Sunday, May 11, 2008

Untukmu Sayang

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Marwati Wahab
Untukmu Sayang by Marwati Wahab
Terbitan Fajar Pakeer


"Dendam itu melontarku ke jurang sepi, lalu membunuh bahagia yang bersemi."


Kali kedua saya membaca hasil karya Marwati Wahab, tapi bukan sekali dua saya baca karya Aleya Aneesa. Terdetik juga di hati saya, saya lebih suka penulisan 'Marwati Wahab' berbanding 'Aleya Aneesa' sedangkan kedua2 nama itu milik orang yg sama. Characters yg ditonjolkan amat memuaskan dan pasangan yang ditampilkan dalam kisah ini mempunyai chemistry yg kuat dan interaksi mereka sangat menghiburkan.


Pengenalan bab pertama kepada Dasi dan Hazim agak hambar dan biasa tapi kemunculan watak "Yana" membuatkan saya tersenyum lebar. Scene2 sedih yang disampaikan sangat mengesankan dan memang akan turut merasa hiba, berkongsi rasa dengan perasaan watak2 yang ditampilkan. Tapi bagi situasi kampung yg dipaparkan, batas2 hubungan antara Dasi-Farish sgt tidak terjaga. Tahu lah at one point Farish sgt yakin Dasi akan jadi miliknya, tapi tindakannya tu terlalu berani. Yana seperti cepat pulak insaf semasa di kampung tu sedangkan keangkuhan agak tinggi masa mula2 menjejakkan kaki ke sana. Percaya pulak famili Dasi utk membiarkan FArish memujuk Dasi dalam biliknya. Apa2pun saya memang terhibur dgn kisah ini dan buku ini ditutup dengan senyum simpul. :)


"Sekurang-kurangnya dia tahu Azamila dan Dasiera boleh duduk semangkuk"
ni petikan dari muka surat 391. Terfikir gak saya, Azamila ngan Dasiera duduk semangkuk? kalau mangkuk yg buleh duduk, yang kat dalam tandas ler.. takkan nak duduk semangkuk kot. hehe.


Kisah ini tentang Dasiera yang sgt sayangkan Abgnya, Hazim. Namun apabila Hazim memperkenalkan Yana sbg bakal isterinya, membuatkan Dasiera mengimbau kenangan zaman persekolahan, permusuhan yang tidak berpenghujung dgn Yana. Ugutan Yana memaksa Dasiera meninggalkan abgnya lalu kembali ke kampung halaman ibunya. Tanpa disangka-sangka bakal membuka rahsia besar keluarganya.


Pertemuan dgn Farish membibitkan rasa kasih. Apabila dia sudah bersedia menyerahkan hatinya kpd Farish, Yana muncul lagi, dan kali ini Yana adalah adik kpd Farish. Dasiera tahu dia akan kehilangan kasih lagi sekali. Farish keliru dgn keputusan Dasiera dan dia akan membongkar misteri itu.


sure fine whatever
rinn



sinopsis belakang buku:

Kalau masa boleh diputar kembali, dia berjanji akan menjadi gadis yg paling baik. Tidak akan menyakiti, meskipun hatinya disakiti. Sayangnya itu bukan sifat sebenar Dasiera. Baginya dendam harus dibalas dgn dendam. tapi itu dulu... semakin masa berlalu, kisah itu semakin jauh ditinggalkan. Namun dia sering lupa pada ungkapan, "Memaafkan ya, tetapi melupakan tidak!"

Dan, kalau benar kenakalan lalu itu satu kesalahan, mengapa mesti dia seorg yg menerima hukuman? Mereka sama-sama bersalah. Tapi demi sayangnya yg melaut, dia akur kalau dia harus tunduk kali ini. Dia percaya bahagia ada di mana-mana. Lalu, kehadiran Farish umpama memberi nafas baru utknya yg semakin hilang punca.

"Untuk awak saya sanggup buat apa saja..."

Rupa-rupanya masih ada yang peduli. Namun nyatanya bukan mudah menggapai bahagia. Bila kasih sayang yg tulus sekali lagi teruji, putik kasih itu terpaksa juga diracun. Lantas dia terus nanar.

"Kita memang ditakdirkan tidak berjodoh. Anggap saja saya gadis tidak tahu diuntung. Sudah bertemu dgn lelaki baik, tapi tetap juga tidak tahu menghargai. Maafkan saya..."

Itu keputusannya, tidak ada sesiapa yg memaksa, namun, usai melafazkan kata2 itu, ada titisan jernih yang menemaninya.

Rm21.90
590 mukasurat

4 comments:

  1. recommended reading....dah baca di libry tapi blum beli bukunya lagilah.. mula2 cam tak menarik but dah mula baca,,,,terus tertarik. some-parts masih boleh dipanjangkan (boleh extend lagilah) citernya but overall, to me...its good. pentingnya kasih-sayang antara adik-beradik dan sesama insan...

    ReplyDelete
  2. citer bond adik beradik yang strong mcm ni saya suka.. jarang ada penulis elobrate kasih sayang adik-abang mcm ni. selalunya dlm citer hindustan byk aar kisah kasih sayang adik beradik :) hmm dah lama tak tengok citer hindustan. hehe.

    ReplyDelete
  3. dah tengok citer"VIVAH"? sedih giler...shahid kapoor & amrita rao(agaknyalah)..hehehe

    ReplyDelete
  4. hehe.. vivah? mcm keta produa lah.. viva. thanks for the suggestion. teringat ar zaman2 skolah dulu minat aamir khan ngan madhuri dixit. huhu..

    ReplyDelete