Friday, May 9, 2008

Kenangan Mengusik Jiwa: Terjun Ke?

Baru-baru ni ada terbaca dalam suratkhabar tentang seorang lelaki demam yang jatuh dari tingkat 16 (eh 16 ke? tak ingat plak). sebab apa dia terjun? Dia dikatakan seorang yg baik dan ceria. atau dia terlalu pening hingga terjatuh? ntah la, aku tak sure pulak kot2 ada berita susulan mengenai kes ni. Kat Putrajaya pun ada kes budak nak kuar rumah ikut balkoni, jatuh dari tingkat yg tinggi lah jugak.


apa yang menarik perhatian aku adalah kes2 ni mengingatkan aku pada diri aku sendiri lebih 10 tahun yang lalu.. huhu.. eh bukannya aku ni berniat nak terjun bangunan utk bunuh diri ker apa.. rasanya aku penah citer ni kat Yam sorang jer.. kat orang lain, even adik2 pun aku tak pernah citer. salah satu tindakan yang paling bo-alip-ngok yang pernah aku buat. huhu..


Masa tu aku tengah praktikal kat salah sebuah syarikat dalam bangunan PNB. Jadi pembantu setiausaha to one of the bigshots kat situ. (Yang pasti memang sah2 bukan aku nak terjun dari bangunan PNB yang tinggi tu.) Masa tu aku manala ada saudara mara terdekat kat area KL, so aku menumpang di rumah adik ipar sepupu aku di kuarters IPD PEtaling Jaya. Memang pagi2 buta dah kuar rumah dan dah malam baru balik.


and satu hari tu, masa kat ofis, aku tertinggai beg kat dalam bilik dan masa tu semua bilik dah dikunci. Dia ada pengawal yang akan kunci bilik2 selepas pukul 6. Aku round2 cari orangnya tak jumpa. Memang dah kosong tempat tu.. nasib baik la aku pakai blazer dan dalam poket aku tu ada cukup2 jer duit utk balik naik bas (duit lebih beli makan tengahari). Pestaim balik melenggang. Sampai jer kat rumah aku baru aku teringat, orang2 yg aku menumpang tu balik kampung dan kunci rumah ada dalam beg yang aku tertinggal kat opis. hah, mana aku nak pegi? Aku nak buat reverse charge call ke rumah mak angkat di Tmn Keramat, operator kata panggilan jarak dekat tak bleh. hampeh. aku takkan call balik kampung sbb tu akan membuat mak aku risau.


So aku teringat la, tempat ampai kain flat tu terbuka dan mungkin aku boleh masuk kot situ. Aku tak tau la kenapa kepala hotak aku tak proses yang rumah tu di tingkat 10! utk sampai ke tempat ampai tu aku kena berdiri di tubir dinding yang muat2 jer kaki, lintas tingkap dapur dan di depan tempat ampai tu dah tak der ruang untuk letak kaki, kena terus langkau ke dalam balkoni kecik tu.. hah nak mampos buat stunt macam tu dari tingkat 10. and guess what, I tried 3 times. nasib baik tak tergelincir ker, terlepas ker.. kalau tak aku dah bersepai lebih kurang 10 tahun yg lalu. Kalau la jadi camtu ntah2 orang ingat aku bunuh diri sbb frust. haha. (Jangan sekali-kali terfikirkan benda2 macam ni ye? tak kiralah semudah mana perkara itu kelihatan, silap sikit nyawa yang jadi taruhan.)


Lepas 3 cubaan tu aku panjat masuk semula ke kaki lima dan aku buang rasa malu yg menebal kat muka aku nih dan ketuk rumah sebelah mintak tumpang tidur sbb beg & kunci tertinggal kat opis. Baik betul lah diorang, esoknya aku terpaksa menebalkan muka lagi minta duit tambang.. aaaa.. kalau dah terpaksa.. aduih.. biler ingat balik rasa macam nak sepak diri sendiri.


by the way, lawa tak lukisan aku? haha.. free hand guna paint. dulu aku freelance amik upah taip soalan dan buat lukisan rajah utk paper exam atau ujian kat sekolah sebelum aku dapat kerja tetap. lukis radas, rajah, benda2 mcm tu la.. haha.. dah lama tak buat, keras tangan. hehe seronok pulak, lepas ni nak lukis apa ye? *garu pala*


sure fine whatever
rinn

7 comments:

  1. huh! haru kenangan manis mengusik kalbu ko Rinn...ala2 stuntwoman....hehehe

    ReplyDelete
  2. manis??? tak der sikit pun rasa manis, tiap2 kali teringat aku rasa macam nak menggelupur. ngeri! silap sikit aku leh mati hari tu tau. ada lagi la citer2 stunt aku yang aku segan nak citer haha.. wat malu jer.

    ReplyDelete
  3. mak aiii....jd stuntwoman akak aku nih...
    tapikan kak rin, bila ingat2 blk sure meremang bulu roma kan...hahahahaha

    ReplyDelete
  4. tu stunt tak jadi. haha.. memang, rasa macam nak menjerit sambil lari2 keliling market.

    ReplyDelete
  5. hahahahahaha....xleh sy nak bayangkan...camner kak rin menjerit sambil berlari2 keliling market...ngeri rasanya

    ReplyDelete
  6. aaa.. spiderman? without superstrongspiderwebs kalau jatuh bersopai jugak. huhu.

    ReplyDelete