Friday, March 26, 2010

Novel Terbaru di Pasaran

Most of this books dah ada kat pesta buku :) kot2 la ada yg nak pegi book hunting esok! ;)

Matahari Cerah Lagi
Penulis : Fauziah Ashari
Penerbit : Intens Idea
Harga : RM21.90


"hangat dan dingin bersatu di hati tatkala wajahmu melayari ruang mindaku"


Sinopsis :

Suha menempuh kehidupan terpencil berbanding rakan seusia. Dikongkong oleh Saidah yang diamanahkan menjaganya demi melampiaskan tamak haloba ke atas harta pusaka. Kongkongan menjadikan dia dewasa keseorangan, terabai daripada segala-galanya, dinafikan pendidikan malah lebih memilukan dia tidak dapat mengatur masa hadapannya lalu dipaksa menerima kehadiran Yem.


Namun, naluri semula jadi mengatasi kekangan psikologi, tetap mengambil tempatnya tatkala dia bertemu Munir, lelaki separuh abad yang membawa sinar
secerah matahari pagi. Tetapi malangnya, Munir dirundung tekanan jiwa yang amat parah. Berdendam dengan anaknya sendiri, Adam yang membesar bersamanya di samping tiga anak yang lain. Akhirnya Munir tekad menyunting Suha dek kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar.


Adakah Suha terus nestapa?


Mengapa Adam menjadi mangsa dendam?


Dan...


Mampukan Yem menggapai cintanya?


Matahari Cerah Lagi membuka tabir, seorang gadis terabai hidupnya namun tetap
mendambakan cinta... Suha.


Matahari Cerah Lagi menzahirkan cinta yang tidak sewajarnya wujud... Adam.


Matahari Cerah Lagi mengupas perspektif cinta yang telus... Yem.


Matahari Cerah Lagi menelusuri psikologi seorang yang kehilangan cinta... Munir.

------------------

Megalomania 3
Penulis : Fatinilam Sari Ahmad
Penerbit : CESB
Harga : RM21.90

"aku tetap bangkit berdiri walaupun tersungkur berkali-kali"

Telah aku tinggalkan memori bersamamu. Memori indah yang tidak akan berulang kesekian kalinya. Walaupun dibelit duka, diselit sembilu aku harus teruskan
hidup bersama dia. Cukuplah sampai di sini rindu ini. Namun, cahaya yang diharap apabila bersamanya hanyalah suram bak malam tanpa bintang. Aku tidak beerti
baginya, Abang Farhan…. Jika kau menderita di sana, aku terseksa di sini.


Diseksa zahir dan batin tanpa belas oleh dia kerana dendam yang tiada berkesudahan. Siapakah yang bersalah? Aku yang terpaksa memilih atau takdir yang
memisahkan kita, Abang Farhan? Sampai bilakah penderitaan ini akan berakhir.


---------------
Aku Yang Terluka
Penulis : Wannie Nordin
Penerbit : CESB
Harga : RM39.90

"bagiku penantian itu bukan satu penyeksaan"


Dan kebencian itu terus menghambat diriku ke mana-mana sahaja sehingga menjadikan aku insan yang takut untuk mengenal erti jatuh cinta. Aduhai... sesungguhnya aku adalah seseorang yang begitu bodoh untuk memahami dan
menghargai setiap pengorbanan dan detik yang indah sehingga keindahan itu telah hilang semuanya. Tetapi percayalah... diri ini memang pernah jatuh cinta. Tetapi dengan siapa? Dengan Syahbani yang mengajar tentang keindahan cinta monyet di alam persekolahan ataupun dengan Idham yang mengajar erti pengorbanan sahabat sejati. Dan cinta? Adakah benar cinta itu bermula dari persahabatan.

---------------

Percaya ada cinta
Penulis: Ryana Adrina
Harga: RM18.00
Halaman: 480
ISBN: 978-983-124-513-2


Sinopsis: BERADA di dalam lingkung an keluarga sendiri, terasa diri bagaikan orang a sing. Sejak kecil, jiwa Wafi ya men derita. Diri seolah dinafi kan hak sebagai anak kandung apabila ibu bapa sendiri menyayangi orang luar melebihi dirinya sendiri.

Entah apa silapnya hingga dia terpaksa membayar harga yang mahal demi meraih sebuah kebahagiaan. Dia didesak berkahwin dengan Arsyad, teman lelaki sepupunya.
Walaupun berat hati, dipaksa juga diri menerima pinangan tersebut. Dia yakin, Arsyad tidak mencintainya, malah pasti bahtera rumah tangga mereka tidak akan ke mana-mana!


Ternyata alam rumah tangga merubah segalanya. Dalam marah dan dendam, masing-masing saling mencuit hati, mengusik rasa. Wafi ya yang sengaja mengasingkan diri, tanpa sedar menyentuh jiwa Arsyad. Dalam keras, ciri-ciri kelembutannya tetap terserlah. Namun, bila harapan itu ada, badai taufan mula menampakkan diri, menghempas pantai, menjahanamkan sinar.


Bisakah dia mengecap nikmat bahagia, atau bahagia itu sememangnya tidak tercipta untuknya?

-----------
Segalanya Kuterima
Penulis : ROSA NUR IMANI
Harga :RM 19.90
ISBN: 978-967-5489-22-8
Halaman : 528 hlm
Tarikh Terbit: 15 Mac 2010


Mereka dilahirkan dari rahim yang sama. Namun Zara tidak pernah menyukai ataupun menyayangi adiknya, Zarina. Kehadiran Iskandar di sisi Zarina membuatkan Zara cemburu. Dia ingin menakluki Iskandar hanya kerana lelaki itu dicintai oleh adiknya. Cinta yang tersungkur di tengah jalan membuatkan hati Zarina kecewa. Namun, dia tidak menanam benci terhadap Iskandar. Dia sanggup berkorban demi Iskandar. Baik Zara mahupun Zarina, masing-masing tidak tahu siapakah sebenarnya yang didambakan oleh lelaki yang menjadi rebutan mereka berdua. Siapakah perempuan bernama Daphne yang tiba-tiba sahaja muncul?


---------------
Seribu Rindu Untukmu
Penulis : SHAHRIAH ABDULLAH
Harga : RM 19.90
ISBN: 978-967-5489-27-3
~656 hlm
Tarikh Terbit: 31 Mac 2010


Sinopsis:
Maya seorang wanita berjiwa lembut tetapi tegas di luaran. Tidak pernah sekali pun seumur hidup mengenali apa itu cinta, walaupun cinta monyet! Selama 25 tahun
Maya memegang prinsip 'cinta tidak perlu di cari kerana cinta akan datang sendiri' kerana prinsip itulah Maya tidak pernah berminat atau teruja untuk
mengejar atau belajar apa itu erti cinta.


Dengan kecantikan yang dia miliki umpama diri seperti seorang 'Super Model' yang menjadi cemuhan dan cemburu dari rakan sekuliahnya. Maya terpinggir namun dia
masih ada teman sejati bernama Zura yang lincah genit dan menggoda.


Bermula dengan gurauan akhirnya Maya bersetuju menyahut cabaran Zura agar dia menulis kisah cinta tentang dirinya sendiri. Maya menyahut cabaran itu walaupun jauh di sudut hati bimbang dan risau sedangkan dirinya tidak pernah sekali pun bercinta dan tahu bagaimana rasanya bercinta.

------------

Castle Cinta Deaday
Penulis : INDAH HAIRANI
Harga : RM 18.90
ISBN: 978-967-5489-24-2
Halaman :496

 

Sipnosis:

Sejak kecil Hidayah mengalami krisis menilai identiti. Papa mengajarnya menjalani kehidupan seperti remaja lelaki manakala mama pula menginginkan dia menjadi gadis sejati. Memenuhi kehendak mama dan papa membuat dia pening kepala.


Krisis kemelut berlanjutan hingga kepada soal hati dan perasaan. Imran Hadi seorang yang berkarisma, tenang dan berkaliber. Dia senang dengan lelaki ini. Raziq pula lelaki ego dan sombong hinggakan mereka sering bertelingkah. Namun jika Raziq tiada, Hidayah akan berasa rindu. Siapakah sebenarnya yang berada di
hati Hidayah?


------

9 comments:

  1. hmmm.... mcm best smua tu kn???
    nanti bile dh sihatwalafiat...Ti nk carik Castle Cinta DeaDay & Seribu Rindu UtkMu... hehehe...

    ReplyDelete
  2. tula masalahnya semua nampak best, cuma isi poket jer kurang best :p

    ReplyDelete
  3. budget utk 2 bk ni masih ade lah... hahahah..
    if TERlebih beli nanti kene jeling dgn cik abg plak... **wink2**

    ReplyDelete
  4. ok la ti, bukan selalu mendapat jelingan. hehe.

    ReplyDelete
  5. makin produktif penulis dan penerbit sekarang ni. tu yang tertubi2 buku baru masuk pasaran.

    ReplyDelete
  6. sape yg dah bace novel anugerah cinta tbitan alaf 21????????best x??????huk999

    ReplyDelete
  7. belum. byk la tak baca lagi. huhu... too many books, too little time.

    ReplyDelete
  8. tapi duit kita pun bertubi2 nak kuor hahaha

    ReplyDelete