Rating: | ★★ |
Category: | Books |
Genre: | Romance |
Author: | Izza Aripin |
Terbitan NHF Media
"Kenapa harusku keliru saat hati ingin menerima cintamu."
Bagi saya idea utk cerita ini sangat menarik tapi ada byk kelemahan
dalam cara delivery kisah ini oleh penulis. Kali pertama saya baca
hasil karya izza aripin rasanya. this one is good try :)
Pada permulaan, cerita ini bertumpu pada kisah cinta tiga segi antara
Zahim-Sharmine-Zakuan. Dania adalah sahabat baik Sharmine. Zahim plak
berkenalan dgn shelby yg mulanya berniat utk memerangkap 'anak ikan'
kaya seperti zahim, tapi kemudian berubah kpd perasaan sayang dan
kemudian dia mati akibat AIDS. Lepas itu Zahim spt berubah meminati
Dania dan membiarkan Zakuan bersama Sharmine. Sharmine seolah2
kecewa. Dia ni dua2 dia nak.. masa bercinta memang dia madukan si
Zahim dgn Zakuan tu yg selalu bergaduh sbb nak merebut cinta Sharmine.
Dania punya citer menarik sikit. dia seorang yang serba sederhana dan
merupakan seorang sahabat yang baik. Cuma yang orang tak tau, dia ada
saudara kembar yang jaaaaaaaaaaaahattt, Diana. Mula2 tu ingat ker
nama Dania salah eja jadi Diana.. an interesting twist.
diana ni terpaksa kawin dgn Tuan Farid yang suka mendera. Dulu dia
ingat Tuan Farid ni usahawan berjaya, tapi rupa2nya ketua mafia yg
ganas punya. Untuk mengelak diburu tuan Farid, Diana pukul kepala
Dania sampai pengsan dan dihantar ke rumah tuan Farid sbg 'diana'
manakala Diana mengambil tempat Dania sbg pelajar.
Penampilan baru 'Dania' menyebabkan beberapa pasang mata
terbeliak. 'Dania' makin seksi dan berani, dia menjadi topik hangat
di kampus. Zahim pun terkejut dan rasa something wrong sbb 'Dania'
berani cium dia di khalayak ramai. Semasa menjadi 'Dania', diana
sempat menjalinkan hubungan dengan Nizam. Tapi setelah Dania berjaya
diselamatkan oleh Zakuan & Zahim, Diana menghilangkan diri bersama
Adli (orang suruhan Tuan Farid). Nizam menagih cinta Dania yg kini
sudah tak kenal siapa Nizam. Nizam menaruh dendam kerana Dania
mempermainkan hatinya.
Sharmine terpaksa kawin dgn Zakuan sbb dah pregnant, walaupun dia
masih ada hati dgn Zahim. Pengakhiran cerita ni dibuat seperti
kesimpulan, so rasa ending citer ni agak abrupt. Watak 'Sephia' di
awal cerita yg membaca buku ini bersama-sama dgn kita rupanya anak
kpd Zakuan dan sharmine. Zakuan yg dulunya playboy bertukar menjadi
ayah yg bertanggung jwb manakala sharmine plak tak tahan dibelenggu
dgn ikatan perkahwinan. Zahim tak dapat membuang sikap mata
keranjangnya dan kehilangan cinta Dania.
sure fine whatever
Rinn
Sinopsis belakang buku:
Benarkah cinta andai mekarnya diadun noda? Hidup beralas nafsu dan
dendam bahagianya tidak ke mana.
dania melihat insan-insan di sekelilingnya tidak ubah bak pelakon
pentas hidup. Memandang Sharmine dan Zakuan menyedarkan Dania bahawa:
cinta yang suatu ketika dulu dikejar dosa tiada penamatnya andai
wangian keinsafan itu tidak sampai ke syurgawi Ilahi.
Saat dia ingin mencambah semangat diri, Diana saudara serahimnya pula
hadir mencantas harapan. Namun tembok ketabahannya tetap utuh.
Kekeliruan bertandang saat perasaan Zahim terhadap Dania membuahkan
cinta. Bagai berada di persimpangan, Dania kembali mencari dan
menilai apa sebenarnya yang tersembunyi di dalam perasaan agung
ciptaan Tuhan itu (cinta)...
RM13.90
salam ramadan rinn.
ReplyDeleteterima kasih kerana sudi review novel ini. sudahkah rinn membaca novel terbaru sy dengan kaki novel? dan mimpi pun bersatu (2006) dan kerana dia cinta (2007). Saya ingin benar dengar apa kata rinn.
ciao.
Salam ramadhan jugak buat izza aripin. terima kasih sudi ke sini. terharu saya. dan mimpi pun bersatu tu dah ada kat depan mata cuma sedang menghabiskan buku yg sedang dibaca sekarang. i'll read DMPB right after i finish this one. i look forward to karya izza seterusnya.
ReplyDelete