Showing posts with label marwatiwahab. Show all posts
Showing posts with label marwatiwahab. Show all posts

Saturday, February 5, 2011

Cubit Kanan Cubit Kiri

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Teens
Author:Marwati Wahab
Cubit Kanan Cubit Kiri
Penulis: Marwati Wahab (a.k.a Aleya Aneesa)
FP Junior
Terbitan Fajar Pakeer
Editor: Haronizan Mohd Idris
RM10.90
Sabah/Sarawak: RM13.90
128 mukasurat
Cetakan pertama 2010


"Boleh ke kalau mereka tak bergaduh dalam satu hari?"


FP Junior ni kisah2 zaman persekolahan. Sekolah Menengah. Marwati Wahab menceritakan kisah dua beradik yg memang bergaduh saja kerjanya, Nurul Husna dan Nurul Hannah. Ada saja sengketa yg mekar antara mereka. Namun cerita ini menunjukkan bahawa persaudaraan itu bagai air, kalau dicincang memang tak akan putus.


Walaupun sering berbalah, jauh di sudut hati, ada rasa sayang yg disimpan kejap buat saudara kandung.


Memang terharu mengenangkan Hannah yg cepat saja panas fius tu sanggup mempertahankan kakaknya, Husna yg difitnah rakan2 sehingga sanggup kehilangan sahabat baiknya yg turut mengata-ngata kakak yg sering menjadi lawan bergaduhnya itu. Hannah berjaya mengembalikan nama baik Husna dan persaudaraan mereka menjadi mesra selepas itu. Tak sangka pulak si Shamsul yg kena lesing dgn getah pemadam Hannah tu sudi membantu :)


sure fine whatever
rinn


sinopsis/blurb/alongside @ multiply


"Sakitlah!" rrengus Nurul Hannah geram.
"Tahu pun kau sakit. Yang kau buat aku tadi tu boleh pula ya?"
"Tapi aku tak sakitkan kau, kan?"
"Nasib kaulah!"


Nurul Hannah dan Nurul Husna, sejak bila mereka berdua mula saling bercakar sesama sendiri, tidak ada yg pasti. Tapi selain daripada sering bergaduh, tidak ada kenangan lain yg ada dlm simpanan memori masing2. Antara mereka, tidak tahu siapa anjing, siapa pula kucing.


Kata ayah dan ibu, adik dan kakak itu, ikut mana pun sama. Itu bererti antara Nurul Hannah dan Nurul Husna, tidak ada beza. Tapi bagi Nurul Hannah, dia dan Nurul Husna ibara dicubit paha kanan, paha kiri terasa. Tapi soalnya, apa yg telah terjadi? Siapa yg mengusik Nurul Husna? Kalau mahu tahu, jawapannya ada dalam Cubit Kanan Cubit Kiri.

Wednesday, March 24, 2010

Sudi Jadi Cintaku

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Marwati Wahab
Sudi Jadi Cintaku
Penulis: Marwati Wahab
a.k.a Aleya Aneesa
Terbitan : Fajar Pakeer
Mini Novela
Cetakan Pertama 2010
isbn: 9789833880997
119 mukasurat
RM8.90
sabah/sarawak: RM11.90


Kisah pendek yg manis. Bagi yg suka kisah jiwang, tentu akan tersenyum simpul bila baca kisah ini. Farihah ni berkawan baik dgn Harith. Tindakan abg kesayangan dia, Fahrin, memaksa dia berbaik dgn Hafsham dan mencadangkan agar mereka berkahwin membuatkan Farihah berani melamar Harith. Dia lebih rela berkahwin dgn Harith daripada Hafsham yg gatai semacam tu.


Harith terkejut dgn lamaran tu dan serta merta menolak. Tindakan itu telah menjatuhkan air muka Farihah yg bertindak mengelak dari bertemu dgn Harith selepas kejadian itu. Harith cuba mewujudkan situasi kemesraan mereka seperti sebelum lamaran itu disuarakan padanya tetapi Farihah sudah bukan Farihah yg dulu. Dia sudah betul2 malu utk berhadapan dgn Harith.


Farihah bersetuju utk mengenali Hafsham dgn lebih rapat demi utk menyenangkan hati abg kesayangannya. Tindakan itu pulak membuatkan Harith sedar yg dia sebenarnya cemburu kalau Farihah rapat dengan lelaki lain. Dia nak dapatkan FArihah balik dan nak terima lamaran Farihah tempoh hari, tapi nak lagi ker Farihah kat dia? Fahrin tersenyum gembira bila rancangan liciknya nampak berjaya :)


sure fine whatever
rinn


sinopsis/blurb:


Dia didesak, lalu atas desakan itu, Farihah nekad mendesak Harith. Hanya lelaki itu satu-satunya harapan yg tinggal utknya. Sedangkan bagi Harith, mintalah apa saja yg Farihah mahu, tapi bukan permintaan yang satu itu. Sygnya hanya sbg sahabat.


Kecewa bila diri ditolak, Farihah mula mencipta jarak. Dan Harith yg merasakan jurang, terasa hatinya seperti dibawa pergi. Dia memang tidak mahu Farihah menjadi suri hidupnya, tapi tidak juga mahu lelaki lain hadir di sisi gadis itu. Lantas saat hati Farihah tawar tidak bergula, Harith sedar yg dia mahukan Farihah utk seluruh hidupnya. Bukan sesiapa, melainkan Farihah dan hanya Farihah sahaja!


Tapi Farihah... adakah masih mengharapkannya?



Sunday, June 1, 2008

Segalanya Untukmu

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Aleya Aneesa
Segalanya Untukmu by Aleya Aneesa
Terbitan Alaf21 Sdn bhd


"Seperti pantai yang terdampar, kurela dihempas selaut gelombang"


pada pendapat saya, watak Jehanna adalah watak wanita yang paling kuat yang pernah dicipta Aleya Aneesa. Saya amat berpuas hati dengan konsistensi watak ini dalam perjalanan buku setebal 544 muka surat ini. AA mampu mengalunkan kisah drama berat dengan baik dan sudah tentu saya tertunggu karya kelima dgn alaf dengan penuh harapan :) Saya memang suka benar dgn cara AA menggarap watak2 dalam scene sedih kerana ianya sentiasa berjaya menyentuh hati saya. JIka dibandingkan karya2 AA dgn Alaf, saya paling berpuas hati dengan novel ini.


Kisah ini tentang Jehanna Aisya yang mempunyai alasan tesendiri utk mencurigai semua lelaki dalam hidupnya. Ayahnya, Basir dan Abangnya Haled Halmy bukanlah lelaki2 yang boleh dibanggakan dalam hidupnya. Ibunya yang tersayang menghembuskan nafas terakhir di ribaannya ketika usianya baru menginjak 9 thn membuatkan dia cukup benci pada Basir. Haled Halmy yang meletakkan kesalahan pada bahunya juga menjadikan dia insan yang suka meminggirkan diri. Dia membesar dalam keterasingan.


Dia tidak berfikir dua kali utk menjadikan Fahem musuhnya sebaik saja bertentang mata. Walaupun perwatakan sedemikian dipamerkan Jehanna, hati Fahem tetap terpikat walaupun pertemuan mereka sentiasa dihiasi dentuman suara dua nada yang tinggi dan cabar mencabar.


Haled Halmy mempunyai masalah sendiri dgn isteri yang tinggi maintenance nya. Gelap matanya apabila Fahem berani menawarkan wang yang amat diperlukannya utk memujuk hati isterinya. Tetapi Fahem mahukan Jehanna. Sesuatu yang agak sukar utk Haled Halmy memberi jaminan Fahem akan dapat apa yang diingininya. Hajat Fahem ditolak mentah2 oleh Jehanna, membuatkan Fahem berazam utk memikat Jehanna dgn caranya tersendiri.


saya terkilan sikit biler Fahem sanggup berjauhan dgn nyawa, nafas dia sehingga 2 tahun! Rompak jer Jehanna tu dari Haled Halmy. hehe. Apa2pun, i looooooooove happy ending :)


sure fine whatever
rinn


Sinopsis belakang buku:


Jgnkan di alam sedar, di alam mimpi pun Jehanna Aisya tidak pernah berhajat untuk punya suami. Baginya, pengalaman lalu adalah guru yang paling jujur. Api dendam yang marak terhadap lelaki tidak pernah padam walau tahun demi tahun berlalu. Selagi terdaya, dia akan berlari dan terus berlari walaupun ke hujung dunia.

Katalah apa pun, Fahem Ammar tetap tidak memerlukan wanita ber-gelar isteri dalam hidupnya. Dia bukan jenis lelaki yang akan tunduk pada kehendak hati. Baginya, perkahwinan itu ibarat satu perjudian. Menang atau kalah hanya bergantung kepada nasib. Selagi boleh dielak, dia akan cuba mengelak seberapa daya yang mungkin.

Tapi, itu kata Fahem dan Jehanna yang punya cerita tersendiri, sedangkan janji ALLAH jauh lebih baik daripada itu. Dalam hangatnya mentari yang memancar, mereka dipertemukan dalam keadaan yang tidak diduga. Ada ego yang tercalar, ada hati yang terbakar dan ada pula bibit-bibit rindu yang hadir tanpa disedari.

Namun, bukan hidup namanya jika berjalan di atas garis lurus semata-mata. Bersaksikan Pulau Redang, Fahem melafazkan cinta. Malangnya, pantai yang sama juga menjadi saksi luka di hati Jehanna kembali berdarah. Semuanya kerana Fahem!

Benarkah kepercayaan itu umpama sebuah kristal, cantik memukau mata, tapi sekali terhempas tak mungkin akan dapat bercantum kembali?



RM 19.90
544 mukasurat

Sunday, May 11, 2008

Untukmu Sayang

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Marwati Wahab
Untukmu Sayang by Marwati Wahab
Terbitan Fajar Pakeer


"Dendam itu melontarku ke jurang sepi, lalu membunuh bahagia yang bersemi."


Kali kedua saya membaca hasil karya Marwati Wahab, tapi bukan sekali dua saya baca karya Aleya Aneesa. Terdetik juga di hati saya, saya lebih suka penulisan 'Marwati Wahab' berbanding 'Aleya Aneesa' sedangkan kedua2 nama itu milik orang yg sama. Characters yg ditonjolkan amat memuaskan dan pasangan yang ditampilkan dalam kisah ini mempunyai chemistry yg kuat dan interaksi mereka sangat menghiburkan.


Pengenalan bab pertama kepada Dasi dan Hazim agak hambar dan biasa tapi kemunculan watak "Yana" membuatkan saya tersenyum lebar. Scene2 sedih yang disampaikan sangat mengesankan dan memang akan turut merasa hiba, berkongsi rasa dengan perasaan watak2 yang ditampilkan. Tapi bagi situasi kampung yg dipaparkan, batas2 hubungan antara Dasi-Farish sgt tidak terjaga. Tahu lah at one point Farish sgt yakin Dasi akan jadi miliknya, tapi tindakannya tu terlalu berani. Yana seperti cepat pulak insaf semasa di kampung tu sedangkan keangkuhan agak tinggi masa mula2 menjejakkan kaki ke sana. Percaya pulak famili Dasi utk membiarkan FArish memujuk Dasi dalam biliknya. Apa2pun saya memang terhibur dgn kisah ini dan buku ini ditutup dengan senyum simpul. :)


"Sekurang-kurangnya dia tahu Azamila dan Dasiera boleh duduk semangkuk"
ni petikan dari muka surat 391. Terfikir gak saya, Azamila ngan Dasiera duduk semangkuk? kalau mangkuk yg buleh duduk, yang kat dalam tandas ler.. takkan nak duduk semangkuk kot. hehe.


Kisah ini tentang Dasiera yang sgt sayangkan Abgnya, Hazim. Namun apabila Hazim memperkenalkan Yana sbg bakal isterinya, membuatkan Dasiera mengimbau kenangan zaman persekolahan, permusuhan yang tidak berpenghujung dgn Yana. Ugutan Yana memaksa Dasiera meninggalkan abgnya lalu kembali ke kampung halaman ibunya. Tanpa disangka-sangka bakal membuka rahsia besar keluarganya.


Pertemuan dgn Farish membibitkan rasa kasih. Apabila dia sudah bersedia menyerahkan hatinya kpd Farish, Yana muncul lagi, dan kali ini Yana adalah adik kpd Farish. Dasiera tahu dia akan kehilangan kasih lagi sekali. Farish keliru dgn keputusan Dasiera dan dia akan membongkar misteri itu.


sure fine whatever
rinn



sinopsis belakang buku:

Kalau masa boleh diputar kembali, dia berjanji akan menjadi gadis yg paling baik. Tidak akan menyakiti, meskipun hatinya disakiti. Sayangnya itu bukan sifat sebenar Dasiera. Baginya dendam harus dibalas dgn dendam. tapi itu dulu... semakin masa berlalu, kisah itu semakin jauh ditinggalkan. Namun dia sering lupa pada ungkapan, "Memaafkan ya, tetapi melupakan tidak!"

Dan, kalau benar kenakalan lalu itu satu kesalahan, mengapa mesti dia seorg yg menerima hukuman? Mereka sama-sama bersalah. Tapi demi sayangnya yg melaut, dia akur kalau dia harus tunduk kali ini. Dia percaya bahagia ada di mana-mana. Lalu, kehadiran Farish umpama memberi nafas baru utknya yg semakin hilang punca.

"Untuk awak saya sanggup buat apa saja..."

Rupa-rupanya masih ada yang peduli. Namun nyatanya bukan mudah menggapai bahagia. Bila kasih sayang yg tulus sekali lagi teruji, putik kasih itu terpaksa juga diracun. Lantas dia terus nanar.

"Kita memang ditakdirkan tidak berjodoh. Anggap saja saya gadis tidak tahu diuntung. Sudah bertemu dgn lelaki baik, tapi tetap juga tidak tahu menghargai. Maafkan saya..."

Itu keputusannya, tidak ada sesiapa yg memaksa, namun, usai melafazkan kata2 itu, ada titisan jernih yang menemaninya.

Rm21.90
590 mukasurat

Friday, August 24, 2007

Bertakhta di Hati

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Marwati Wahab
Bertakhta di Hati by Marwati Wahab
Terbitan NHF Media

"Dalam dinginnya salji yang memutih, akukah sebenarnya yang telah menyalakan pelita?"

SEbenarnya dah lama saya nampak novel ni di MPH Alamanda, sejak saya mencari novel Atas nama cinta by Bikash Nur Idris. Kalau lah saya tau 'Marwati Wahab' tu adalah Aleya Aneesa, tentu la awal2 lagi dah beli. Kebetulan semasa surf blog A.A, ada entry pasal buku ni. Kebetulan pulak masa tu dekat2 dgn pesta buku alaf di premis alaf (30/6/07), so sempat la bawak ke sana utk di otograf :) Wah, 2 bulan wo peram buku ni baru sempat baca dgn tenang dan khusyuk.

Ekcili tajuk tu memberi makna yg besar kpd saya dan 'Jiwangans' di jiwangunited. Lagu tema Jiwangans tu. Tajuk lagu yg dinyanyikan AnF di Konsert ke 7 yg byk membuatkan jiwangans jiwang tergolek. btw dah 2 jiwangans queue nak pinjam buku tu.. huhu.. selamat berjiwang! Jiwangans yg lain, sila dptkan di pasaran! :)

Sebelum ni saya dah baca 3 karya Aleya Aneesa, 1.Semusim Rindu 2.Kasih Antara Kita 3.Janjiku Bersamamu

Bagi saya ketiga-tiga buku ini berada dalam kelas yang sama dan dlm komen2 saya ada menyebut tentang rasa tidak puas hati saya terhadap watak utama lelaki yang 'tidak konsisten' macam orang datang bulan la pulak hehe.. tapi sikap yg macam tu la yang buat kita rasa geram bila membaca.. honestly speaking, saya memang sentiasa menantikan cerita-cerita baru dari A.A sebab dia ada specialty dalam menulis cerita scene2 sedih dgn baik sekali. So saya tak ragu-ragu nak beli BDH ni.

Hasilnya? vah!! bravo! best! Saya rasa watak najmi ditulis dgn baik dlm buku ni, tiada langsung masalah konsistensi dalam perwatakan. Ngamlah dengan Rya! Hampir tak percaya yang Marwati Wahab dan Aleya Aneesa adalah orang yg sama. Bagi those yang enjoy 'love-hate' relationship memang wajib baca buku ni. And Aleya Aneesa masih ada sentuhan yang baik dalam menceritakan scene2 sedih dgn berkesan. Tangkap nangis!.. I look forward to reading her next book.

Cerita ni adalah tentang Rya yang ditinggalkan terkapai-kapai seorang diri selepas 3 hari bernikah dgn Najmi. Rya menjadi bahan tohmana orang kg yang mudah buruk sangka. Najmi terpaksa kerana mengikut kehendak ibu bapanya, dia terpaksa menurut tetapi dia memberontak dgn cara tersendiri iaitu dgn mengahwini sorang wanita inggeris di luar negara dan dapat anak lelaki bernama Aish. Ibu anaknya mahu hidup bebas dan tidak mempedulikan anak mereka. Najmi menjaga anak itu sebaiknya dan menceraikan isterinya. Najmi sentiasa mengingatkan Aish bahwa ibunya adalah Rya.

Rya pula makin sengsara setelah anak perempuannya meninggal dunia selepas dilahirkan. Dia mengumpulkan semula serpihan hatinya lalu melanjutkan pelajaran dan mendapat pekerjaan yang lebih baik. 7 tahun kemudian Najmi muncul semula menuntut haknya sebagai suami. Najmi bijak membiarkan Aish memainkan peranannya utk memikat hati keibuan Rya. Sengaja dibiarkan Rya akrab dgn Aish supaya senang dia mengikat Rya semula.

sure fine whatever
Rinn
5 bintang


Sinopsis belakang buku:

Najmi Syahadat... merenung wajah itu buat kali kedua, terasa seperti menoreh luka di hati sendiri. Bertahun-tahun masa berlalu, dia masih menanti penjelasan yang tak pernah kunjung tiba. Tapi lain yang diharap, lain pulak takdir yang datang. Lelaki itu hanya mampu mengungkapkan kata maaf untuk hidangan jiwanya yang parah.

Dan... dia sudah puas menangis suatu masa dahulu.. ditinggalkan orang tersayang rasanya sakit sekali. tapi ditinggalkan tanpa penjelasan, rasanya lebih sakit lagi. Pun, siapa dia mahu mempersoalkan semua itu? Sedangkan lelaki yg punya jawapan itu sudah membawa pergi senda tawa impian yang tidak sempat untuk ditunaikan.

"Merayulah, Najmi... menangislah selagi masih berupaya menangis. Hakikatnya hati sudah begitu jerih untuk mengembalikan janji itu. Aku tak akan pernah berpaling."

Itu tekad Khairunasrya, tekad seorang yang pernah membilang tangga demi tangga walaupun ketika melangkah, hatinya sudah lama mati.

RM19.90
597 mukasurat
5 bintang

Tuesday, March 20, 2007

Semusim Rindu

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Aleya Aneesa
Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad
Semusim Rindu by Aleya Aneesa
(a.k.a marwati wahab)


I don't have problem liking this story, best gak baca.. tapi watak hajar tu sedih sokmo, dari mula sampai habis ntah la.. air mato den ni asyik nak kuar jer.. tapi ntah la kot2 masa baca tu memang tengah sensitif kot.. hehe.. memang scene2 sedih digambarkan dengan baik oleh aleya aneesa cuma characters mcm ada krisis identiti, kejap macam ni kejap lagi mcm lain pulak. watak utama hajar, watak yang degil, pendendam, byk menyimpan kisah sedih yg tk dpat dilupakan.


watak ikhman ni conflict sikit, dia ni digambarkan anak yg baik, abg yg baik dengan adik2, solat, tapi ramai gelpren, yg lebih menghairankan dia ni memang la syok kat hajar tapi instead of showing her how much he love her, dia lebih byk menyakitkan hati hajar sampai kadang2 tu tak berapa nak logic la.


firdaus watak bapa angkat hajar pun mula2 masa amik hajar dia baik, jaga hajar mcm anak sendiri walaupun kemudian dia mendapat zuriat sendiri. tapi biler dpt peluang melanjutkan pelajaran dia x bagi, hajar yg sara keluarga lepas isterinya mati dan dia lumpuh akibat kemalangan.


kalau nak nangis leh la baca buku ni.


sure fine whatever


sinopsis belakang buku:


Di sebalik senyumannya... ada tangisan yang panjang. Keperitan hidup menjadi anak buangan membuatkan Hajar Adira begitu berhati-hati. 15 tahun dia cuba membalut luka tetapi sehingga kini luka itu masih berdarah. Selagi parut itu masih ada, kemaafan untuk mereka mungkin tiada. Dulu Hajar pernah mengemis kasih sayang saudara sendiri, kini kasih itu tidak diperlukan lagi. Cukuplah jiwanya menderita dan zahirnya terseksa...


Benarlah... perasaan itu sememangnya sesuatu yang hidup. Hari ini tiada tapi esok mungkin ada. Hari ini ada, mungkin esok tiada. Tapi Hajar tahu perasaannya pada Ikhman tidak akan sirna sampai bila-bila. Bukan senang untuk dia jatuh cinta! Bila sekali perasaan itu bertapak, tiada apa yang mampu menghilangkan rasa cinta walaupun perasaan dendam pernah berapi di dadanya. Sesungguhnya kemaafan adalah dendam yang terindah...


Sungguh... Hajar rindu pada Ikhman. Tapi dia terlalu takut dilukai hingga tanpa sedar dia sebenarnya melukai hati dan perasaannya sendiri. Mungkin ini suratan yang tertulis dalam lipatan hidupnya. Di saat dia baru belajar bertatih untuk menerima dan memberi Ikhman kasih sayang yang tidak berbelah bahagi, dia dibiarkan terkapai-kapai seorang diri. Dan... yang paling perit dia dituduh menduakan suami sendiri! Inikah balasan ALLAH pada dirinya yang ingkar?


Akhirnya... kata putus harus diambil. Biarpun kasihnya digantung tidak bertali, status sebagai isteri tidak akan sesekali dicemari. Jika perpisahan menjanjikan penyatuan dua hati, dia rela berlari dan terus berlari demi mencari kebahagiaan sendiri. Yang pasti dia tidak mahu menjadi seperti bunga, dihirup madunya kemudian ditinggalkan begitu saja. Apakah Ikhman tahu maksudnya?


RM 18.00
460 muka surat