Saturday, March 6, 2010

Kuserahkan Kasih

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Fida Rohani
Kuserahkan Kasih
Penulis: Fida Rohani
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
RM17.00
448 mukasurat
isbn: 978-983-124-475-3

Halamak! Citer poligami! bermadu! hmm nak baca? tak baca? nak baca? tak baca? Sekali sekala baca citer-citer macam mungkin boleh mencambah minda sikit tak? hehe... Sebagai pembaca santai, memang aku akan fikir banyak kali sebelum baca naskah yg heavy mcm ni yg membawa tema yg aku tak gemar. Aku ni kan suka kisah-kisah cinta asyik mahsyuk, poligami bukan isu kegemaran aku dalam novel.


Tapi entah macam mana aku boleh ralit menghayati kisah yg garapan Fida Rohani ni. Naskah ini kelihatan kecil berbanding novel2 alaf yg lain tetapi kesannya sangat besar. Ceritanya menyentuh hati dan ada pengajaran yg penting untuk kita kutip di sepanjang pembacaan. Ia adalah kisah realiti yg ada dalam masyarakat kita.


Intan yang menjadi pendokong utama kisah ini adalah seorang yang sangat penyabar. Dia meletakkan rasional dalam menimbang persoalan yang bergolak dalam hidupnya. Dia bermadu tiga dan suaminya seorg Datuk (dia isteri kedua). Tetapi di suatu sudut kehidupan ada madu tiga yang jauh beza dengan keadaan hidupnya. Bahagia mereka bertiga membuat Intan menyimpan angan yang takkan menjadi kenyataan.


Salina adalah isteri yang setia dan sempurna buat Zarul. Tetapi Salina tidak dapat menerima poligami walaupun keinginan itu timbul di hati Zarul atas dasar simpati kepada seorang sahabat lama. Peristiwa itu telah menjadikan Salina seorang isteri yang mengongkong pergerakan suami, dia sudah hilang kepercayaan pada Zarul. Zarul tertekan dan mula mencari cinta baru. Cinta baru yg memusnahkan hidupnya. Barulah dia rasa perbezaan antara beristerikan Salina dgn beristerikan Norhanah. Norhanah tu memang dah macam psyco.


Jasmin. Dia ni baran. Walaupun bermadu, dia mahu lebih dalam segala-galanya. Dia nak menguasai suaminya, Farid dengan apa cara sekali pun, walaupun menyebabkan syirik dan sanggup beromen ngan tok bomoh hensem. Azura gadis yg penuh sopan santun berbanding Jasmin yang agresif. Farid, walaupun dia melebihkan Jasmin demi utk menjaga hati, tetapi dia tak pernah mensia-siakan Azura. Namun Jasmin yg sudah kerasukan syaitan telah memusnahkan ikatan suci mereka.


Tiga perenggan di atas adalah antara kisah yg dipaparkan dlm novel ini. Jasmin, Salina dan Intan saling mengenali dan mereka terjebak dalam isu yg hampir sama dalam kehidupan masing-masing, poligami. Intan sentiasa menjadi tempat mengadu kerana dia telah 20 tahun berpoligami. Kerjayanya sbg wartawan yg memaparkan isu-isu poligami juga telah memperkayakan lagi pengalaman Intan. Kata-kata nasihat Intan sukar direalisasi Jasmin dan Salina kerana mereka bukan Intan. Mereka ada sikap dan persepsi tersendiri tentang poligami.


Intan mengupas isu poligami dalam rencananya. yg positif yang negatif diseimbangkan, malah cerita side lelaki dan cerita side perempuan turut diseimbangkan. Memberi pro dan kontra utk pembaca timbangkan sendiri.


Bagi aku, Fida Rohani berjaya melayarkan kisah ini dgn baik dan berkongsi pendapatnya mengenai poligami yang disulam dalam kisah-kisah menarik dan menyentuh hati dalam novel ini. Ceritanya padat dan tidak meleret. Setiap muka surat sarat dengan kisah yang tak sabar aku nak habiskan. Memang tido lambat la malam tu walaupun esok nya keje. Dan aku menutup buku ini dengan satu persepsi yang baru mengenai poligami.


Poligami adalah perkara halal yg ramai wanita tak suka. Tidak semua wanita boleh bahagia dalam bermadu. Tapi ada juga di kalangan mereka yg boleh berkongsi kasih dan berbahagia. poligami ni pun kena ada keserasian juga antara madu-madu. Bukan serasi dgn suami saja. Bahagia takkan tercipta kalau keserasian atau kemahuan utk serasi itu tiada. Yang aku dapat simpulkan, wanita dan lelaki sama saja, ada yang rasional dan ada yang emosional. Nafsu syaitan tidak pernah senyap dalam menggembar-gemburkan iri hati, hasad dengki dalam jiwa manusia. Poligami tidak salah, cara pengendalian situasi poligami itu yang menjadikan ianya positif atau negatif.


Intan mencari kisah poligami yang lain dari yang lain. Dia sendiri hidup dalam dunia poligami yg tipikal, yang selalu kita dengar. Isteri tua datin, benci isteri muda. Isteri ketiga pulak manja/gedik/sexy. Isteri kedua baik hati tapi tertekan. (Intan sentiasa menjadi isteri yg selalu menghiburkan hati suaminya dgn sikapnya kelakar walaupun masa dia bersama suami adalah sangat sedikit.)


Nora telah membawa dia ke suatu sudut kehidupan bermadu yang dia tak sangka ada bahagianya, ada syahdunya. Pertemuan dgn Kak Long, Kak Ngah dan Kak Su membuat dia terkedu, mereka bukan adik beradik, mereka adalah madu 3 beranak 19. Mereka bergurau senda bahagia dalam kehidupan yg serba sederhana.


Sepasang madu lagi pula ada kisah sendu. Si isteri tua kematian semua anaknya dlm sebuah kemalangan dan si isteri muda lah yg menjaga kebajikan dirinya yg sudah lumpuh. Masa eksiden tu mereka sudah pun bermadu. Suami mereka masih teguh menyintai mereka sehingga Intan sendiri tidak dapat meneka yg mana satu mendapat lebih kasih sayang dari lelaki itu.


ni adalah cerita utk org yg mahu berfikir. kalau nak cari kisah cintan cintun, jiwang lari2 di taman bunga..., tak derrrrr... apa2pun aku rasa isi cerita ini menarik, tambah2 kisah hidup Salina dan Zarul. Aku puas hati dengan ending untuk ketiga-tiga watak utama cerita ini :)


Aku tak sangka dgn cara penulis mengaitkan Norhanah (isteri muda Zarul) dengan Intan, Salina dan Mila. Mila tu adalah isteri yg dipilih Salina untuk bekas suaminya, Zarul. Norhanah tu anak saudara Datin yg jadi madu Intan. Dia pernah cemuh Intan sbb bekahwin dgn suami orang, tapi dia tu pulak gi kawin ngan Zarul, suami Salina sampai Salina bercerai. Tapi last2 Zarul pun dah tak tahan dgn perangai Norhanah yg nak menguasai segala-galanya, lalu diceraikan dan dia menerima cadangan bekas isterinya Salina, supaya dia berkahwin dgn Mila (kawan lama Zarul yg kematian suami dan beranak satu). Bila Norhanah nak gi mengamuk kat majlis perkahwinan Zarul, dia hampir pengsan bila nampak pengantin perempuannya adalah Mila. Mila tu rupa2nya sepupu Norhanah dan Norhanah ni pernah menfitnah Mila sehingga dibuang keluarga. Norhanah pernah merampas tunangan Mila, tapi sekarang secara tak sengaja Mila merampas suami Norhanah. Rasa mcm fair and square pulak. and oh, Salina kawin ngan ustat kat masjid yg dia selalu pegi. Ni musim heroin novel kahwin ustat ke? huhu...


adeh lenguh tangan taip...


sinopsis/blurb:


BERADA dalam pelukan suami, serasa dunia ini telah dimiliki. Itu yang dirasakan Jasmin sepanjang hidup bersama Farid. Namun, dunianya bergoncang dengan kehadiran Azura sebagai isteri kedua. Kerana sakit hati suami menduakan kasih, dia bertindak ‘menunduk kan’ Farid supaya tidak lupa jalan pulang.



Tempias orang ketiga turut dirasai Intan Fariha, seorang wartawan majalah. Setiap hari dia melihat deraian air mata isteri-isteri yang dimadukan. Namun, dia sendiri terseksa kerana berkongsi kasih suami dengan dua wanita lain. Badai dan gelora yang melanda di hati hanya dia yang tahu. Terbukti, kata-kata di hujung penanya tentang poligami tidak semudah yang dilakarkan. Manis pada insan lain, tapi tidak di pihaknya...



Sanggupkah Intan Fariha membiarkan dirinya terus terluka sedangkan kebahagiaan itu boleh dimiliki tanpa lelaki bernama suami? Keputusan di tangannya. Atau tunggu saja bila akhirnya ijab kabul yang terpateri berkecai dengan lafaz talak!

5 comments:

  1. alamak rinn banyaknya watak..stress tak bleh baca....kah..kah bila le minda has nak berkembang. anyway tq.

    ReplyDelete
  2. 4 bintang cik rinn kasi????
    erk.. nak baca, tak baca, nak baca, tak baca.... (100 kali lagi...)

    ReplyDelete
  3. Cerita ni bukan byk watak, cuma byk cerita. bg saya, citer ni tak boring.


    haha.. zorroe pilihan di tangan anda.

    ReplyDelete
  4. ni first time baca buku yang menceritakan tentang poligami dari berbagai sudut. saya rasa stress pulak baca buku ni krana saya tak rasa yang saya boleh setabah intan fariha & semulia azura. tahniah buat penulis kerana mengupas isu poligami dgn baik sekali.

    ReplyDelete
  5. buku tak tebal tapi penulis explore tema ni dari pelbagai sudut positif dan negatif.

    ReplyDelete