Rating: | ★★★ |
Category: | Books |
Genre: | Romance |
Author: | Hani Fazuha |
Penulis: Hani Fazuha
isbn:9789831244623
RM19.90
Sabah/Sarawak: RM22.90
502 mukasurat
"Kehadiranmu mula kurasa menjelma di taman hatiku yg sunyi"
Kisah ini membawa tema yg berat melalui watak utamanya, Dya. Perjalanan cerita yg ada tarikan tersendiri tetapi endingnya terasa agak mendadak untuk Zarif dan Dya. Tapi yg penting happy ending :) Dya layak mendapat kebahagiaan setelah segala derita yg ditempuhi sepanjang hidupnya.
Dya menjadi mangsa nafsu abgnya sejak berusia 10 tahun. Kepulangan abgnya dari luarnegara ketika dia berusia 15 tahun membuat dia terpaksa melalui perkara yg sama. Mendera perasaannya.
Zarif pulak budak kat sekolah yg sering menyakitkan hatinya. Ayahnya percaya dia bkn anak kandungnya dan percaya dia adalah anak yg dilahirkan setelah isterinya diperkosa perompak. Mungkin atas dasar itu Abg Ari menodainya byk kali sehingga nafsu menguasai akal, sampai dia ajak adik dia lari ke luar negara & berkahwin.
Kejadian dia menampar Zarif yg mulut celupar tu telah menyebabkan dia dibuang keluarga dan dihantar menetap dgn neneknya.
Peristiwa hitam dalam hidupnya tidak pula menjadikan dia takut utk didekati lelaki spt Syamir ketika di kolej. Malah lebih tegas mempertahankan diri berbanding apabila berdepan dgn Ari. Dgn Zarif lagi la, dia jadi macam singa garangnya.
Ketika memasuki alam pekerjaan Dya mesra dgn bossnya, En. Nasri yg baik dan sentiasa sedia mendengar keluhan masalahnya. Tapi kemudian Dya kena serang ngan bini en. Nasri.
Perkenalan dgn Aunty Rina membuat dia terasa spt ada adik, tambah2 pula Haleena dan Haleeni tu manja (walaupun dah besar panjang). Dapat dihidu yg mereka cuba mengenenkannya dgn Abg diorang yg akan pulang dari Australia.
Ketika kuar dgn syamir dia terserempak abg iparnya Helmi yg mesra dgn seorg wanita. Syamir pulak berani memperkenalkan dia sbg bakal isteri. Helmi tu terus gi report kat bapa Dya sbb Helmi tu sepupu kepada isteri Syamir. Siapapun tak percayakan Dya bila dia menceritakan kecurangan Helmi. Dia dianggap cuba menutup kesalahan sendiri dengan menyalahkan org lain.
Perkara itu menyebabkan Dya diseret balik kampung dan dikurung. Dia pernah cuba melarikan diri, namun tertangkap dek Helmi. Banggala si Helmi tu citer kat pak mentua dia tentang ketangkasan dia menangkap Dya yg cuba lari dari kampung. Lepas dikurung semula tu Dya terus ditunangkan. KEbetulan pulak bakal ibu mertuanya adalah Aunty Rina.
Dya menghubungi tunangnya utk memujuk agar memutuskan pertunangan, tapi akhirnya dia yg jadi sakit hati sbb mamat tu tak nak, dia nak ikut cakap mak dia.
Pertemuan kali pertama dgn bakal suaminya di rumah Aunty Rina membuatkan Dya pitam sebab lelaki itu adalah Zarif! Budak setan yg suka menaikkan darahnya. Zarif pulak sangat seronok dengan bakal isteri yg cantik tapi garang pilihan ibunya. Malam tu Dya tidur ditemani mimpi ngeri sbb lagi 3 bulan dia bakal menjadi isteri Zarif. Sanggup dia balik kg dan minta pertunangan diputuskan tapi akhirnya dia yg dpt pelempang bapak dia. Abg Ari pulak makin cemburu kerana Dya akan menjadi milik lelaki lain. Akhirnya Dya berkahwin juga dengan Zarif. Zarif menganggap itu sebagai peluang utk dia menebus kesalahan lalu. Dya bimbang menunggu masa rahsia hitam hidupnya bakal terbongkar walaupun Abg Ari sudah berkahwin.
Bagi aku penerimaan Zarif di akhir cerita agak kurang believable kerana penerangan Dya agak terhad. Terlalu banyak yang boleh Zarif persoalkan tambah2 Dya mengandung angkara Ari. Mungkin Zarif terlalu rasa bersalah atas kenakalan masa lalu dan memang betul2 jatuh cinta pada Dya.
apa2pun, penulis ini masih membawa kisah kahwin paksa dalam karya keduanya ini. Kalau yang mencari karya pertama novelis ini, tajuknya adalah Mengukir Bahagia yang menarik perhatian ramai pembaca novel :) Semoga karya baru penulis ni akan terus memeriahkan lagi dunia novel malaysia.
sure fine whatever
sinopsis/blurb:
Dya dinodai oleh abgnya dlm usia yg masih mentah. Namun dia tidak berani mendedahkan kejadian itu bila ayahnya sendiri tidak pernah mengiktirafnya sbg anak kandung.
Hidup Dya terus diselimuti mndung bila dia terluka lagi. En. Nasri yg dianggap prihatin, sekadar mempermainkan perasaannya. harapan yg disandarkan kepada syamir juga turut berkecai. Kekecewaan Dya bertimpa-timpa bila mengetahui kedua-dua lelaki itu sebenarnya adalah 'suami orang'. Ini menambahkan lagi kebenciannya terhadap lelaki.
Kemunculan Zarif, bekas teman sekolah merobek kembali kisah lama. Dya masih ingat, Zarif sering menyakiti hatinya. Malah penghinaan yg pernah dilemparkan, tidak pernah Dya lupa. Dan kerana Zarif juga, dia menjadi anak terbuang!
Sebenarnya Zarif mahu merawat kelukaan Dya. Tetapi Dya menjauhkan diri kerana takut rahsianya terbongkar! Akhirnya segunung kebaikan yg Zarif limpahkan membuka mata hati Dya bahawa lelaki itu ikhlas mencintainya.
Namun, sudahkah dia bersedia menerima lamaran Zarif sedangkan bayangan silam terus menghantuinya?
hi rinn has dah bca novel ni tpi bila baca rasa geram kat dya sbab lemah sgt sampai kena rogol beberapa kali last2 mengandung. rasanya penulis patut bgi contoh mcm mana mangsa rogol keluarga sendiri ni melawan bukannya pasrah je. ada ke dah 2, 3 kali kena rogol boleh bagi lagi abgnya masuk umah bila suami takde bengang betul.
ReplyDeleteDya tu nampk lebih garang ketika berdepan dgn Syamir dan Zarif. Tapi biler ngan abg dia tu dia macam tak dapat melawan. Mgkin gak tu kesan dari penderaan emosi yg membuatkan dia lebih takut dgn abgnya. Dia kan mangsa sejak kecil sehinggalah dia besar panjang.
ReplyDeletemmg menyampah benor masa dia garang ngan syamir dan laki dia tu. tapi menikus ngan abg melaun dia tu. punya sakit hati baca sampai has jual novel ni kat kwan first time baca novel pastu jual sebab confirm takkan ulang baca. belajar le seni mempertahankan diri ke boleh le bagi penendang maut.
ReplyDeletesabar sabar,... hehe. abg dia tu dh dapat balasan setimpal. tapi tu la dah byk dosa dia, hidup tak macam org.
ReplyDelete