Sunday, August 26, 2007

Kenangan Mengusik Jiwa: Puduraya oh Puduraya


Tempat ni la yang aku selalu refer as
'X-Wing Base' huhu. Well aku ni hantu sci-fi jugak dulu. Memang layan habis citer-citer
sci-fi yg out of space tu.. sekarang ni dah kureng la.. Starwars, Farscape, Battlestar Galactica dan yg sewaktu dengannya memang aku layannnn. ni bukan nak citer pasai citer2 tv.

Saja jer nak share sikit pengalaman aku di Puduraya. Sejak bekerja di Putrajaya aku selalu balik ke 'mother planet' dua minggu sekali. Memang dah jadi rutin. Cuma kadang2 tu termiss la bila ada kerja atau urusan. tapi biasanya mmg aku akan usahakan balik kampung ni. Saja nak tengok mak dan adik2.

1. Kisah pertama ni terjadi semasa aku masih baru lagi di putrajaya, tapi puduraya bukan tempat asing bagi aku sbb aku dulu belajar kat Shah Alam, so selalu la berkunjung ke
Puduraya bila nak balik kampung.

Perkara ni rasanya terjadi pada ramai orang. Masa aku tengah tunggu bas kat Platform (kat tempat X-Wing masuk dock) tiba2 ada sorang lelaki datang kat aku dgn muka kesian citer yg dia kena pick pocket, abih hilang semua duit dia. Dia ni macam jenis lelaki lembut sikit, so ramah la bila dia bercerita. Aku dah penah dengar orang guna taktik ni utk dptkan duit. So aku just senyum tawar and naik ke atas. Aku tengok dia beralih cari orang lain.

Pada hari yang lain pulak, I was approached by the same guy. Tak susah nak ingat muka dia ni, tambah2 dgn gaya lembutnya. Dia mengulangi citer yg sama macam masa first dia
approach aku dulu.. hmm nampak sangat dia tak ingat dah kat aku ni, mungkin sebab dah banyak orang dia approach dgn cara tu utk mendapat kan wang. So jgn tertipu ok, selain drpd mamat ni, ada jugak sorang lelaki cina tua yg menggunakan taktik yg sama. Aku ada gak dengar orang perempuan pun ada guna taktik ni tapi aku tak kena lagi. Apek tu selalu guna taktik tak cukup lagi RM5 nak beli tiket ke mana-mana la yg dia rasa nk sebut.



2. Kisah kedua ni berlaku kat platform yg sama. Tiba-tiba jer sorang mamat kurus melengkung ni mai kat aku. Muka macam mat gian jer. Dia tanya aku "Kalau nak tanya boleh?" Aku tak der la fikir nak jawab apa. Aku terus geleng kepala. Satu perkara yg aku pegang, kalau kat puduraya ni jgn baik hati sangat. Biar nampak sombong.

Muka mamat tu yg tersengih terus tukar expresi muka marah dan jerit "eh kau kenapa? siap kau!" lepas tu tiba2 jer dia terus cross ke platform sebelah. Tercengang cengang aku.. apa hal mamat ni tiba2 nak marah. datang bulan ker hapa. Tapi rasa takut tetap ada, berdebar-debar, rasa darah menyerbu ke muka.. satu badan rasa seram sejuk macam nak demam.

Aku tengok dia approach sorang lelaki lain kat plaform sebelah, penuh perasaan dia citer sambil tangan dia menunding beberapa kali ke arah aku dgn muka geram. Aku nak pikir pun tak buleh sbb otak aku macam tak berfungsi. Pastu dia pi kat platform lain, dia buat perkara yg sama. Aku terus naik semula ke atas dan pegi toilet, tukar tudung, pakai siap2 jacket, bagi appearance nampak lain sikit. ntah la naper, tu jer yang aku terfikir nak buat. Aku memang rasa takut masa tu, ntah apa la mamat tu cakap kat orang2 tu. Takotttttttt! dah la aku ni selalu travel sorang kalau balik kg.

3. Ada sekali tu aku tengok pergaduhan kat platform yg tak jauh dari platform yang aku dok tunggu bas. Driver bas gaduh ngan sorang penumpang cina yg macam tak puas hati. Dia sengaja menghalang penumpang2 lain naik bas tu utk tunjukkan protes. protes apa aku tak sure, biasanya kalau orang nak tension kat situ pun mungkin sebab dah lama tunggu bas tapi tak sampai-sampai. Gaduh jerit2 macam budak2 lah pulak. Pergaduhan tu selesai lepas polis bawak lelaki cina tu pergi.

Dulu aku ni tak sabaq gak bab tunggu-tunggu-tak-mai-mai nih. Bas tulih pukul 7.30, pukul 9 baru naik bas.. memang bara. tapi bila dah lama-lama ni aku dah jadi biasa dan cool. melatih diri bersabar jugak benda2 macam ni.

4. Bab beli tiket bas lain, kena naik bas lain ni aku  dah kena lebih dari sekali. MAsa tunggu kat platform akan ada sorang lelaki berwalkie talkie minta tiket dan ditukarkan dgn tiket syarikat lain dan kemudian semua penumpang diajak tunggu bas di luar puduraya. Aku no hal lah, tapi kadang2 tu kesian tengok pakcik2, makcik2 yg dah tua terkejar-kejar jalan keluar puduraya ikut laluan bas. Skali tu aku tengok ada lelaki yg agak berumur yang jalan bertongkat, mungkin dia ada ghout. termengah-mengah dia berjalan ke bas. biasanya perkara macam ni jadi masa hari pelanggan tak ramai (weekdays), so diorang kumpulkan semua yang ke destinasi yang sama dalam satu bas saja, diorang combine dari beberapa kaunter yang berbeza dan guna satu bas saja. Yg aku perasan, biasanya bas yang macam ni lebih cantik dan selesa dan nampak baru. Yg aku penah naik bas 'Naik Selalu' and bas persiaran lah.

5.  Aku pernah terbaca kisah warga tua mati setelah terjatuh ke longkang semasa menukar bas di tepi highway. Kes tukar-tukar bas ni agak kerap berlaku dan biasanya di kalangan pemandu-pemandu sahaja. Syarikat bas tak terlibat. Drivers buat macam ni so tht diorang boleh skip station2 tertentu. Biasanya diorang ni dari syarikat bas lain-lain tapi destinasi yang sama.

Contoh, bas ke Bukit Mertajam akan singgah di Ipoh dan Parit Buntar. bila sampai Ipoh driver akan buat pengumuman, siapa yang nak ke Bukit Mertajam, sila naik bas sebelah. And bas yang lagi satu, those yang nak pergi parit buntar naik bas sebelah. So masing2 dapat skip satu station. Kalau diorang buat pertukaran ni di Hentian bas or tempat rehat/makan takpa, yang bahaya tu kadang2 diorang switch kat tepi-tepi highway selepas tol. Aku ni selalu travel bas malam. So biasa la tido la kan, bila tiba2 orang buat announcement tu aku dah macam berpinar-pinar terjaga, bangun pun macam dok mimpi lagi kutip bag, jalan menelong macam orang mabuk, terkial2 panjat bas lain, duduk kat mana kosong, lepas tu sambung tido. kadang2 tu macam mimpi jer. Tak hairanlah macam mana orang tua tu boleh terjatuh dan mati macam tu saja. *sighs*

sure fine whatever
Rinn

1 comment:

  1. Semalam balik to KL naik bas pukul 12.00 tengah malam dari Kulim. ntah naper susah nak tido mcm selalu. mungkin sebab aku dok nampak tali beg berkelayut kat atas macam nak jatuh. Ntah beg sapa. mula2 tu aku bangun la, tolak beg tu masuk dalam, lama2 dah maleh. Rasanya ada terdengar beg tu jatuh kelepuk! tapi aku buat tak peduli sbb dah mula mengantuk. Masa bas masuk ke tempat berhenti rehat/makan kat Slim River aku sambung tido. Sedapnya tido. Tiba2 sayup2 aku dengar "Shah Alam! Klang!"

    Mata aku yang kuyu layu terus terbuka luas biler dgr nama dua tempat yang tak sepatutnya aku sampai tu. Aku terus terbediri dan menjerit macam org sesat "Kat mana ni??!!" Aku tengok semua orang terlopong tengok aksi aku.. huhu malu.. muka adik-ipar-bekas -jiran aku yg duduk di seat belakang aku la yg memaparkan wajah paling terkujat.

    Aku tanya la orang yg kat depan aku "bas ni pi mana?" budak tu pun blurr macam aku, cuma dia tak der la buat aksi terkujat macam aku tadi. bukannya apa, aku dok pikir, shah alam? klang? aku kena sampai opis kat putrajaya sbb ada function yg aku kena handle pagi2 ni. aduih.

    Pehtu ada mamat ni cakap bas tu akan ke Klang dan Shah Alam, orang yg nak gi KL kena tukar bas lain. Macam kartun la aku kalut sambar beg atas bawah dan bergegas turun. Berdiri pun tak steady biler sampai kat bawah. Tengok2 ada lagi 3 orang ikut aku.. leh!!! rileknya depa! awatla aku yg kalut terlebih!

    Kami 4 orang yang telena masa announcement mula2 di splitkan naik dua bas berasingan. Alhamdulillah selamat sampai. Nak wat cam ner aku ni memang jenih senang lena. huhu..

    sure fine whatever
    Rinn

    ReplyDelete