Tuesday, May 6, 2008

Masihkah Ada Cinta

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Daniella Daniel
Masihkah Ada Cinta by Daniella Daniel
Terbitan Karisma Publications Sdn. Bhd

"Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula... Andai mati punca perpisahan, biarlah hidup membawa erti yang nyata..."

banyak nyer cikgu cikgu dalam buku ni.. kebetulan pulak baca masa sambutan hari guru.. dlm ni ada cikgu yang baik, ada cikgu yang tak baik.

Watak Johar adalah seorg yg baik dan patuh kpd bapanya.. tapi tindakan dia menerima Lisa walaupun dia tahu Lisa tu seorg perempuan yg tidak baik membuat saya agak sukar memproses kebenaran ni.. kalau dilihat tahap hubungan antara Johar dgn bapanya, bapa Johar ni seorang yang sporting dn mempunyai hubungan yg baik dgn Johar, masakan Johar tidak mengadu langsung dgn bapanya tentang keburukan Lisa. Kalau keburukan Lisa tu dia dengar dari orang lain, mungkin jugak la Johar tak mengadu, tapi Johar telah melihat dgn mata kepalanya sendiri Lisa berkucupan dgn lelaki lain beberapa hari sebelum hari pernikahan mereka.

Kalau niat Johar menikahi Lisa semata-mata memenuhi keinginan bapanya dan mahu menutup malu keluarga Lisa, mungkinlah kot, tapi baik pujuk keluarga Lisa menerima lelaki pilihan Lisa daripada terus saja menerima Lisa sbg isteri sedangkan Johar sendiri tidak berminat utk membimbing Lisa supaya tidak terus menjalin hubungan sulit dgn teman lelakinya.

kisah ini lebih menumpukan kepada perjalanan cinta Johar. Lisa cuba memikat Johar dgn menggunakan ilmu hitam menyebabkan Johar melengahkan hasrat meminang Reyna, gadis idamannya lalu hubungan itu terputus terus dan Johar membawa diri ke England setelah menceraikan Lisa. Di sana dia bertemu Indra. Mereka berkahwin tapi Indra dan baby mereka meninggal dunia. Lepas bertahun tahun di rantau orang Johar kembali dan Reyna masih setia menanti cintanya.

kisah Johar selepas ke England macam laju jer cara penceritaannya berbanding sebelum dia menceraikan Lisa.


sure fine whatever
rinn


Sinopsis belakang buku:

Johar yang terjebak dalam perkahwinan paksa dgn gadis pilihan ayah terus-terusan dicengkam kegelisahan walaupun hati tatkala itu mencintai gadis lain yg telah berjaya menambat hatinya. Impian bersama gadis itu musnah apabila Lisa menuntut hak sbg isteri. Kesungguhan lisa utk menambat hati suaminya dgn cara kotor tetap tidak mampu menawan hati Johar. Takdir penentu segalanya lalu Lisa telah diceraikan.

Secara kebetulan Johar telah menyambung pelajarannya ke England dgn harapan akan pulang sesudah berjaya. Pertemuan dgn Indra pula telah mengubat hatinya yg luka. Namun kebahagiaan itu diragut oleh takdir Tuhan yg Esa. Johar kembali ke tanahair dgn hati yg hampa lagi manakala Reyna menanti kepulangan cintanya yg hilang di tengah jalan. Namun masihkah ada cinta di hati Johar?

RM10.90
310 mukasurat

2 comments:

  1. mcm best citer ni. saya ni jarang baca novel dr publisher lain kecuali Alaf. karisma ni mmg x pernah langsung. ok x karisma punya novel?

    ReplyDelete
  2. saya ada baca 3 buah buku karisma, setakat ini belum ada yang betul2 menarik perhatian saya.. kalau nak dibandingkan 3 buku karisma publishing yg saya dah baca, yg ni yg terbaik.

    ReplyDelete