Showing posts with label bermadu. Show all posts
Showing posts with label bermadu. Show all posts

Tuesday, April 12, 2011

Rindu Di Awan Biru

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Meen Zulaikha
Rindu Di Awan Biru
Penulis: Meen Zulaikha
Alaf 21 Sdn. Bhd
Editor: Rubiah Aksah
516 muka surat
RM19.90
Sabah/sarawak: RM22.90
9789831246252


"Di awan biru kuseru namamu agar terubat rasa rindu ini"


Akhirnya berjaya juga aku menghabiskan kisah Kapten Akmal yang disebut-sebut kat guestbook aku tu. Memang penggoda kelas satulah dia ni. Pandai putar alam demi kepentingan dan kebahagiaan diri sendiri. Walaupun mempunyai sikap begitu, perwatakan Kapten Akmal diolah dgn menarik menjadikan pembaca pun akan turut jatuh hati dengan Akmal yang caring dan penyayang tu.


Sinopsis belakang novel ini banyak mendedahkan klimaks cerita mungkin mengurangkan sikit kejutan cerita. Hanan berasal dari keluarga yang menderita gara-gara poligami. Ayahnya gagal menjalankan tanggungjawab sebagai suami beristeri dua. Ini menjadikan Hanan kurang menaruh minat kepada lelaki. Ini menjadikan mak dia risau yg Hanan tu nanti tak nak bersuami langsung.


Pertemuan dgn Akmal ketika dalam penerbangan ke Melbourne menarik minat Hanan. Bukan senang Akmal nak mengorat Hanan tu. Tapi dengan campurtangan Adi, abg Hanan dan ibunya membuatkan Hanan terpaksa membuat keputusan segera ketika berada di masjid Biru. Hidupnya bahagia sehinggalah terbongkarnya rahsia Akma bahawa dia sudah pun beristeri. Dia jatuh cinta dgn Hanan dan berharap Hanan akan melahirkan anak-anak comel utknya kerana isteri pertamanya enggan mengandung.


Part ini lebih menyerlahkan keadaan sebenar Akmal yang kelam kelibut hidupnya. Hilang terus jejaka charming yg sebelum ini menutupi kelemahan Akmal. Dari seorg yang cool dan bijak terus bertukar menjadi seorang yg tergesa-gesa dan kelam kabut sehingga mudah terpedaya dgn perancangan licik isteri pertamanya sehingga dia terlanjur menjatuhkan talak tiga kepada Hanan. Setelah tenang barulah dia menyedari kesilapan diri dan mengaturkan 'cina buta' utk mendapatkan Hanan kembali.


Ridz yg tampan bergaya muncul mengisi kekosongan hidup Hanan. Bukan mudah bagi Hanan utk menerima Ridz tetapi ruang yang sangat sempit yg disediakan utk kemunculan watak Ridz membuatkan aku rasa mudah saja Hanan terpujuk dan menerima Ridz. Tindakan Ridz tidak mengembalikan segera cek pemberian Akmal menghancurkan kebahagiannya. (Nak sama pulak macam Seth(KYS) yang tak lupuskan topeng yg menjadi punca pertelagahan dgn Elena).


Kerinduan Hanan pada Ridz tidak kelihatan melebihi kerinduannya pada Akmal semasa menjadi isteri Akmal dulu. Mungkin kalau Ridz diberikan ruang yang lebih, kehadirannya akan memberikan impak yang lebih. Apa2pun aku suka endingnya :)


sinopsis/novelcinta/blurb


Jangankan berkahwin, bercintapun Hanan tidak ingin. Menjadi seorg isteri tiada di dalam kamus hidupnya. Pengalaman pahit ibunya dimadukan membuatkan dia jadi fobia. Baginya, lelaki hanya tahu berpoligami, tapi tidak tahu menjadi suami.


Pertemuan tanpa disangka di awan biru dengan Kapten Akmal Hakim sewaktu ke Melbourne mengubah persepsinya terhadap lelaki. Bernikah di Masjid Biru dan berbulan madu di Istanbul bagaikan satu mimpi bagi gadis berkulit mulus itu. Semuanya berlaku tanpa dirancang. Tapi takdir menentukan dia bukan setakan menajdi seorg isteri, bahkan tanpa rela turut terbabit sama ke dalam kancah poligami.


Akibat difitnah, Hanan diceraikan dgn talak tiga. dalam pilu dia diburu rindu. Dalam duka dia mengharapkan bahagia. sanggupkah dia 'bercina buta' utk kembali ke pangkuan Akmal sedangkan kehadiran Ridz mula membawa cahaya di dalam hidupnya?

Sunday, March 13, 2011

Di Hujung Ranting

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Indah Hairani
Di Hujung Ranting
Penulis: Indah Hairani
Editor: Mohd Ali Haji Mohd Noor
Terbitan Buku Prima
Cetakan 1 - 2009
RM19.90
Sabah/Sarawak: RM22.90
567 mukasurat


"Dia tidak pernah menyakiti namun dia disakiti. Malam pertama tidak seindah yg diimpikan, namun dia tetap pasrah"


Mawardah, seorang gadis bak bunga pada pandangan Adi. Dia juga seorg gadis yg berjaya mencuri hati Amar tanpa disedari. Namun hasrat hati seorg rakan baik arwah ibunya membuat dia menerima pinangan Datin Fatimah utk anak lelakinya, seorg duda bernama Hakim. Kebetulan pula Hakim itu adalah abang kepada Amar.


Hakim sekadar menurut kata org tua tetapi dia belum dapat menerima Mawardah sepenuhnya. Perkahwinan Hakim dgn Mawardah membuat Fatin, bekas isteri Hakim, rasa tercabar dan mahu memiliki Hakim semula. Background perwatakan Hakim sbg seorg ahli perniagaan yg berjaya kelihatan goyah apabila mudah saya terpedaya dgn Fatin dan akhirnya mereka rujuk kembali.


Fatin mempergunakan org gaji ibu mertuanya, Tanti. utk menyalurkan rasa benci ibu mertuanya kpd Mawardah secara ilmu hitam. Dia cuba menggunakan cara yg sama utk mengenakan Mawardah tetapi kebaikan Mawardah telah melembutkan hati Tanti.


Pertimbangan Hakim sbg lelaki beristeri dua teruji apabila kedua2 isterinya mengandung. Jelas dia lebih memberiknh perhatian kepada Fatin malah setelah Fatin keguguran pun dia terus rasa terikat dgn Fatin. Datin Fatimah sendiri pun lebih mementingkan kesihatan dan emosi Fatin (yg pernah dibencinya) berbanding Mawardah yg sedang sarat mengandungkan cucu pertamanya.


Mawardah adalah watak yg seperti dipermain-main kan dalam cerita ini. Macam bola ditolak ke sana sini. Seperti tiada yg simpati pada dia. Kalau ada pun yg simpati, tak buat apa2 yang boleh membantu. Mawardah sendiri seperti membiarkan segala-galanya begitu. Penulis mungkin menggunakan perwatakan begini utk meraih simpati pembaca utk turut bersedih. Terasa seperti org yg baik tidak berbela dan mungkin membuat mood ketika membaca pun jadi muram dan turut bersedih.


sure fine whatever
alongside

sinopsis/blurb


Dua insan dan dua isteri yang berbeza. Mawardah penuh dengan kelembutan, tidak melawan dan sentiasa aku. Fatin penuh kemanjaan, sentiasa ingin menang dan menguasai dan agak kasar sikapnya. Namun kedua-duanya dicintai. Apakah aku silap mencintai dua wanita dalam satu masa? - Hakim


Dan bermula dari saat itu luka2nya semakin berdarah. Dia seakan mendendami hidup. Kesengsaraan itu membuat dia sedar bahawa dia tidak sempat mencintai Mawardah. Cinta yg belum sempat diungkap. Lantas dia menyimpannya kembali jauh di dasar hati. Dan melihat kesengsaraan yg dilalui oleh Mawardah membuat dia menderita. Dia tidak rela Mawardah diperlakukan Hakim sedemikian. -Amar


Betapa kaku hati seorg Hakim bin Dato' Hashim. ini. Tidakkah dia mengerti bahawa luka seorg isteri bernama Mawardah ini? Kalau kau dapat melihat apa yg ada dlm hatiku, kau akan lihat luka yg telah kau calar2kan ini. - Mawardah


Rasa hiba memenuhi ruang dadanya. Hanya Allah yg mengetahui apa yg dirasakan saat itu. Selesai mengaminkan doa, menangis di riaan Hakim. Pertama kali dalam hidupnya, dia rasa terlalu kecil dan hina. Dlm waktu yg sama rasa berdosa dan bersalah mendesah dada. -Fatin

---------
Saya 'lahirkan' Mawardah dalam rupa dan jiwa yg tulus. Menjadi lambang ketabahan seorg insan bergelar isteri, yg sarat dgn cinta dan kemaafan. Tidak pernah menyakiti sekalipun dia disakiti. Kita akan tersenyum di saat dia tersenyum dan kita akan menangis di saat dia menangis. Di saat dia hilang, kita ikut mencari dan menyusurnya. Dia menjadi kekuatan dalam Di Hujung Ranting.
~Indah Hairani~

Wednesday, October 20, 2010

Sesuci Kasih Seorang Isteri

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Dzie Tyea
Sesuci Kasih Seorang Isteri
Penulis: Dzie Tyea
Terbitan Kaki Novel Enterprise
Cetakan Pertama 2010
RM19.00
Sabah/Sarawak: RM22.00
598 mukasurat


"Kita cuma mampu merancang,
Dia jualah yang menentukan segala-galanya..."


Sebenarnya aku terkedu dengan isu yg diketengahkan penulis ini berkaitan poligami yg berlaku di antara Zikri, Alishah dan Sofea. Pendekatan begini mungkin kita takkan jumpa dalam tipikal kisah2 genre begini dalam novel lain. Ini bukan sahaja cerita kawin paksa, tetapi juga kisah bagaimana watak hero cerita ini tersepit dlm menghadapi situasi begitu. Dia dengan rasa serba salah dan keterpaksaan itu tidak dapat ditolaknya.


Aku kagum dgn cara penulis menyulam kisah golongan pemeras di Turki yg berkait rapat dgn mengapa Zikri terpaksa berkahwin lagi walaupun dia cukup bahagia beristerikan Alishah yg merupakan pilihan ibunya.


Zikri tersepit antara kemahuan hati sendiri dan keselamatan keluarga abg kandungnya di Turki yg menjadi mangsa ancaman ala2 along pemberi pinjaman dan pemeras di sana. Demi menyelamatkan nyawa abgnya sekeluarga, dia menerima Sofea sbg isteri keduanya.


Heran jugak bagaimana Khaleed Mashur yg hebat dgn kekuasaan dunia gelap dia tu boleh biarkan puteri kesayangannya menjadi isteri kedua kepada lelaki melayu yg tidak dikenalinya semata2 kerana puterinya, Sofea berkenan sangat dgn Zikri yg budiman. Sofea mungkin tidak tahu yg ayahnya menggunakan kekerasan yg amat kejam utk menjadikan Zikri sbg suami Sofea malah memeras ugut Zikri dgn menyiksa anak saudara Zikri semata2 mahukan Zikri menyentuh Sofea dan menjadikannya isteri dalam erti kata sebenar.


Sofea tahu tentang kewujudan Alishah dan Zikri tidak mahu Alishah tahu kedudukan Sofea dlm hidupnya kerana dia tahu Alishah tidak suka dimadukan. Keterpaksaan bertukar menjadi tanggungjawab walaupun dia amat berat sebelah dalam memberi keadilan kepada Sofea kerana dia lebih sayangkan Alishah yg mempunyai ciri2 isteri sejati dan muslimah. Sofea juga mempunyai kelembutan tersendiri sbg isteri yg baik walaupun pada mulanya perwatakannya seperti tidak stabil.


Isu ni mungkin terlalu berat bagi mereka yg sukakan kisah kontemporari yg lebih jiwa-jiwa. Bagaimanapun, bagi yg mencari 'rasa' yg berlainan, mungkin cerita ini mampu memberi rasa segar.


Tahniah buat penulis.


sure fine whatever
rinn



blurb/sinopsis belakang buku:


Isha... walau apa pun yang terjadi, cinta abang hanya utk sayang. Ampunkan abang kerana menduakanmu. Sesungguhnya manusia cuma mampu merancang, Dia jualah yang menentukan segala-galanya.


Sofea... hadirmu bukan pintaku. Tetapi mengapa kau sanggup memburu cintaku walaupun kita tidak pernah saling mengenali? siapa aku sebenarnya padamu?


SESUCI KASIH SEORANG ISTERI... luahan hati dari kaca mata seorg suami yg berhadapan dgn dugaan hidup di alam rumah tangga. Luahan hati yg bisa menyentuh perasaan anda.


Saturday, March 6, 2010

Kuserahkan Kasih

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Fida Rohani
Kuserahkan Kasih
Penulis: Fida Rohani
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
RM17.00
448 mukasurat
isbn: 978-983-124-475-3

Halamak! Citer poligami! bermadu! hmm nak baca? tak baca? nak baca? tak baca? Sekali sekala baca citer-citer macam mungkin boleh mencambah minda sikit tak? hehe... Sebagai pembaca santai, memang aku akan fikir banyak kali sebelum baca naskah yg heavy mcm ni yg membawa tema yg aku tak gemar. Aku ni kan suka kisah-kisah cinta asyik mahsyuk, poligami bukan isu kegemaran aku dalam novel.


Tapi entah macam mana aku boleh ralit menghayati kisah yg garapan Fida Rohani ni. Naskah ini kelihatan kecil berbanding novel2 alaf yg lain tetapi kesannya sangat besar. Ceritanya menyentuh hati dan ada pengajaran yg penting untuk kita kutip di sepanjang pembacaan. Ia adalah kisah realiti yg ada dalam masyarakat kita.


Intan yang menjadi pendokong utama kisah ini adalah seorang yang sangat penyabar. Dia meletakkan rasional dalam menimbang persoalan yang bergolak dalam hidupnya. Dia bermadu tiga dan suaminya seorg Datuk (dia isteri kedua). Tetapi di suatu sudut kehidupan ada madu tiga yang jauh beza dengan keadaan hidupnya. Bahagia mereka bertiga membuat Intan menyimpan angan yang takkan menjadi kenyataan.


Salina adalah isteri yang setia dan sempurna buat Zarul. Tetapi Salina tidak dapat menerima poligami walaupun keinginan itu timbul di hati Zarul atas dasar simpati kepada seorang sahabat lama. Peristiwa itu telah menjadikan Salina seorang isteri yang mengongkong pergerakan suami, dia sudah hilang kepercayaan pada Zarul. Zarul tertekan dan mula mencari cinta baru. Cinta baru yg memusnahkan hidupnya. Barulah dia rasa perbezaan antara beristerikan Salina dgn beristerikan Norhanah. Norhanah tu memang dah macam psyco.


Jasmin. Dia ni baran. Walaupun bermadu, dia mahu lebih dalam segala-galanya. Dia nak menguasai suaminya, Farid dengan apa cara sekali pun, walaupun menyebabkan syirik dan sanggup beromen ngan tok bomoh hensem. Azura gadis yg penuh sopan santun berbanding Jasmin yang agresif. Farid, walaupun dia melebihkan Jasmin demi utk menjaga hati, tetapi dia tak pernah mensia-siakan Azura. Namun Jasmin yg sudah kerasukan syaitan telah memusnahkan ikatan suci mereka.


Tiga perenggan di atas adalah antara kisah yg dipaparkan dlm novel ini. Jasmin, Salina dan Intan saling mengenali dan mereka terjebak dalam isu yg hampir sama dalam kehidupan masing-masing, poligami. Intan sentiasa menjadi tempat mengadu kerana dia telah 20 tahun berpoligami. Kerjayanya sbg wartawan yg memaparkan isu-isu poligami juga telah memperkayakan lagi pengalaman Intan. Kata-kata nasihat Intan sukar direalisasi Jasmin dan Salina kerana mereka bukan Intan. Mereka ada sikap dan persepsi tersendiri tentang poligami.


Intan mengupas isu poligami dalam rencananya. yg positif yang negatif diseimbangkan, malah cerita side lelaki dan cerita side perempuan turut diseimbangkan. Memberi pro dan kontra utk pembaca timbangkan sendiri.


Bagi aku, Fida Rohani berjaya melayarkan kisah ini dgn baik dan berkongsi pendapatnya mengenai poligami yang disulam dalam kisah-kisah menarik dan menyentuh hati dalam novel ini. Ceritanya padat dan tidak meleret. Setiap muka surat sarat dengan kisah yang tak sabar aku nak habiskan. Memang tido lambat la malam tu walaupun esok nya keje. Dan aku menutup buku ini dengan satu persepsi yang baru mengenai poligami.


Poligami adalah perkara halal yg ramai wanita tak suka. Tidak semua wanita boleh bahagia dalam bermadu. Tapi ada juga di kalangan mereka yg boleh berkongsi kasih dan berbahagia. poligami ni pun kena ada keserasian juga antara madu-madu. Bukan serasi dgn suami saja. Bahagia takkan tercipta kalau keserasian atau kemahuan utk serasi itu tiada. Yang aku dapat simpulkan, wanita dan lelaki sama saja, ada yang rasional dan ada yang emosional. Nafsu syaitan tidak pernah senyap dalam menggembar-gemburkan iri hati, hasad dengki dalam jiwa manusia. Poligami tidak salah, cara pengendalian situasi poligami itu yang menjadikan ianya positif atau negatif.


Intan mencari kisah poligami yang lain dari yang lain. Dia sendiri hidup dalam dunia poligami yg tipikal, yang selalu kita dengar. Isteri tua datin, benci isteri muda. Isteri ketiga pulak manja/gedik/sexy. Isteri kedua baik hati tapi tertekan. (Intan sentiasa menjadi isteri yg selalu menghiburkan hati suaminya dgn sikapnya kelakar walaupun masa dia bersama suami adalah sangat sedikit.)


Nora telah membawa dia ke suatu sudut kehidupan bermadu yang dia tak sangka ada bahagianya, ada syahdunya. Pertemuan dgn Kak Long, Kak Ngah dan Kak Su membuat dia terkedu, mereka bukan adik beradik, mereka adalah madu 3 beranak 19. Mereka bergurau senda bahagia dalam kehidupan yg serba sederhana.


Sepasang madu lagi pula ada kisah sendu. Si isteri tua kematian semua anaknya dlm sebuah kemalangan dan si isteri muda lah yg menjaga kebajikan dirinya yg sudah lumpuh. Masa eksiden tu mereka sudah pun bermadu. Suami mereka masih teguh menyintai mereka sehingga Intan sendiri tidak dapat meneka yg mana satu mendapat lebih kasih sayang dari lelaki itu.


ni adalah cerita utk org yg mahu berfikir. kalau nak cari kisah cintan cintun, jiwang lari2 di taman bunga..., tak derrrrr... apa2pun aku rasa isi cerita ini menarik, tambah2 kisah hidup Salina dan Zarul. Aku puas hati dengan ending untuk ketiga-tiga watak utama cerita ini :)


Aku tak sangka dgn cara penulis mengaitkan Norhanah (isteri muda Zarul) dengan Intan, Salina dan Mila. Mila tu adalah isteri yg dipilih Salina untuk bekas suaminya, Zarul. Norhanah tu anak saudara Datin yg jadi madu Intan. Dia pernah cemuh Intan sbb bekahwin dgn suami orang, tapi dia tu pulak gi kawin ngan Zarul, suami Salina sampai Salina bercerai. Tapi last2 Zarul pun dah tak tahan dgn perangai Norhanah yg nak menguasai segala-galanya, lalu diceraikan dan dia menerima cadangan bekas isterinya Salina, supaya dia berkahwin dgn Mila (kawan lama Zarul yg kematian suami dan beranak satu). Bila Norhanah nak gi mengamuk kat majlis perkahwinan Zarul, dia hampir pengsan bila nampak pengantin perempuannya adalah Mila. Mila tu rupa2nya sepupu Norhanah dan Norhanah ni pernah menfitnah Mila sehingga dibuang keluarga. Norhanah pernah merampas tunangan Mila, tapi sekarang secara tak sengaja Mila merampas suami Norhanah. Rasa mcm fair and square pulak. and oh, Salina kawin ngan ustat kat masjid yg dia selalu pegi. Ni musim heroin novel kahwin ustat ke? huhu...


adeh lenguh tangan taip...


sinopsis/blurb:


BERADA dalam pelukan suami, serasa dunia ini telah dimiliki. Itu yang dirasakan Jasmin sepanjang hidup bersama Farid. Namun, dunianya bergoncang dengan kehadiran Azura sebagai isteri kedua. Kerana sakit hati suami menduakan kasih, dia bertindak ‘menunduk kan’ Farid supaya tidak lupa jalan pulang.



Tempias orang ketiga turut dirasai Intan Fariha, seorang wartawan majalah. Setiap hari dia melihat deraian air mata isteri-isteri yang dimadukan. Namun, dia sendiri terseksa kerana berkongsi kasih suami dengan dua wanita lain. Badai dan gelora yang melanda di hati hanya dia yang tahu. Terbukti, kata-kata di hujung penanya tentang poligami tidak semudah yang dilakarkan. Manis pada insan lain, tapi tidak di pihaknya...



Sanggupkah Intan Fariha membiarkan dirinya terus terluka sedangkan kebahagiaan itu boleh dimiliki tanpa lelaki bernama suami? Keputusan di tangannya. Atau tunggu saja bila akhirnya ijab kabul yang terpateri berkecai dengan lafaz talak!

Tuesday, September 9, 2008

Kerana Terluka

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Aida Adriani
Kerana Terluka by Aida Adriani
Terbitan Alaf 21
Tahun 2008


"Setelah kau balut luka ini mengapa kau jua yang merobeknya?"


Wan Anum Sofia. SAya rasa nama ini sangat gah, begitulah gahnya perwatakan Wan Anum Sofia dlm cerita ini dan saya ternanti-nanti 'aksi-aksi' Wan Anum Sofia dalam kisah ini. Tapi saya agak kecewa kerana watak itu berlegar sekitar suku buku saja sebab kisah ini lebih kepada conflict perkahwinan Rahsia Nudra-Iskandar dan Iskandar-Lissa.


Wan Anum Sofia ni nenek Nudra, tokey kedai emas yg kaya raya. Nudra yg disangka lahir dari perbuatan sumbang anaknya, dibenci sepenuh hati.


Nudra ni baik, terlalu baik sehingga boleh diperkotak katikkan sesiapa saja. Dia sentiasa bersikap menerima saja apa yg ada. Memang la baik tapi most of the time menjadikan hati sakit sbb dia seperti enggan mempertahankan diri sendiri. Saya tiada masalah dgn gaya penulisan Aida Adriani yang sangat2 matang dan kemas, cuma ceritanya saja saya kurang suka. Watak utama lelaki cerita ini, Iskandar, aduih.. dia ni mak dia tak bagi kawin dgn Nudra. Mulanya dia akur kerana dia sangat2 menghormati dan menyayangi ibunya, tapi kemudian dia tak dapat lg berjauhan dgn Nudra lalu nekad mengahwini Nudra. Ibu nya akur dlm terpaksa & dia mahu Iskandar merahsiakan perkahwinan itu. Ibunya memaksa dia mengahwini Lissa, sepupunya yg baru kembali ke agama Islam setelah sekian lama menghilangkan diri bersama ayahnya ke luar negara. Iskandar seperti separuh hati saja menolak. Dgn izin Nudra, dan tanpa pengetahuan Lissa, Iskandar memadukan dua wanita itu. MOst of the time Iskandar memberi alasan dia mengahwini Lissa kerana dia tak mahu melukakan lagi hati ibunya yg pernah dilukainya dgn mengahwini Nudra.


Lebih sedih lagi, Lissa ni dihantar belajar mengaji dan mendalami agama di rumah Nudra. Kesian la Nudra menahan rasa saja setiap kali tengok Lissa mesra dgn Iskandar. Iskandar pun layan jer dan buat2 mcm tak ada apa2 dgn Nudra. Lissa sgt menghormati Nudra.


Iskandar seperti tak kisah bila tiba2 saja menghilangkan diri (dengan alasan atas arahan ibunya yang tak mahu dilukai lagi setelah melukai hati wanita itu semasa mengahwini Nudra). Nudra ditinggalkan begitu saja tanpa khabar berita. Berbulan-bulan kemudian, dia terasa rindu pada Nudra lalu kembali ke rumah Nudra (Lissa yg sedang sarat mengandung ditinggalkan di luar negara). Balik la kat Nudra dlm 4 hari, lepas tu dia kembali semula kepada Lissa kat Jerman. Edeh, edeh.. edeh.. dok taip ni pun rasa sakit hati. nampaknya, demi ibu terssssssayang dia sanggup melukakan hati 2 wanita yang baik. Berbaloikah lelaki yg mcm ni? SEdih betul mengenangkan keadaan Nudra yg pregnant selepas kembalinya Iskandar ke Jerman utk bersama dgn bini mudanya yang bakal melahirkan anak bila2 masa.


Saya rasa perkahwinan dgn Nudra adalah satu kesilapan. Dgn mengahwini Lissa dia mampu menyayangi Lissa dan seperti melupakan Nudra, dan bila bersama Nudra dia boleh melupakan Lissa.


Pertengkaran antara Iskandar dan ibunya membongkarkan segala2nya ke pendengaran Lissa. Dia langsung tak dapat menerima hakikat dia bermadu dgn Nudra. Dia mahu Is membuat pilihan. Iskandar ni memang la penyayang tapi tak ada pendirian, sebab tu dia tak mampu berlaku adil.


Iskandar tu tak der pun nak gi cari Lissa yg menghilangkan diri, selepas Nudra pujuk, barulah dia pi cari.


Satu lagi watak yg saya tak berapa suka adalah watak Munirah, ibu Nudra yg tak bersungguh-sungguh mempertahankan diri dgn kisah sebenar sehingga menimbulkan tanggapan yg Nudra tu anak luar nikah. sebenarnya ibu Iskandar tak suka Nudra sbb Nudra tu anak luar nikah. Dari suka sangat2 jadi benci sangat2.


aik? awat review ni jadi panjang? rasanya kisah mcm ni la yg saya susah nak lupa. hehe.


sure fine whatever
Rinn


Sinopsis belakang buku:


NUDRA HANEEM... hidupnya sering saja diduga. Bahagia baginya bagaikan bintang yg bertaburan di langit; indah tetapi tidak tergapai dek tangan. Sedari kecil hidup tanpa kasih sayang ibu & ayah, sekadar menumpang kasih org dan bila dewasa, kasih dan cintanya diuji lagi.


kehadiran ISKANDAR memberikannya kebahagiaan di saat diri memerlukan perhatian. Namun rahsia keluarga yg tersimpans ekian lama telah menguji kasih iskandar padanya. Atnara kasih ibu dan kasih kekasih yg manakah harus dikorbankan? demi maruah, demi agama, sanggupkah cinta jadi taruhan?


"Cinta bukan matematik Nudra. Satu cinta bahagi dua bukannya setengah."


"Saya juga bimbang Is, kalau kekuatan saya hilang dalma keadaan payah begini."


bukankah cinta memerlukan pengorbanan? Ah... tapi tidak selamanya hati teguh andai cinta terus-terusan diuji. Sekali terluka parutnya tinggal sampai bila2. lalu apa lagi yg terbaik selain nekad mengikut kata hati? Kerana... itu adalha lebih baik daripada merelakan diri hidup bahagian dalam kepura-puraan!


RM 19.90
ISBN: 9831243536