Thursday, August 2, 2007

Selumbar Kasih

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Naz Areesya Ameen
Selumbar Kasih by Naz Areesya Ameen
Terbitan Buku Prima.

Whoa.. banyaknya yang penulis nak citer dlm buku yang lebih 490 muka
surat ni. Memang bertimpa-timpa musibah atas kepala Ariana. Bagaikan
sudah jatuh ditimpa peti ais, baru nak escape, peti ais meletup!!! mau
tak mereng Ariana tu. hehe. :)

Cara penceritaan yg pantas macam ni dapat capture seluruh perhatian
saya tapi hati saya tak captured langsung. mcm mana ye nak cakap?
Kadang2 pembaca macam saya nak juga perasaan dibuai buai bila membaca.
Byk solid story tapi tak der bunga2.. ermm macam mana ye? aduih..
Penulis telah merancang peristiwa demi peristiwa dlm buku ini dengan
baik dan cukup besar impaknya pada watak utama, tapi tu la.. mungkin
cara penyampaian la kot.. apa yg saya rasa hampir saya dgn perasaan
saya lepas baca buku 'cinta syaza' dulu. Walau bagaimanapun, saya rasa
tentu ada peminat novel yg gemar citer yg tidak berlengah-lengah
seperti ini.. pantas gitu.

Kisahnya, tentang Ariana, seorg anak yatim yg dipelihara oleh keluarga
angkatnya. Amirul, abg angkatnya syok kat dia n nk kawin dgn dia, tapi
tanpa pengetahuan sesiapa Amirul rupa2nya sudah berkahwin dgn
sekretarinya, sofea lepas kena tangkap basah. Sofea adalah isteri yg
baik dan cantik. Tapi Amirul tetap nak kawin dgn Ariana dgn alasan,
ARiana tu cinta pertamanya. Kekasih Ariana, Danny, curang semasa di
oversea, dia pulang membawa aweknya yg pregnant.

Ariana sayangkan Haziq, anak Iskandar, kehadiran Ariana mencuri hati
Is tapi mak Is tak suka, Datin Noni tu upah sepupu Is utk perangkap
Ariana dan tangkap gambar dia separuh bogel utk menunjukkan kpd Is
yang Ariana bukan gadis yg baik utk dijadikan isteri. Is mula
menjauhkan diri. Utk mengelak berebut kasih dng Anita yg syok kat Is,
Ariana mengaku akan berkahwin dgn Amirul. Sebelum bernikah dgn Amirul,
Danny memperkosanya. Malam pertamanya dia dpt tau Amirul sudah
beristeri dan tak benarkan Amirulnya menyentuhnya tanpa izin.

sebenarnya byk lagi yg berlaku sepanjang citer setakat di atas tapi ni
dah diringkaskan.. kiranya ni tak sampai separuh dari cerita lagi. ada
banyak lagi.. Haziq yg kecil meninggal dunia..

Amirul pulak tak tahan nak tunggu Ariana lagi, dia memperkosa
isterinya walaupun dia lebih byk spend masa dgn Sofea yg mengandung.
Ayah angkatnya pulak meninggal dunia dlm satu kemalangan. Serangan
angin ahmar menjadikan ibu angkatnya berkerusi roda. Sofea then
meninggal dunia lepas melahirkan Sara. Sofea mengamanahkan Sara dan
suaminya kepada Ariana. Kehadiran Sara membuat Ariana bahagia, tapi
bahagia tak lama bila dia terserempak dgn suaminya tengah
berasmaradana dgn sekretari barunya, sorang janda cun, dgn alasan
Ariana tak mempedulikannya kerana lebih menyayangi ibu nya dan
anaknya, Sara. Mang alip kuk betui Amirul tu, yg Ariana dok jaga tu
anak kandung dan ibu kandung dia! tu pun nak komplen.

Ariana nekad meninggalkan rumah bersama Sara, tapi mereka ditimpa
kemalangan dan Sara yg berusia 4 tahun meninggal dunia. Ariana trauma
dan mula menunjukkan bibit2 kemerengan. eh before that, mak dia
meninggal dulu.. sakit.

Lepas tu kan.. amirul dpt tau sekretari dia yg gatai2 pi telefon
Ariana bgtau Amirul berkahwin lain sedangkan tu fitnah. Dia pegi
serang pompuan tu kat rumah dan telah membunuhnya. Dia dihukum mati.
Ha.. cecah muka surat 300 Ariana kehilangan seluruh ahli keluarganya..
ibu, ayah, anak dlm kadnungan, sara dan suaminya.

Fakrul, peguam aruah suami Ariana mcm syok kat Ariana, tapi rupa2nya
dah beristeri, ni sekor lagi mang alip kuk. Dlm keadaan mental yg tak
berapa nak center tu, Adam yg masih muda turut menaruh hati pada
Ariana. Is jugak kembali menagih cintanya selepas menceraikan isteri
pilihan ibunya yg curang dgn lelaki lain. Aleeya anaknya dijaga penuh
kasih sayang supaya tidak menerima nasib yg sama seperti haziq. masa
kemunculan watak 'Leeya' yg comel tu i was hoping, jgn la budak ni pon
dimatikan wataknya. Rupa2nya adam tu adik kandung Ariana dan Anita tu
kakak tirinya. Ariana kembali berkeluarga. Daniel mati sebab aids.
padan muka. Ariana ni pemaaf betul. Cikgu Zaitun rakan guru di
sekolah, ibu Danny yg selalu sakitkan hatinya, Datin Noni, semuanya
dimaafkan dgn mudah.

Byk pulak watak kanak2 dimatikan dlmbuku ni. Terasa mcm ada yg tak
kena kerana kronologi kisah penuh dugaan yg seberat ini, tak ada satu
scene pun yg menyentuh emosi saya utk turut sama bersedih dan
menangis. kalau diikutnya, saya ni sensitipla jugak.. kalau yg sedih
tu mesti termenangis. Apa2 pun.. citer ni happy ending :)

sure fine whatever
rinn

Belakang buku:

MEmbesar di rumah anak yatim membuatkan Ariana mudah berasa simpati
dan kasih terhadap kanak2 yang senasib dengannya. Keakrabannya dengan
kanak2 malang bernama Haziq membuatkan Ariana tersepit antara kasih
Haziq dan cinta Iskandar. Namun, hati Ariana sudah dimiliki oleh
jejaka yang tak setia bernama Daniel yang telah melanjutkan pelajaran
ke luar negara.

Bagi Iskandar, Ariana memiliki ciri-ciri wanita yang dicari. Kehadiran
Ariana membuka pintu hati Iskandar yang telah lama terkunci selepas
pemergian Fatihah, isteri tercinta. Datin Noni, emak Iskandar tak
merestui hubungan mereka kerana Ariana anak yang tidak diketahui
asal-usulnya.

Ariana terpaksa mengahwini Abang angkatnya Amirul kerana terhutang
budi kepada en. Rushdi dan Puan Rosmah yang sudi mengambilnya dari
rumah anak yatim dan memberikannya sebuah kehidupan baru.

Namun, pada masa yang sama, Daniel bekas kekasih Ariana telah menodai
Ariana sebelum hari perkahwinannya.

Rahsia Amirul terbongkar di malam pertama pernikahan mereka dan sejak
itu Ariana terpaksa menjauhkan diri dari suaminya sendiri. Bahagiakah
perkahwinan Ariana dan Amirul. Dan dapatkah Iskandar melenyapkan cinta
sucinya terhadap Ariana?

RM17.90
492 mukasurat

No comments:

Post a Comment