Friday, August 24, 2007

Bertakhta di Hati

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Marwati Wahab
Bertakhta di Hati by Marwati Wahab
Terbitan NHF Media

"Dalam dinginnya salji yang memutih, akukah sebenarnya yang telah menyalakan pelita?"

SEbenarnya dah lama saya nampak novel ni di MPH Alamanda, sejak saya mencari novel Atas nama cinta by Bikash Nur Idris. Kalau lah saya tau 'Marwati Wahab' tu adalah Aleya Aneesa, tentu la awal2 lagi dah beli. Kebetulan semasa surf blog A.A, ada entry pasal buku ni. Kebetulan pulak masa tu dekat2 dgn pesta buku alaf di premis alaf (30/6/07), so sempat la bawak ke sana utk di otograf :) Wah, 2 bulan wo peram buku ni baru sempat baca dgn tenang dan khusyuk.

Ekcili tajuk tu memberi makna yg besar kpd saya dan 'Jiwangans' di jiwangunited. Lagu tema Jiwangans tu. Tajuk lagu yg dinyanyikan AnF di Konsert ke 7 yg byk membuatkan jiwangans jiwang tergolek. btw dah 2 jiwangans queue nak pinjam buku tu.. huhu.. selamat berjiwang! Jiwangans yg lain, sila dptkan di pasaran! :)

Sebelum ni saya dah baca 3 karya Aleya Aneesa, 1.Semusim Rindu 2.Kasih Antara Kita 3.Janjiku Bersamamu

Bagi saya ketiga-tiga buku ini berada dalam kelas yang sama dan dlm komen2 saya ada menyebut tentang rasa tidak puas hati saya terhadap watak utama lelaki yang 'tidak konsisten' macam orang datang bulan la pulak hehe.. tapi sikap yg macam tu la yang buat kita rasa geram bila membaca.. honestly speaking, saya memang sentiasa menantikan cerita-cerita baru dari A.A sebab dia ada specialty dalam menulis cerita scene2 sedih dgn baik sekali. So saya tak ragu-ragu nak beli BDH ni.

Hasilnya? vah!! bravo! best! Saya rasa watak najmi ditulis dgn baik dlm buku ni, tiada langsung masalah konsistensi dalam perwatakan. Ngamlah dengan Rya! Hampir tak percaya yang Marwati Wahab dan Aleya Aneesa adalah orang yg sama. Bagi those yang enjoy 'love-hate' relationship memang wajib baca buku ni. And Aleya Aneesa masih ada sentuhan yang baik dalam menceritakan scene2 sedih dgn berkesan. Tangkap nangis!.. I look forward to reading her next book.

Cerita ni adalah tentang Rya yang ditinggalkan terkapai-kapai seorang diri selepas 3 hari bernikah dgn Najmi. Rya menjadi bahan tohmana orang kg yang mudah buruk sangka. Najmi terpaksa kerana mengikut kehendak ibu bapanya, dia terpaksa menurut tetapi dia memberontak dgn cara tersendiri iaitu dgn mengahwini sorang wanita inggeris di luar negara dan dapat anak lelaki bernama Aish. Ibu anaknya mahu hidup bebas dan tidak mempedulikan anak mereka. Najmi menjaga anak itu sebaiknya dan menceraikan isterinya. Najmi sentiasa mengingatkan Aish bahwa ibunya adalah Rya.

Rya pula makin sengsara setelah anak perempuannya meninggal dunia selepas dilahirkan. Dia mengumpulkan semula serpihan hatinya lalu melanjutkan pelajaran dan mendapat pekerjaan yang lebih baik. 7 tahun kemudian Najmi muncul semula menuntut haknya sebagai suami. Najmi bijak membiarkan Aish memainkan peranannya utk memikat hati keibuan Rya. Sengaja dibiarkan Rya akrab dgn Aish supaya senang dia mengikat Rya semula.

sure fine whatever
Rinn
5 bintang


Sinopsis belakang buku:

Najmi Syahadat... merenung wajah itu buat kali kedua, terasa seperti menoreh luka di hati sendiri. Bertahun-tahun masa berlalu, dia masih menanti penjelasan yang tak pernah kunjung tiba. Tapi lain yang diharap, lain pulak takdir yang datang. Lelaki itu hanya mampu mengungkapkan kata maaf untuk hidangan jiwanya yang parah.

Dan... dia sudah puas menangis suatu masa dahulu.. ditinggalkan orang tersayang rasanya sakit sekali. tapi ditinggalkan tanpa penjelasan, rasanya lebih sakit lagi. Pun, siapa dia mahu mempersoalkan semua itu? Sedangkan lelaki yg punya jawapan itu sudah membawa pergi senda tawa impian yang tidak sempat untuk ditunaikan.

"Merayulah, Najmi... menangislah selagi masih berupaya menangis. Hakikatnya hati sudah begitu jerih untuk mengembalikan janji itu. Aku tak akan pernah berpaling."

Itu tekad Khairunasrya, tekad seorang yang pernah membilang tangga demi tangga walaupun ketika melangkah, hatinya sudah lama mati.

RM19.90
597 mukasurat
5 bintang

5 comments:

  1. dah dlm personal libry....
    "Merayulah, Najmi... menangislah selagi masih berupaya menangis. Hakikatnya hati sudah begitu jerih untuk mengembalikan janji itu. Aku tak akan pernah berpaling."...ayat ni yg menarik minat untuk membaca novel ini...tak ramai yg mampu setabah Rya menghadapi musibah..
    Najmi >> anak yg baik kerna menjaga aib kedua ibu-bapanya walau terpaksa berbohong kepada Rya....tapi i still hate that he tinggalkan istri yg baru dinikahi without any valid explaination and he expects his wife to welcome him back into her life after 7 yrs with 'open arms'...hmmm...menjaga aib seseorang itu penting tapi kita harus juga melihat keadaan kita... i think Najmi shld hv just explain the truth to Rya..(tapi nanti citer cepat tamat pulak!! hehehe)..

    ReplyDelete
  2. conflict yang diwujudkan penulis agak biasa tetapi penyampaiannya tu membuatkan saya rasa geram dan tak sabar nak habis kan :)

    ReplyDelete
  3. akak bc novel nie sampai basah sehelai tuala.......sedih sgt tapi memang best la.........

    ReplyDelete
  4. amboi... sakan kak atie.. ni guna tuala mandi ker tuala muka ni? fuh...

    ReplyDelete
  5. dah bertahun kubawa secarik kertas bertulis: tajuk-bertakhta dihati..kedai demi kedai aku singgah..x jugak jumpa..last2 terjumpa kat mph midvalley..tapi cover lainlah pulak..tajuk..sama..penulis...sama..betullah 2..skank terbitan fajar pakeerlah pulak..cover..hancus...suram...tapi citernyer..best gak..geram gak kat c najmi perasan bagus tuh...cian rya...tapi xlah sedih smpi basah tuala cam akak kat atas tuh...baru tau tidur pun ader syahdu..hua..hua

    ReplyDelete