Rating: | ★★★ |
Category: | Books |
Genre: | Romance |
Author: | Marwati Wahab |
Penulis: Marwati Wahab
a.k.a Aleya Aneesa
Terbitan : Fajar Pakeer
Mini Novela
Cetakan Pertama 2010
isbn: 9789833880997
119 mukasurat
RM8.90
sabah/sarawak: RM11.90
Kisah pendek yg manis. Bagi yg suka kisah jiwang, tentu akan tersenyum simpul bila baca kisah ini. Farihah ni berkawan baik dgn Harith. Tindakan abg kesayangan dia, Fahrin, memaksa dia berbaik dgn Hafsham dan mencadangkan agar mereka berkahwin membuatkan Farihah berani melamar Harith. Dia lebih rela berkahwin dgn Harith daripada Hafsham yg gatai semacam tu.
Harith terkejut dgn lamaran tu dan serta merta menolak. Tindakan itu telah menjatuhkan air muka Farihah yg bertindak mengelak dari bertemu dgn Harith selepas kejadian itu. Harith cuba mewujudkan situasi kemesraan mereka seperti sebelum lamaran itu disuarakan padanya tetapi Farihah sudah bukan Farihah yg dulu. Dia sudah betul2 malu utk berhadapan dgn Harith.
Farihah bersetuju utk mengenali Hafsham dgn lebih rapat demi utk menyenangkan hati abg kesayangannya. Tindakan itu pulak membuatkan Harith sedar yg dia sebenarnya cemburu kalau Farihah rapat dengan lelaki lain. Dia nak dapatkan FArihah balik dan nak terima lamaran Farihah tempoh hari, tapi nak lagi ker Farihah kat dia? Fahrin tersenyum gembira bila rancangan liciknya nampak berjaya :)
sure fine whatever
rinn
sinopsis/blurb:
Dia didesak, lalu atas desakan itu, Farihah nekad mendesak Harith. Hanya lelaki itu satu-satunya harapan yg tinggal utknya. Sedangkan bagi Harith, mintalah apa saja yg Farihah mahu, tapi bukan permintaan yang satu itu. Sygnya hanya sbg sahabat.
Kecewa bila diri ditolak, Farihah mula mencipta jarak. Dan Harith yg merasakan jurang, terasa hatinya seperti dibawa pergi. Dia memang tidak mahu Farihah menjadi suri hidupnya, tapi tidak juga mahu lelaki lain hadir di sisi gadis itu. Lantas saat hati Farihah tawar tidak bergula, Harith sedar yg dia mahukan Farihah utk seluruh hidupnya. Bukan sesiapa, melainkan Farihah dan hanya Farihah sahaja!
Tapi Farihah... adakah masih mengharapkannya?
kenapa ek iejay rasa lebih suka hasil tulisan aleeya aneesa @ marwati wahab ni di penerbitan lain berbanding alaf. cerita ni walaupun pendek rasa mcm payah nak cari kesalahan fakta/bahasa.
ReplyDeleteha'ah kan? teringat masa mula2 baca karya aleya aneesa/marwati wahat dgn publisher lain, rasa mcm penulis lain lain pulak.
ReplyDeleteantara bk A/A & bk M/W... Ti lebih suka bace tulisan M/W... tk tau nape plak.. hehehe...
ReplyDeleteha'ah betui2.
ReplyDelete