Sunday, May 4, 2008

Sara Kirana

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Ramlah Rashid
Sara Kirana by Ramlah Rashid
Terbitan Buku Prima


Setelah membaca Qaseh Qaisy, nama Ramlah RAshid di kulit buku sudah lebih dari cukup utk menarik perhatian saya memulakan bacaan Sara Kirana. Byk juga saya menerima request utk review buku ni.. ni yang berkobar kobar nak baca nih. Kalau tengok cover yang ada bunga2 sakura yg mengelilingi binaan yg kelihatannya seperti di Jepun, saya ingat ker ni kisah cinta orang malaysia dgn orang jepun.. rupa2nya tak kena langsung! sipi pun tarak! hehe. Saya tak ada masalah utk menghayati penulisan Ramlah Rashid kerana dia memang faham dgn kehendak pembaca dan bijak mengalunkan bahasa mengikut selera pembaca santai.


Bagi saya, latar cerita ini menarik. Rasanya saya blum pernah lagi membaca novel berkisarkan kisah seorang novelis yg baru menapak ke alam penulisan dan menempuhi dugaan2 yg mungkin biasa bagi penulis2 tapi agak baru bagi pembaca yang macam saya yang tak tahu langsung selok belok penulis dan dunia penulisan. Ada juga diselitkan tip2 penulisan yang patut dijadikan azimat penulis yang serius mahu menulis novel sendiri.


Kisah ini berkisarkan Sara yang sudah berkahwin dgn Zulfakar. Hidupnya sebelum berumah tangga amat memilukan. Dia jadi mangsa deraan emosi dan fizikal ibu tirinya. Dia telah dijual kepada sebuah keluarga yang kaya raya. Disebabkan wajahnya seiras wajah anak mereka yang baru meninggal dunia, Pn. Zulaikha dan Hj Salam mengahwin kan dia dgn anak sulung mereka, Zulfakar. Sbg isteri, Sara amat mengagungkan Zulfakar. Ntah la pompuan yg macam mana lagi Zul tu nak, baginya Sara membosankan dan Elly, kekasih lamanya jauh lebih baik dari Sara. Setelah Elly meminta cerai dari suaminya, Zul turut menceraikan Sara walaupun simpati dan kasihannya menggunung buat Sara yang naif dan kini berstatus janda. Dia mengahwini Elly dan Sara membawa haluan sendiri.


Zahrin, adik Zulfakar masih menuntut (salah satu sebab mengapa dia bukan calon terbaik utk memperisterikan Sara masa Pn Zulaikha dan Hj Salam mahu Sara menjadi menantu mereka) sudah lama jatuh hati pd Sara. Namun belum sempat kasih dijalin, dia ke luar negara utk menyambung pelajaran. Sara membina semangat dan meneruskan hasratnya utk berkarya tapi karyanya diciplak oleh penulis yg bernama besar. Dugaan besar buatnya yang baru menjejak anak tangga pertama dlm bidang penulisan.


Kepulangan Zahrin meletakkan Sara yg sudah terkenal sbg 'Sara Kirana' dalam situasi dilema. Sayangnya ada pada Zahrin tetapi bagaimana dgn kedudukannya dalam keluarga mereka apabila kembali sbg menantu anak kedua keluarga itu. Hj Salam dan Pn. Zulaikha sudah nampak konflik yg bakal timbul tapi Zahrin siap melancarkan mogok ala2 mogok lapar gitu kalau keinginannya tidak dipenuhi. Maka Sara disunting buat kali kedua utk anak mereka yg kedua pula. Citer salin tikar lah pulak tapi kali ni bukan perempuan, lelaki lah pulak.


Konflik hidup Sara bergolak lagi. Zulfakar makin sedar kecantikan sebenar seorang isteri bukan sekadar fizikal dan pendidikannya. Dia tidak dapat mengelakkan diri dari menjeling adik iparnya yg kelihatan jauh lebih bahagia dgn suami barunya. Saya benci Zahrin masa ni.. eee cemburu nya Ya Rabbi.. Dia marahkan Zulfakar tapi tempiasnya pada Sara. eee geram. mulanya saya sudah suka sgt Zahrin yang melayan Sara dgn baik tapi tu la.. cemburu buta, peh tu takmo dengar cakap orang, cakap orang yg tak betul nak pulak dia dengar. Kesian la kat Sara. uish.. panjang lah pulak saya reveal citer ni.. sebenarnya byk konflik menarik yg dipaparkan dalam buku yg sekitar 400 mukasurat ni.. memang tak terasa masa berlalu bila membaca nya :) terima kasih Ramlah RAshid.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Soal hati sukar untuk dimengertikan. Sayang bukan bererti cinta, kasih bukan bererti sayang. Maisarah seorg isteri yg taat & patuh kpd suaminya, Zulfakar. Namun tanpa sebab yg kukuh dia telah diceraikan. Melayari kehidupan rumahtangga bersama Zulfakar membuatkan Maisarah bahagia dgn caranya walaupun Zulfakar tidak menghargainya sbg seorang isteri.


Zahrin, adik Zulfakar telah membantu Maisarah kerana tiada siapa lagi yg boleh diharapkan. Di saat Maisarah memerlukan Zahrin tiba2 Zahrin telah pergi melanjutkan pelajaran ke luar negara. Bertolak dari rasa kecewa akibat diceraikan, Maisarah bangkit semula sbg Sara Kirana, seorg penulis novel yg disegani.


Dlm meniti hari2 yg mendatang, Zahrin muncul menagih cinta Maisarah. Sebenarnya Zahrin telah mencintai Maisarah sebelum dia bergelar isteri Zulfakar. Namun percintaan mereka mendpt tentangan dari bekas mentua Maisarah, Pn Zulaikha dan Hj Salam tidak bersetuju kerana dianggap kurang manis memandangkan Zulfakar masih hidup. Kerana sayangkan anak, akhirnya mereka menerima Maisarah sekali lagi menjadi menantu.


Selepas mereka berkahwin, Zulfakar cuba mendekati Maisarah kembali. Perkahwinan barunya dgn Elly tidak bahagia. Zahrin mula cemburu kan abangnya. Malang tidak berbau, tiba2 Zahrin ditimpa kemalangan di tempat kerja dan terlantar koma berbulan-bulan.


Apakah yang terjadi kpd Maisarah setelah mengetahui Zahrin koma? Dapatkah dia menerima kembali cinta Zulfakar? Dan apa pula tindakan Elly setelah mengetahui Zulfakar cuba memikat Maisarah?


RM17.90
440 mukasurat

12 comments:

  1. salam kenal... ni buku terbaru ramlah rashid ke?

    ReplyDelete
  2. salam jugak! :)
    tak pasti pulak sama ada yg ni yg terbaru.. kalau buku prima, yang saya tau karya ramlah rashid adalah Tak Kuduga, Sara Kirana dan Qaseh Qaisy. pas ni nak lah cari karya2 dia dgn creative :)

    ReplyDelete
  3. salam jugak! :)
    tak pasti pulak sama ada yg ni yg terbaru.. kalau buku prima, yang saya tau karya ramlah rashid adalah Tak Kuduga, Sara Kirana dan Qaseh Qaisy. pas ni nak lah cari karya2 dia dgn creative :)

    ReplyDelete
  4. dah baca lama dah.....tapi cerita memang best.Boleh ingat sampai sekarang.

    ReplyDelete
  5. ko jgn la bg aku jeles... --> masuk lam list

    ReplyDelete
  6. haha.. dia ni asyik2 jgn bagi jeles.. saya setuju ngan salwa, citer ni memang memorable. tak caya maya leh try tanya akak tahun depan. huhu.

    ReplyDelete
  7. mau xnye kak rin sy ckp cam tu
    sbb novel ni ada kat kedai bawah tu...
    smlm ayang dah warning jgn beli lg...
    dia suruh abiskan yg dah sedia ada...
    tu yg jeles nih...
    eerrr....kenapa nak tanya tahun depan kak rin ooii...musykil kejap

    ReplyDelete
  8. mau xnye kak rin sy ckp cam tu
    sbb novel ni ada kat kedai bawah tu...
    smlm ayang dah warning jgn beli lg...
    dia suruh abiskan yg dah sedia ada...
    tu yg jeles nih...
    eerrr....kenapa nak tanya tahun depan kak rin ooii...musykil kejap

    ReplyDelete
  9. suruh tanya tahun depan tu sebab nak test sama ada akak masih ingat citer ni or not. :)

    ReplyDelete
  10. walah.....nak suruh tanya akak...
    silap ari bulan sy yg ilang ingatan apa yg nak ditanya ngan kak rin...huhuhuhu

    ReplyDelete
  11. hmm..dah baca Tak kuDuga, SK & QQ karya RR... dlm QQ kesiankan Qaseh, dlm SK kesiankan si Sara.. mula2 suke dgn si Zahrin but part dia jealous giler tu...menyampah pulak (adeke patut mendera perasaan isteri yg tengah sarat2 mengandung tu!!)..hahaha..
    suke dgn ketabahan Sara untuk bangkit semula selepas perceraiannya.... gd story..akan termasuk dlm mini libry jap lagi..

    ReplyDelete
  12. saya blum baca tak ku duga.. karya RR dengan creative pun blum berksempatan baca.. lpas ni ingat nak mula collect novel Ramlah Rashid lah pulak :)

    ReplyDelete