Tuesday, May 27, 2008

Keputusan Akhir

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Hendan Yahaya
Keputusan Akhir by Hendan Yahaya
Terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd.

"Antara cinta dan simpati, aku yang tersepit di tengah-tengah. aku tak tahu jalan mana yang harus aku ikuti, liku mana yang harus aku susuri..."


Satu lagi nama penulis yang sangat2 saya familiar. Kisah ini sangat sesuai diceritakan kurang 200 muka surat seperti ini dan jika dipanjang-panjangkan tentu jadi meleret. tapi saya tahu Hendan Yahaya memang ada karya yang lebih baik dari ini.

Penceritaan yang kemas dan pembacaan saya juga lancar dan tidak terhenti-henti. Mungkin sebab saya dah biasa baca karya Hendan Yahya, so saya seperti dapat menjangka yang Fiq akan mengorbankan cinta Zahari dan membina cinta buat Hisyam. Hisyam bukan pilihan tetapi kerana dia telah berubah untuk Fiq dan setia menunggu. Tapi watak Hisyam seperti tamak pulak sebab tak menghiraukan perasaan Fiq yang sedang berkasih dengan Zahari, seorang lelaki yang baik buat Fiq. Namun, keputusan Fiq lebih kepada untuk membalas budi keluarga Hisyam yang tak mungkin dapat dibalasnya hingga ke hujung nyawa.


Sinopsis belakang buku:

Di hadapannya tertebar jalan lurus yg indah. dia lalu menyusur hingga ke penghujung. Tiba di sana dia termangu keseorangan memikirkan liku mana yg lebih selamat. Dalam dilema ini dia harus bijak memilih antara warna-warna hidup berlapis ang memungkinkan sejuta pengertian.


RM6.90
180 mukasurat

2 comments:

  1. tak tahu penulis ni ada buku lain selain nabila dn yg terbaru bersama cesb tu.. ni mesti buku lama, kan?.. akak pun suka dgn gaya penulisan penulis ni..

    ReplyDelete
  2. Nabila? yang terbitan Cesb jugak ye? rasa mcm penah nampak, tapi blum beli lagi. Kalau yang bertajuk "Aku Yang Kau Tinggalkan" tu saya dah baca. Ntah kenapa saya mudah ingat pada Liyana Ashikin dalam novel tu :)

    ReplyDelete