Rating: | ★★★ |
Category: | Books |
Genre: | Romance |
Author: | Eka Fahara |
Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad
"Kuintai bayangmu dalam mimpiku... untuk bertemu, aku kelu!"
rupa2nya ini karya pertama Eka Fahara.. saya ingat ka 'Nilai Cintamu'.
NC adalah antara buku terawal saya baca sejak minat baca novel nih.
bagi saya, saya lebih suka Nilai Cintamu. Tak tau la kenapa, kalau
diikutkan dalam KK ni konfliknya lebih menarik. Buku ketiga EF lom
sempat lagi nak tengok. Rasanya boleh baca dlm masa terdekat ni :)
Permulaan citer ni tak der lah slow macam citer NC.
Kisah tentang cinta antara Ina dan Zaf. Mereka dah lama bercinta, tapi
selepas bertunang Zaf ada hubungan dgn wanita lain. Ina patah hati dan
mula memberi perhatian kepada Hasif yg dari mula lagi menunjukkan
minatnya utk mengenali Ina dgn lebih rapat.
Zaf menyesal tak sudah kerana Ina memang rapat dgn keluarganya dan
amat disayangi opah zaf.
hubungan Ina dan Hasif berjalan lancar tapi kadang2 Ina merasakan ada
misteri yg hasif sembunyikan tambah2 apabila Ina terserempak dgn
Hasif, Mira dan Datin Manisah. Ina tekejut bila tau rupa2nya Hasif dan
Mira sudah berkahwin (tanpa kerelaan Hasif). Ina membawa hati yang
luka ke kampung Zaf, betemu dgn keluarga Zaf dan opah yg dirinduinya.
Hasif tetap mahu memperisterikan Ina kerana dia tak pernah cintakan
Mira seperti dia cintakan Ina.
SEmasa majlis perkahwinan adik Zaf, Ina turut hadir tetapi dia
hospitalized sbb sakit. Zaf menemaninya sepanjang berada di hospital.
Selepas sembuh Ina kembali ke pangkuan keluarganya di California. Dia
dikejutkan dgn kehadiran wakil meminang dari Malaysia :)
sure fine whatever
Rinn
sinopsis belakang buku:
CINTA Hardina pada Zafril mula berputik sejak mereka sama-sama
menuntut di kampus hingga membawa ke alam pekerjaan. Ibu bapa Hardina
mengetahui hubungan mereka dan merestuinya. Setelah Hardina menaruh
sepenuh kepercayaan, tiba-tiba Zafril menjalinkan hubungan dengan
gadis lain.
Pertemuan Hardina dan Hasif telah merubah segalanya. Sejak
terpandangkan Hardina, Hasif sudah mula tertarik dengannya. Setiap
hari wajah itu sentiasa beraja di hati. Tidurnya tak lena dan makannya
tak lalu. Rasa rindu mula menguasai dirinya. Begitu juga dengan
Hardina. Apa sahaja yang dilakukan serba tak kena.
Namun, hati Hardina terluka lagi setelah mendapat tahu yang Hasif
sudah pun dimiliki. Hancur luluh hatinya. Dalam masa yang sama, Zafril
dan Hasif kembali memburu cinta Hardina. Masing-masing tidak mahu
mengalah. Hardina berada di persimpangan dilema; keliru untuk membuat
pilihan kerana kedua-duanya masih dirindui.
Cuma satu persoalan... masih adakah cinta di dalam hati?
RM 14.00
384 muka surat
3 bintang
No comments:
Post a Comment