Thursday, August 2, 2007

Relevankah Aku di Hatimu?

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Rnysa
Relevenkah Aku di Hatimu? a.k.a RADHA by Rnysa
Terbitan Jemari Seni Publishing

Rnysa mempunya gaya penulisan yg membuai perasaan.. ralitnya baca..
kalau roomate tak tutup lampu semalam, rasanya boleh abih satu buku
tu. :) saya memang suka genre cerita yg dibawakan, sahabat jadi
kekasih. Pastinya lepas ni jadi pengunjung tetap blog Rnysa.

Kisah ni tentang 3 sahabat Ammar-Syah-Kaduk. Masa sekolah syah
menyimpan perasaan pada Ammar, Kaduk adalah sahabat baiknya yg sudah
punya buah hati bernama Ain. Meningkat usia mereka melanjutkan
pelajaran ke luar negara, Ammr & Kaduk ke UK manakala Syah di Jepun.
Masa berjauh syah semakin intim dengan Kaduk dan masing2 mula
menyedari perubahan perasaan masing2. Pertemuan semula setelah hampir
3 tahun tak bertentang mata membuahkan kebahagiaan. Tapi tragedi
meragut kegembiraan itu. Kaduk cedera parah dan mengalami masalah
ingatan. Tak lama utk Kaduk mengenang semula Syah yang mendpt tempat
di hatinya. Pd mulanya ibu kaduk kurang suka pada Syah kerana di
matanya Wawa lebih sempurna buat Kaduk. Tapi masa merubah segalanya.
Kaduk makin memahami hatinya dan nekad akan menjadi bakal suami dan
bapa terbaik buat orang yg paling disayangi.

sure fine whatever
Rinn

Sinopsis belakang buku:

Allah telah mengurniakan aku seorang sahabat yang baik umpama kejora
yang bersinar cerlang di celah-celah ribuan bintang di dada langit.
Nurul Akasyah, dalam ribuan insan yang ditemui, gadis itu cukup
memahami. Kala-kala aku luka, lalu dia jadi perawat yang
menyembuhkannya. Dan, kala-kala aku gembira, dia menyimbahkan
ketenagnannya.

Syah:
gadis unik yang terperangkap dalam dunia angan-angannya.

Kaduk:
'si rambut perang' yang budiman bekas ketua pelajar yang terbilang.

Mar Iskandar:
lelaki warak penambat hati sukar didekati.

Kisah persahabatan dari Taiping ke Tokyo ini, berteraskan ketulusan
bersandarkan hukum. Syah memang tidak pernah dewasa, namun ada sebab
kenapa dia harus jadi dewasa!

Salah diakah... kerana mengambil berat? Atau salah akukah... kerana
dalam diam menyimpan harap?

RM20.00
495 muka surat

4 comments:

  1. hahaha.....minat giler dgn citer ni!!!!! dah baca berkali222222 masih tetap tak bosan. unsur persahabatan yg berlandaskan keikhlasan dan keimanan boleh dijadikan sandaran....walaupun merantau jauh menimba ilmu...ugama tetap menjadi teras pegangan hidup...alahamdulillah..
    my personal favourite kerana ada unsur ugama yg diterapkan dalam citer ni.. by the way, ada sambungan citer ni dlm blog RNYSA...after Adam & Syah's marriage...tak sabar nak tunggu ARHAM muncul...

    ReplyDelete
  2. ada gak baca sambungan nya.. tapi nak ler baca versi novel bercetak. anis tak der novel baru ker? busy betul dia.

    ReplyDelete
  3. dah beli buku nih..tapi x bacer lagik..kene tgu giliran..beli sbb raser best pas bacer cinta sofea kat blog rnysa..selalu sgt kak rin dok ckp pasal e-novel..so saya siasat ler..nak terkeluau bijik mata nih nak mengabiskan satu citer...isk2 x elok ler bacer e-novel utk kesihatan mata..bacer gak..entah sumer citer kat blog tuh..raser cam best...tuh yg pg beli RADHA tu...tapi sumer watak kat citer rnysa nih ader kait mengait..sekali masuk watak dlm 5 thn 5 bulan..sayer agak ler diorang nih member kamceng kot..peach cobbler x tinggal..he..he..mmg ader unsur agama sket..biler bacer hati jadi damai dan insaf...

    ReplyDelete
  4. enovel ni once dah hooked susah ler nak tinggal. macam follow drama bersiri kat TV lah pulak.

    ReplyDelete