Friday, August 24, 2007

Gelombang Rindu

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Ami Amilia
Gelombang Rindu by Ami Amilia
Terbitan buku Prima

Kisah liku-liku cinta seorang gadis yang dalam dilema dalam menilai perasaannya sendiri. Aisyah keliru untuk memilih Amri, kekasih lama yg terpisah kerana tanggungjwb keluarga, atau memilih Azam Haris, jejaka kaya yang baik hati tetapi pernah menodai rakan serumah Aisyah semasa zaman remajanya, Lelasari yg melahirkan anak. Tapi kalau dah jodoh, tak ke mana.

Cerita ini sepatutnya mampu meruntun perasaan pembaca untuk sama bersedih denga Syah, tetapi cara penyampaian tidak berjaya meraih simpati saya sebagai pembaca. Kejutan yang dirungkaikan mengenai rancangan Amri untuk menduga kesetiaan Syah juga kurang berkesan cara ianya direvealkan. Rasanya Syah tu mudah berubah kasih la, tapi nak buat mcm mana, Amri pun ada tanggungjawab sendiri. Azam Haris dan Lelasari bertemu semula dalam keadaan yg aman namun kasih mereka tidak bertaut semula walaupun mereka sudah ada anak. Azam Haris lebih berminat dengan Syah.

Mungkin saya kurang berkenan dengan Azam haris atau Amri sebab tu saya rasa kisah cinta ini kurang meninggalkan kesan. tapi saya suka la citer pasai misi-misi ni :)

Back cover buku ni buat saya tergelak la.. di atas pucuk pokok berdaun tirus ada sepasang kekasih sedang bersampan menuju ke langit, ke bulan.

sure fine whatever
Rinn
2bintang

Sinopsis belakang buku:

Pepatah melayu ada mengatakan bahawa 'Berkawan biar beribu, berkasih biar satu." Aisyah, gadis genit yang mempunyai ciri-ciri wanita solehah telah berkawan dengan Amri seorang pemuda yang berhati mulia. Perkenalan mereka bermula di tempat kerja hinggalah mereka menjadi rapat dan akhirnya menjadi pasangan kekasih.

Namun percintaan mereka terputus di tengah jalan bila keluarga Amri menyuruh dia pulang ke kampung dan berhenti kerja secara tiba-tiba. Amri terpaksa akur dengan permintaan orang tuanya kerana dia seorang sahaja anak pasangan itu. Aisyah begitu kecewa dgn sikap Amri namun dia tetap berharap agar impian kasih disemai akan menjadi kenyataan suatu hari nanti.

Setelah Amri meninggalkannya, Aisyah menjadi resah gelisah. Segala kerja yang dilakukan tidak sehebat dulu, sentiasa lambat. Eksekutif baru iaitu Azam Haris cuba mengintai taman hatinya walaupun dia tahu cinta Aisyah begitu kental terhadap Amri.

Azam Haris tidak berputus asa. Dia selalu memberi kata-kata perangsang hinggakan Aisyah sudah mula melupakan Amri. Bila cinta mula berputik terhadap Azam Haris tiba-tiba Aisyah mendapat tahu yang Azam Haris adalah bekas teman lelaki Lelasari, iaitu teman yang tinggal serumah dengannya.

Fikiran Aisyah menjadi buntu. Tidak tahu mana satu yang harus dipilih. Sama ada Ami ataupun Azam Haris? Kedua-dua jejaka ini mempunyai keistimewaan tersendiri. Mampukah Aisyah menanganinya? Sedangkan harapan di hati kian berubah kepada kedua-dua jejaka itu.

RM16.90
364 mukasurat

No comments:

Post a Comment