Rating: | ★★★ |
Category: | Books |
Genre: | Romance |
Author: | Zulaila Zakaria |
Terbitan Buku Prima
Cetakan Pertama 2009
"Sesungguhnya angin kenangan masih menderu
membawa dedaun ingatan berguguran
membisikkan gemersik lagu asyik nada rindu
Lantas bertaburan di perdu kasihku
Yang masih setia menanti hadirmu"
Penulis ini mempunyai sentuhan menarik dalam melakarkan babak2 love-hate
relationship antara watak hero-heroin. Beliau masih mengguna rencah sama dari
novel Secarik Harapan utk pasangan dlm novel ini, Setelus Impian. Interactions
dan chemistry watak2 utama rekaan penulis ini sangat berkesan dan menarik.
Aina Qistina dan ibunya Puteri Liyana adalah watak wanita yg sangat kompleks dan
sukar diteka emosi mereka. Macam mereng pun ada, tapi mereka ada kekuatan yg
tersendiri.
Puteri Liyana terlalu taksub dgn perasaan cinta pertamanya kepada Hairi yang
entah ke mana perginya. Cinta pertama itu telah membunuh kebahagiaan yg
sepatutnya dikecap bersama suaminya Ahmad Hisyam dan anak2 kembarnya Aina &
Qairi. Bila dia membnarkan suaminya berkahwin lain, anak2nya lebih menyangka
ayah mereka seorg lelaki yg tak setia. Namun pesanan Liyana supaya Aina membaca
catatan lamanya membuatkan Aina faham kedudukan sebenar. Tapi seblum munculnya
catatan tu, Aina menjadi seorg gadis yg sangat sangat sangat pendendam. Dia
mencelah ke dalam keluarga tirinya dgn agenda utk memusnahkan kebahagian
keluarga itu dan mengembalikan ayahnya kpd ibunya.
Namun perancangannya terganggu apabila Fahim Zaim pula mencelah ke dalam
hidupnya, mengganggu emosinya dan membuat dia terperangkap dlm sebuah
perkahwinan yg terpaksa.
Aina dah seronok dah bila disuruh bertunang dengan Khai, kekasih kakak tirinya
kerana dia rasa dia boleh memecah belahkan keluarga itu dgn cara mengahwini
Khai, namun Fahim Zaim telah menjadikan perancangannya haru biru malah Khai
direstui bertunang dgn kakak tirinya.
Banyak lagi yang berlaku dlm keluarga ni. Byk yg Zaim perlu lakukan utk
memenangi hati wanita yg kompleks mcm Aina.
Pengakhiran yang sangat best utk Zaim dan Aina tapi saya rasa seperti ada yg tak
beres bila menutup novel ini kerana watak2 sampingan masih tergantung kisah
mereka contohnya seperti ibu Aina, Hairi, hbungan Ahmad Hisyam ngan ibu Aina,
hubungan keluarga tiri Aina dgn keluarga Aina.
Perasaan yg sama juga saya rasa semasa menutup novel Secarik Harapan. Endingnya
sgt best utk hero-heroin tetapi watak2 sampingan masih ada kisah tergantung dan
membuat saya tertanya-tanya.
Apa2pun tahniah buat penulis, membaca Secarik Harapan membuat saya tak fikir dua
kali utk membaca Setelus Impian ni. :)
sure fine whatever
rinn
sinopsis belakang buku:
Hubungan rumah tangga Ahmad Hisyam Aliyan dan Puteri Liyana Qaisara menjadi
dingin lantaran Puteri Liyana terlalu mengingati kekasih lama bernama Adi Zul
Hairi. Hubungan yg tidak kesampaian itu memberi kesan terhadap diri Puteri
Liyana sehingga dia menolak kasih seorg suami yg begitu mengasihinya. Namun
Ahmad Hisyam tetap bersabar dgn kerenah isterinya kerana dia amat menyintai
wnita itu.
Keadaan rumah tangga yg tidak bahagia itu secara tidak langsung memberi kesan
kepada kehidupan Aina Qistina Maisara. Dia bagaikan tersisih dari hidup uminya
dan kehilangan kasih sayang seorang ayah. Hanya abg kembarnya Aliyan Qairi
Mustakim mendpt perhatian uminya. Kasih sayang ayahnya juga dirasakan telah
lenyap tatkala Ahmad Hisyam mengambil keputusan berkahwin utk kali ke2 tanpa
menceraikan uminya.
Akibat tekanan yg dihadapi Aina Qistina pernah cuba membunuh diri tetapi
percubaannya gagal. Akhirnya di mengambil keputusan utk menyambung pelajaran ke
luar negara mengikut jejak abg kembarnya itu.
5 tahun sudah berlalu, Aina Qistina pulang dgn satu niat, satu dendam mahu
memporak perandakan keluarga ibu tirinya dan mengembalikan keceraan dlm
keluarganya. Dia mahu ayah dan uminya besatu semula.
Namun niatnya tidak kesampaian. Kehadiran Fahim Zaim telah merosakkan segalanya.
Siapakah Fahim Zaim? Kenapa dia menjadi batu penghalang dlm keluarga ini? Dan
apa pula tindakan Aina Qistina seterusnya?
RM19.90
isbn: 9789833669233
580 mukasurat
Rinn sonbae saya tgh bacer buku Zulaila tajuknya - Tika Cinta Berpaling--- Ya Allah azabnya...dari tahun lepas x habis2..saya x tau apa jenis ayat yg dia guna..x menarik langsung..pastu setiap permulaan bab dia akan letak petikan macam cut n paste dari buku La Tahzan.saya mmg x puas hatilah..bacer sinopsis macam best..tapi rupa2nyer...sebabkan dah beli raser membazir pulak x bacer. x sangka rupanya dia ada buku lain....aduh susah skank nak dapat buku yg best..bilalah Kak Noor Suraya nak kuar buku baru...she's still the best...kim salam kalau jumpa dia...
ReplyDelete