Tuesday, May 6, 2008

Seribu Kali Sayang

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Anis Ayuni
Seribu Kali Sayang by Anis Ayuni
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd.

"Mengapa kuteringat bila cuba melupa, kumenangis bila cuba tertawa"

Semasa berbual dgn kak ima di telefon, dia ada menyebut tentang kisah ini dan saya tak fikir panjang dan terus memulakan baca buku ni sebaik saja buku Sara Kirana saya selesaikan. Penceritaan di awal kisah ini agak slow dan belum terasa rentak Anis Ayuni di dalamnya.. melepasi bab kelima baru lah saya menemui rhythm yg saya cari dan saya menghabiskan bacaan tanpa berhenti. Bagi saya kisah ini jauh lebih menarik dari Suara Hati dan Kau Kekasihku, sama menarik seperti Yg Terindah dan Bayangan Rindu tetapi tak boleh lawan hebatnya kisah Manisnya Cinta dan Gemersik Kalbu. Bagaimana pun sentuhan Anis Ayuni ini bagi saya tidak menghampakan peminat-peminatnya. Cerita 'sweet' yang dilakarkan memang menjadi.

Abby dibenci kakaknya kerana sebaik saja dia lahir, bapa mereka pergi meninggalkan ibu mereka. Menginjak usia dewasa, tiada perubahan berlaku dlm perhubungan mereka. Abby menuntut di Padang Indonesia, kepulangannya menemukan dia dgn Abg Faiz, kawan kakaknya. Disangkakan Abg Faiz berkenan dgn kakaknya tetapi rupa2nya dia selalu datang utk menjengah Abby. Pinangan Abg Faiz meletakkan Abby dalam dilema.

Rahsia perpisahan ibu dan bapa Abby tersingkap apabila Pak Mus muncul dan menyatakan ayahnya masih ada utk mewalikan pernikahannya. Konflik dgn Kak Lisa juga terlerai apabila Abby sanggup meletakkan diri dlm bahaya demi menyelamatkan nyawa darah dagingnya, tapi kemunculan 'Sham' di antara dia dan abg Faiz menyebabkan Abby dibakar cemburu, walaupun pengikat kasih mereka, Aliya, telah lahir ke dunia.

sure fine whatever
rinn

Sinopsis belakang buku:

Sudah ditakdirkan sejak lahir, Nur Qazrina atau Abby ditingga ayahnya. Bagi Abby, tanpa kehadiran lelaki itu, hatinya tetap bahagia. Menginjak usia remaja, ungkitan Kaklisa yg dialah punca penceraian ibu dan bapa mereka, sgt membebankan jiwa. kakaknya juga sering mempamer reaksi tidak menyenangi kehadirannya di rumah.

Daripada teman Kak Lisa yang silih berganti, kehdiran Syd Nadjmil Faiz dilihat oleh Abby sebagai calon suami yg terbaik utk kakaknya. Sikapnya y g bertanggungjwb melindung sesekali membuat kan Abby digoda perasaan. Namun mujurlah dia segera mengingatkan diri bahawa bakal abang ipar masakna boleh dijadikan teman sendiri.

Hasrat meminang yg disuarakan oleh Syed Nadjmil Faiz menimbulkan konflik. Bagi Abby, hasrat itu jatuh di tempat yg salah kerana bercinta dgn kakak, mengapa pula yg dipinang adiknya? Sudah hilang pertimbangan akal barangkali, maka Syed Nadjmil Faiz memilihnya dan bukan Kak Lisa.

Bagi Syed Nadjmil Faiz, berkawan bukan ertinya berkasih. Sekian lama mengenali si kakak hatinya tak pernah disapa rasa cinta. Tetapi pertama kali bertemu Abby, perasaannya digoda rindu. Meskipun sangat mengharap agar salam kasihnya bersambut, dia sedar Abby berhak menolak.

Kebencian Kak Lisa terhadap Abby bagaikan tidak bernoktah. Abby terjebak dalam dilema. Bagaimana kemelut ini hendak dirungkai?

RM19.90
535 mukasurat

15 comments:

  1. best ke citer ni? duk teragak2 nak beli.

    ReplyDelete
  2. Kalau peminat setia kak anis, tentu berpuas hati lah ngan citer ni.. tapi kalau baru nak mula membaca karya2 anis ayuni, rasanya baik bermula dgn 'manisnya cinta' & 'gemersik kalbu'

    ReplyDelete
  3. sy blum ada lg koleksi anis ayuni nih...nak beli tapi takut mengecewakan pulak

    ReplyDelete
  4. akak dah baca semua buku anis ayuni... dia memang pandai buat citer yang sweet2.

    ReplyDelete
  5. hhhmmmmm.....nak terpengaruh ker idak nih --> dok belek kuku

    ReplyDelete
  6. haha.. kalau nak start, i strongly suggest GEMERSIK KALBU! huhu.. jiwang tergolek.

    ReplyDelete
  7. tak yah tengok2.. gemersik kalbu tu gi beli cepat2.. kisah cinta lepas kawin.. huhu..

    ReplyDelete
  8. mana leh paksa...nnt baca dlm ketepaksaan...heeeee

    ReplyDelete
  9. amboi.. mana da paksa.. kalau rasa terpaksa pon.. baca jer bab pertama, terus rela jer sampai abis.. haha

    ReplyDelete
  10. buku anis ayuni yg manisnya cinta aku baca & aku suker...tp aku confuse lahh antara Norzailina Nordin & Anis Ayuni....mana satu ekk anis ayuni lupa lak aku wajahnyer..

    ReplyDelete
  11. haa.. manisnya cinta tu semanis tajuknya lah hehe.. citer ifti dgn nazmi kan? hehe masih segar di ingatanku.. la.. tak perasaan ek muka diorang? yang kita jumpa sekali dgn rose kat pesta buku tu kak norzailina nordin.

    ReplyDelete
  12. dia buka cite pasal pesta buku la pulak.... bikin hati panas je...hehehe

    ReplyDelete
  13. fun reading...dah ada dlm personal libry...

    ReplyDelete