Saturday, March 6, 2010

Cintaku Satu

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Emy Hazza
Cintaku Satu
Penulis: Emy Hazza
Terbitan: Kaki Novel
Cetakan Pertama: 2009
isbn: 9789675067181
RM18.00
Sabah/Sarawak: RM21.00
434 mukasurat


"usah lagi diragui cinta suciku, yang diciptaka untukmu"

Penulis baru, graduan luar negara. Dah macam trend pulak graduan luar negara tulis novel melayu. Tapi dari insan2 macam nilah kita berpeluang menjengah cara hidup pelajar2 di luar negara. Saya rasa inilah yg penulis nak share serba sedikit pengalamannya di sana.


Kisah ini kedengaran biasa dan mungkin boleh termix up dgn cerita-cerita lain yg ada latar yg sama. Penulis juga memilih kejadian 'patah hati akibat cinta' untuk membawa watak heroin nya lari ke USA untuk menyambung pelajaran.


Gaya penceritaan yg sangat berhati-hati dan teratur. Membaca sinopsis/blurb di belakang novel sudah cukup untuk menceritakan perjalanan kisah ini. Lega pulak rasanya dapat baca buku yg diselitkan dialog english yang baik. Mungkin sebabagak kerap membaca novel melayu yg diselitkan dialog2 bahasa inggeris yg membuat saya pening. Pada pendapat saya, lebih baik buat semua dlm bahasa melayu unless kita betul2 sure english tu betul. at least bahasa inggeris yang biasa2 pun ok ja.


Nak tau citer tentang apa? Kisah ni tentang Nur Hanna yg sudah bertunang dgn Adli. Walaupun dia mendengar cerita Adli ni selalu kuar ngan pompuan lain, dia pekakkan telinga sbb dia yakin dgn cinta Adli, hinggalah satu hari tu dia nampak sendiri dgn mata kepala dia, Adli beramas mesra dgn pompuan lain di tempat awam. Terus Hanna decide utk putuskan pertunangan tapi Adli tak nak dan hampir2 meragut kesucian Hanna. Nasib baiklah dia diselamatkan oleh Azril.


Adli mengambil peluang itu utk menyebarkan fitnah tentang Hanna sebelum Hanna menghantar perutusan memutuskan pertunangan hingga keluarga Hanna sendiri meragui kesucian dirinya. Geram jugakla dgn Hanna tu sebab tak cerita awal2 tindakan Adli yg melampau tu sbg alasan utk putus tunang. Last2 dia sendiri yang menanggung malu akibat fitnah si Adli.


Cerita sebenarnya akhirnya sampai ke telinga ibu Adli dan dia menyesal melepaskan bakal menantu sebaik Hanna. Agak tiba-tiba lah perubahan ibu Adli sbb kita tak diceritakan bagaimana ibu Adli tau semua tu. Tapi at least dia dah tau lah apa yg sebenarnya berlaku dan anak dia tu yg jahat.


Azril memang tak menyembunyikan perasaan dia pada Hanna. Hanna tu baru frust so amik masa sikit utk terima cinta Azril. Azril pulak biler dah tau famili dia memang merancang nak kahwinkan dia dgn sepupunya, Marina, dia tak perkenalkan Hanna pada famili dia awai2. Azril seperti melengah-lengahkan utk introduce Hanna kat famili dia. so terjadilah salah faham di pihak Hanna sbb Marina tu memang introduce diri sbg bakal isteri Azril. Maka double frust lah si Hanna. Dia rasa dia mudah ditipu lelaki. Hanna lebih senang membuat kesimpulan sendiri daripada bersemuka dgn Azril utk kepastian.


Sebab tulah Hanna bawak diri sambung belajar kat USA. Di sana Hanna bertudung. Dan di sana jugak dia berkenalan dgn Sean yg mengingatkan dia pada raut Azril. Hanna dah dua kali frust dan dia macam tak serik. Walaupun dia tak mengaku menerima Sean atau tidak, tapi tindakan dia melayan saja Sean membuatkan Sean perasan Hanna memang nak kat dia. Elok lepas Sean meluah perasaan dan melamar, Azril muncul. Hanna nyaris2 dah nak terima Sean. Rupa2nya Sean ngan Azril adik beradik. Instead of berterus terang ttg segala2nya, Azril ngan Hanna berpura2 saling tidak mengenali. Mungkin tak nak sakitkan hati Sean.


Lepas Hanna pakai tudung barulah banyak pulak scene pegang tangan/peluk/cium pipi semua tu. Rasa agak kurang selari dengan perubahan positif Hanna. Malah ada jugak scene yg Hanna membenarkan Sean masuk ke rumah dia sedangkan masa tu diorang berdua jer.


Aku suka Sean tapi memang Azril lah lebih sesuai bersama Hanna tu. I kinda
hoping Sean bertemu dgn Lina, adik Hanna tu. Sweet!


Aku dapati penulis ni ada kelebihan dlm menangani penceritaan kisah villain atau org jahat seperti watak Adli dan Marina. Dia berjaya mencetuskan rasa
geram,resah dan sakit hati pada watak2 gelap tu. Tak semua penulis ada kelebihan seperti ini. Even watak tegas ibu Azril pun diceritakan dengan baik sekali dengan bantuan dialog yang mudah dan menyakitkan hati. Tapi terlalu sedikit penulis memanipulasi kelebihan itu dan 'kejahatan' watak-watak itu kelihatan hilang begitu saja.


Apa-apa pun, all the best buat penulis and i look forward to reading more books by this author. (wah! omputeh tu! ntah la betui ker tidak sbb tak der editor, hehe)


sinopsis/blurb:


Nur Hanna kecewa dgn sikap tunangnya, Adli yg tidak setia. Sejak itu dia sukar
utk mempercayai lelaki. Azril, lelaki gentleman, hadir sbg penyelamat kpd Nur
Hanna di saat dia dikasari oleh Adli. Semenjak itu Azril terus menghulurkan
tangan utk Nur Hanna gapai dan genggam selamanya. Namun, bagi Nur Hanna, lelaki
semuanya sama. Benarkah sudah tidak wujud lelaki baik di dunia ini? Sudah tidak
adakah lagi lelaki melayu terakhir utknya?


Di dalam keraguan, Nur Hanna belajar utk cuba menerima Azril. Malangnya sekali
lagi Nur Hanna kecewa di tangan lelaki. Punahlah hati dan luruhlah perasaan
cinta yg sudah mula bersemi. Nur Hanna membawa diri ke USA dgn alasan
melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana. Ketika itulah dia berbaik dgn Sean.
Jadi betullah sudah tidak ada lelaki Melayu terakhir utknya. Patutkah dia
menerima lelaki mat salih ini? Adakah jaminan yg Sean lebih baik daripada Azril
dan Adli?


Di kala Nur Hanna sedang menimbang lamaran Sean, tiba2 Azril muncul kembali.
Dunia ini tidaklah sebesar mana pun utk Nur Hanna menyembunyikan diri. apakah
petandanya ini? Adakah jodoh Azril dan Nur Hanna terlalu kuat walaupun berpisah
beribu batu? Adakah mereka telah ditakdirkan utk brsama? Apa yg penting, adakah
hati Nur Hanna dapat meyakinkan dirinya untuk menerima manusia bernama lelaki?
Sudah redakah keraguannya terhadap lelaki kerana takut dikecewakan lagi? Apakah
cabaran seterusnya sekiranya dia mengambil keputusan utk membuka hatinya
menerima lelaki? Berjayakah dia menemui cinta sejati?

2 comments:

  1. Terima kasih dengan komen Along. Saya masih belajar dalam bidang penulisan ini. InsyaAllah saya akan menghasil penulisan yang lebih baik selepas ini. Dengan adanya pembaca seperti Along membuatkan saya lebih bersemangat untuk terus berkarya. Thanx again

    ReplyDelete
  2. terima kasih jugak buat emyhazza sbb sudi menjengah ke sini :) semoga terus aktif berkarya :)

    ReplyDelete