Thursday, May 15, 2008

Sekolah, Cikgu dan Aku

Terima kasih tak terhingga kepada semua insan bergelar guru. teristimewa buat guru-guru yang pernah mengajar aku dari sekolah rendah sampailah ke sekolah menengah. Antara nama2 hebat yang masih terpahat di ingatan aku adalah Cikgu Khairun (arwah - alfatihah), Teacher Ong, Cikgu Ghani, Sir Chelaiyah, cikgu Malakar, Cikgu Rosnita, Cikgu Lim Gaik Kuang, Cikgu Hannah, Cikgu Harun, cikgu Shaik Amar... err ramai lagi.. Sebagai seorang murid aku ni rasanya dalam kategori sederhana, cerdik tak cerdik, bengap tak bengap.


Sekolah2 yang pernah aku belajar; sekolah pertama yang aku jejak sbg murid sekolah adalah Sekolah Kebangsaan Permatang Pauh, then aku berpindah ke kampung halaman mak aku dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Mahang selama setahun saja. Then masuk sekolah Menengah Mahang sehingga Tingkatan 3. Then dpt tawaran masuk Sekolah Menengah Sultan Badlishah di Kulim. Kebetulan pulak masa tu arwah ayah aku beli rumah di Kulim, so terus jer pindah ke kulim dan aku tak perlu duduk hostel. Lega! aku mana penah berenggang ngan mak. hehee.


Masa sekolah rendah aku penah kena rotan ngan cikgu disiplin. Berdesap rotan cikgu disiplin menghantam tangan kecik aku 3 kali berturut-turut. Kebas rasa tangan. Memang nak nangis tapi tahan sampai balik ke kelas. Balik rumah memang aku tak mengadu dgn mak atau ayah. nak mampus! nanti kena extra bonus. Silap2 penyangkut baju berdesap menghantam tengah belakang. Sebab mak ayah aku tau, cikgu takkan saja2 nak rotan aku kalau bukan sebab aku yang buat hal. Aku penah kena ligan dgn mak satu kampung sebab balik maghrib2. Main tak ingat dunia. Lain kan cara orang dulu2 mendidik dgn sekarang ni; sekarang, kalau cikgu jentik anak2 nanti cikgu tu yg kena jentik balik.


Masa tingkatan 1-3 aku di sekolah menengah mahang. Seronok tukar uniform, pakai baju kurung dan bertudung lengkap. Masa sekolah rendah aku biasa pakai pinafoe and bila berpindah ke kampung mak, semua budak2 pandang aku semacam. Siap ustazah panggil kaunseling suruh pakai tudung dan baju kurung. Aku pakai baju kurung tapi kepala serkup dengan anak tudung putih jer. Tergelak aku bila teringat fesyen aku masa tu. Kadang2 tu kalau terlena dalam kelas, sedar2 jer tulang anak tudung tu dah berada di antara dua kening aku. Masa tu pelajaran aku merosot sikit. mungkin sebab suasana baru dan aku rasa tertekan dgn keadaan sekeliling. Kerap lah pulak aku kena cubit sana cubit sini sbb keputusan aku merosot berbanding dgn masa mula2 aku menjejakkan kaki ke sekolah tu. Nasib baik la setahun saja. Masuk jer sekolah menengah aku seronok sangat!


Pengalaman yg aku tak bleh lupa; aku disuruh buat lompat tinggi semasa latihan rumah sukan pada satu petang. Aku dah tak ingat tarikh, masa dan hari. Yang aku ingat selepas lompat palang tu aku tergolek jatuh dari tilam yang diguna utk menggolekkan diri tu dan menghempas padang rumput yang kering. Badan aku menghempap tangan kanan yang terlipat di bahagian perut aku and i swear i can still hear 'PRAAKKK!' Pada hari tersebut tulang tangan kanan aku patah dan bila aku duduk dan tengok tangan aku, memang aku terkedu sbb lengan aku kelihatan pendek dan tulang yang patah membentuk huruf v terbalik. Aku tak nangis pun.. mungkin sebab terlalu terkejut. cikgu2 yang ada di situ memang tekejut habis.. diorang pun pestaim tengok tangan yg mcm tu kot. aku tak ingat cikgu mana yg patahkan pembaris utk alas lengan aku selepas ditarik supaya straight balik.


Aku terus dibawa balik utk maklum kat famili. Cikgu tak bagi emak atau nenek aku ikut sbb nanti mesti aku jadi manja merengek semacam. Sedihnya aku tengok tok aku dah sambar tudung. dia kata tak pa tok ikut. aku dah stat nangih bila nampak dia. Sebab tu cikgu tak bagi ikut. Aku tak dibawa ke hospital sebab mengambil masa lebih sejam utk sampai ke Kulim. so, aku dibawa ke bomoh patah! Masa bomoh tu cek tangan aku dia kata tulang lengan tu ada dua dan yang patah cuma satu, so dia tak boleh betulkan tulang tu, unless... kedua-duanya patah. Aku tak berapa paham, tapi bila dia menekan tulang tangan aku sampai bunyi PRAKKK!! lg sekali baru la aku paham. aduih.. memang sakit tapi aku tak nangis sebab yang ada kat situ semuanya bukan saudara mara aku.. cuma cikgu2 dan bomoh tu. Lepas kedua2 tulang tu patah baru la dia mula urut dan betulkan kedudukan tulang tangan kanan aku. Dia pasang buluh halus2 yang diikat ketat2 kat tangan aku. Pestaim aku pakai anduh. dan malam tu memang aku tak boleh lena. Tangan dah mula membengkak, rasa kebas dah hilang tapi diganti dgn rasa sakit berdenyut yang menusuk-nusuk. Esok paginya tangan kanan aku besar berkilat macam sarung tangan boxing.


Aku ingat lagi masa arwah ayah bawak aku utk rawatan susulan dgn bomoh patah tu dia tekejut tengok tangan aku yang terbungkus lama tu dibuka ikatannya dan terserlah la tangan aku dah berkedut2 kedut, berbirat birat. Ayah aku kata "abih aar dah tak berjenih tangan kakna". haha.. masa tu aku takut, tapi la ni aku gelak jer sbb tangan aku kembali normal. 7 tahun pantang minum air kelapa.


Then lepas exam aku dpt masuk sekolah menengah sultan badlisah. SMSB tu kira sekolah budak2 cerdik la.. aku sebenarnya takut nak pi sekolah tu dan ada minta mak pujuk ayah bagi aku masuk sekolah lain. Tapi mak pun nak aku masuk sekolah tu. aku tak tau la macam mana bleh dapat offer ke situ. Aku amik science stream dan tentulah aku masuk kelas 4Sc4! haha.. kelas paling brutal. Memang kelas itu terkenal dgn murid2 yang selalu kena kelas tahanan, tak ketinggalan lah aku ni. huhu..


Masa di sini aku kenal rakan2 nakal tapi cerdik. Pestaim aku tengok cikgu lelaki merajuk dan keluar kelas kitorang sebelum masa tamat sbb tension. Ada jugak cikgu yang mengajar jugak sbb terpaksa, dan lebih selesa bercakap dgn dinding semasa mengajar. Aku pun terkejut biler result spm menunjukkan aku dapat pangkat 1 (walaupun agregatnyer agak besar nombornya.. haha ok aar masa trial result aku asyik2 lebih 30 jer.. huhu). Biar betul. Tak sangka ada jugak benda berilmu tersangkut dalam kepala otak aku. Sbb zaman tu aku memang suka tengok tv sampai tengah malam. Terima kasih kpd cikgu2 semua yang tabah mengajar. Aku tak amik tuisyen di luar sbb kami ni bukannya keluarga yg berduit sgt. Ayah aku sorang jer yang keja. Aku cuma minta kelas matematik tambahan (di saat2 akhir nak spm) dan arwah ayah tunaikan. Yang lain semua aku ikut kelas tambahan yg dibuat di sekolah.


Tulah serba sedikit warna warni kehidupan aku di zaman persekolahan. Banyak lagi sebenarnya kisah2 masa tu, tapi ada sesetengahnya aku lebih suka simpan sbg kenangan persendirian :)


Aku sempat juga merasa pengalaman menjadi guru bila aku jadi guru ganti selama hampir 2 tahun. Tak sangka aku akan dapat kawan2 di kalangan guru yang hebat2 belaka. Cikgu Dayah, Cikgu Siti Zubaidah, cikgu siti aminah, Cikgu Hamisiah, cikgu Marsita, cikgu Masitath, Cikgu Mazilah, Cikgu Parizah, Cikgu Rashidah, Cikgu Ruzaidah, Cikgu Zabariah, Cikgu Zaiton.. err ramai lagi. Terima kasih kerana sudi memberi tunjuk ajar dan menjadi rakan2 yang baik hati :)


Again, SELAMAT HARI GURU buat semua guru.

credits to websites: mahanggemilang & mysmksb


sure fine whatever
rinn

9 comments:

  1. slm kak rinn...
    x sangka akak x-bad...
    walaupun akak masuk sana masa form 4...
    but ur still my sr...
    byk kenangan kita di sek...
    x kira di sek. mana pun kita belajar...
    slm perkenalan dr sy...
    liyana, x-smksb 01-05...

    ReplyDelete
  2. huhu.. jejak kasih! salam perkenalan jugak buat liyana juga.. mesti pandai ni.. 5 tahun kat bad. akak 2 thn jer, masa masuk2 tu memang dipanggil 'freshie' masa tu kan baru sampai dari kampung, hapakebenda freshie tu pun akak tak tau masa tu. anyway, good to know x-bad is around :) thanks sudi jengah multiply nih

    ReplyDelete
  3. sama2...
    sbnrnya, sy dah lama menjengah multiply kak rinn...
    sejak terjumpa kat dlm jln2 cari laman, alaf21...
    pandai, hmm...
    dah rezeki sy dpt tawaran blaja peringkat men. kat situ pas dpt result UPSR...
    skrg ni tgh tgu masa nak sambung kat Kuantan...
    boleh gak, jejak kasih versi alam maya...

    ReplyDelete
  4. Huh??? Masa tarik balik bagi lurus tu tak sakit ke??? Aiyoo...! Pastu awat yg sampai 7 tahun pantang minum ayaq nyoq tu?

    ReplyDelete
  5. ntah la.. mak tak bagi, tok moh tu pun tak bagi.. bisa dan mengganggu penyembuhan dan pencantuman tulang. yer yer jer aku.
    sakit? tak sakit, yg saya ingat rasa kebas dan rasa semut2 lepas kebas tu.

    ReplyDelete
  6. owh.. tak sangka yer kita serumput gitu.. haha.
    hmm ramai jugak yang jumpa multiply ni thru alaf21. :) thanks alaf 21.

    ReplyDelete
  7. ye, alaf21 sgt berjasa...
    kalau x, sy xkan kenal dgn multiply & kak rinn...
    btw, nak tny, kak rinn mst dah ada library novel kan???
    tgok dr senarai buku yg kakak dah bc, fuh byk!!!

    ReplyDelete
  8. haha.. alaf jadi agen jejak kasih gitu.
    library adik punya.. akak tolong tambah buku jer.. kalau bwk buku signature, akak bubuh nama dia ngan nama akak. yg akak dah baca tu dari numerous sources, ada pinjam kawan, ada pinjam library, ada beli. dah 200 lebih reviews.. so insyallah tahun ni boleh capai 300 buah buku tu.. hehe.

    ReplyDelete
  9. ya ingin sekali mengucapkan ribuan terimakasih kepada Puan Jaharah,Puan latifah,Cikgu Zaini, Cikgu Chan, puan Ong,Cikgu majiapen,chicgu Muaniandy,Cikgu selva,kawan - kawan yang mengenali saya, Nama saya Devaki, devaki_950@yahoo.com

    ReplyDelete