupanya ada cerita duka yang terbongkar. Gelaran anak angkat yang berstatus luar nikah ibarat bumi menghempap kepala. Sekelip mata, segalaimpian ranap begitu sahaja. Dalyla kehilangan punca.
Saat hati dihurung kecewa, muncul Eriel untuk menyembuh luka. Namun, bila kisah hitamnya diketahui, sang arjuna pergi tanpa sebarang pesan. Hati Dalyla merintih.
Awan hitam seolah-olah melitupi segenap dunianya. Mungkinkah ada sinar mentari pada esok hari?
Sinopsis: HIDUP Elyana sering dihimpit penderitaan tatkala berhadapan dengan insan bernama lelaki. Bapa tiri zalim yang cuba menodainya serta suami yang suka mendera, sering menghantui mimpinya. Elyana berasa lega apabila Murad dipenjarakan atas kesalahan berat. Dia berjaya memohon cerai daripada mahkamah. Dan akhirnya, dia bebas daripada cengkaman lelaki yang tidak pernah menghargainya sebagai isteri. Bekerja di sebuah hotel dapat mengisi kekosongan diri serta dapat menampung hidup bersama anak gadisnya, Nur Amira. Namun, dalam meniti kebebasan itu, Tan Sri Khalid hadir untuk mengisi ruang hati perempuannya. Elyana takut pisang berbuah dua kali. Baginya, lelaki semuanya sama. Namun, tidak bagi Tan Sri Khalid. Dia yang kematian isteri benar-benar ikhlas mahu menjadikan Elyana suri di dalam hidupnya.
Halaman: 512
Harga: RM19.90
SBN: 978-983-124-444-9
errkkkk???
ReplyDeleteapakah ini??? waaa sgt jahat ini akak rinn
mati la gini, smp bile nak abis my list huhu
erm, yg iris cinta tu smbgn dewi cinta ke kak rinn?