Monday, August 27, 2007

Kenangan Mengusik Jiwa: Aku dan Bas

Sejak zaman skolah2 lagi aku dah biasa dgn bas-bas ni. Masa skolah rendah darjah satu darjah dua, arwah Ayah tak harap aku pi skolah sendiri, nak naik basikal pun dia tak bagi, so dia gajikan sorang utk hantar dan amik aku kat skolah naik basikal tua. haha.. teringat masa tu macam ada driver lah pulak. Aku panggil orang tu Pak Su. Bila dah naik darjah 4 darjah 5 tu aku dah segan la nak tumpang basikal, so arwah ayah beli basikal utk ke sekolah, gigih betui aku prektis naik basikal sampai sekali tu jatuh basikal bawah pokok belimbing, mud gad basikal terguris kat peha aku.. ha apa lagi berdarah teruk sampai banjir kasut aku penuh darah, masa tu aku tengok bahagian atas sikit dari lutut tu ternganga, nampak daging kat dalam berdenyut denyut, aku ingat ker ada isi yang tertanggal sbb ternganga teruk sangat, lepas cari tak jumpa aku balik sambil nangis meraung macam pompuan gila.. haha.. masa tu darjah empat. Aku dibawa ke hospital. Kena 7 jahitan, so 7 kali la aku meraung dengan tak malunya.. bergegar hospital seberang jaya tu rasanya.. huhu.

Selain dari tu penah la jugak eksiden masa on the way ke sekolah. tekejut kat lori aku pengsan kat tengah jalan, sedar2 dah dlm keta sapa ntah on the way ke hospital seberang jaya.. trauma jugak la aku masa tu. Dah la masa tu aku carry adik lelaki aku, dia darjah satu masa tu. Kami dua2 takder cedera apa cuma aku la pengsan sebab tekejut.

1. Macam-macam peristiwa yang aku alami sepanjang aku menjadi penumpang setia bas-bas sekitar kulim especially masa zaman skolah2 dulu la. Masa tu bus station bukan dekat dgn pasar kulim tu, masa tu bus station depan kedai borong man tu.. Kalau masa nak balik tu subhanallah berebut-rebut naik bas. Kadang-kadang tu masa tunggu bas rasa macam aku sorang jer yang dok tunggu tapi bila bas dah sampai entah dari celah mana orang datang sama-sama menyerang bas seperti aku. Dulu memang berebut giler-giler. Aku penah naik bas ngan arwah ayah, aku penah dengar dia jerkah sorang lelaki ni "dia perempuan! biaq dia naik dulu!" ah.. kalau naik bas tak der kira jantina la.. masa tu diorang anggap lelaki pompuan sama saja, perempuan bukan golongan yang lemah.

Pernah sekali tu aku panas betul tunggu bas tak sampai-sampai. Panas hati ada, panas terik pun ada, so makin berganda ganda la baran aku masa tu. Aku jalan macam kingkong dengan muka kelat muncung pegi beli air tebu utk menghilangkan dahaga. Masa tengok orang tu cedok masukkan air tebu dalam plastik aku dah macam terasa-rasa air tu mengalir lalu tekak aku ni.. perggh mesti best.

Dulu kalau air ni diorang jual masuk plastik tak der tempat pegang, diorang ikat dengan tali rafia yang dah diikat bentuk bulat utk memudahkan nak ikat di bucu plastik minuman utk dijadikan pemegang. Dapat jer air tu aku terus menapak dgn gaya kingkong ke tempat duduk dgn mulut yang masih lagi terkumat kamit beletiaq pasai bas delay giler babas. Pastu terus la menyedut air tebu yg baru dibeli. Aku hisap sekali tak naik air dia, dua tiga kali pun dak, aku dok ingat mamat tu dah bagi straw rosak kat aku.. tengok-tengok.. haha.. tergelak aku, rupanya yg aku  hisap tu bukan straw tapi tali rafia yg ikat plastik tu. harap2 tk der orang nampak.. malu jer.





2. Dulu kan, aku penah jumpa gelang mas kat bus station kulim, saiz budak2. Aku tak pikir panjang, terus amik wak balik. Mak kata kena cari tuan punya, lepas 3 hari tak der org tuntut baru amik. Aku pun buatla poster utk dilekatkan kat sekitar bus station tu, bunyinya lebih kurang macam ni, "Sesiapa yang hilang barang sila hubungi 012-*******" aku bubuh la no. hp aku. Lepas tu ada la orang tipon tanya if barang tu plastik berisi baju, macam2 lagi la.. semua tak kena. tapi ada satu call tu tanya if aku ni bomoh boleh tolong carikan barang dia hilang. ceh! hehe.. esoknya aku terus pegi cabut semua poster, kang nanti ramai pulak telefon suruh trace barang hilang.

Beberapa hari lepas tu rantai tangan adik aku pulak hilang, tercicir entah kat mana. Teringat mak aku penah kata kalau jumpa barang ker duit ker jangan amik, nanti barang yg kita sayang pulak hilang. Kang nanti jumpa RM10, tengok2 RM50 duit kita hilang. La ni kalau nampak duit  orang tercicir ker apa memang aku buat tak nampak.



3. Kadang2 bila tunggu bas lama-lama ni, kita akan jadi pemerhati tingkah laku orang. memang macam2 ada. Ada sekali tu sorang mamat dgn kawan dia tengah belek2 walkman mcm baru beli. Mcm excited jer nak dengar lagu2 dari walkman tu. Peh tu dia tarik earphone dia sebab nak simpan walkman tu dalam beg. Dia then nampak marah2 kat kawan dia sbb dia cari span yg tutup earphone dia hilang. Cari merata.. peh tu tiba2 kawan dia gelak sambil tunjuk kat telinga mamat tu. rupa2nya span tu tersumbat dalam telinga dia. aku ngan adik aku pun tumpang gelak jugak. hehe.. tu la main tuduh-tuduh, dah termalu sendiri.




4. Kadang2 tu masa tunggu bas, kita tengok orang yang serbu bas lain berebut-rebut naik bas. bila pintu depan dan tengah dah sesak dengan orang, ada la sekumpulan budak2 sekolah ni naik ikut pintu kecemasan. Then aku tengok sorang mamat tinggi lampai ni cuba naik ikut pintu tu, masa dia swing kan badan dia ke atas.. tiba2 kedengaran bunyi kedegang!!! dahi mamat tu dah terantuk kuat kat bahagian atas pintu kecemasan tu. Dapatla tempat duduk belakang sekali mamat tu, tapi masa tu tangan dia kalut menggosok gosok dahi dia yang dah mula membenjol. Mesti sakit giler tu.

5.Pada suatu hari.. :) well masa tu balik dari sekolah, aku lewat so terpaksa naik bas awam. Sampai kat pekan kulim, kenala berebut naik bas nak balik tmn selasih. Aku ni bab berebut tak terer sangat.. so memang sah2 kena berdiri dalam bas yg berhimpit-himpit tu. Masa tu dah tak jauh dari bus stop kat rumah aku. Aku tercari-cari kedudukan loceng sbb nak dah nak sampai. Tiba-tiba bas brake, sedar2 jer aku dah berduduk belunjur kat lantai. Keliling aku rasa penuh dgn orang. Malunya.. biasala bila dah jatuh tu ada la mulut2 jahat dok mengata, bukannya nak tolong ker apa. Aku terus cuba berdiri..mana yang ada kiri kanan aku capai kuat2 dan cuba berdiri. Lepas dah berdiri tu baru aku perasan, belah kanan aku capai kerusi, belah kiri aku capai tali pinggang di pinggang sorang mamat ni yang terkebil-kebil tengok aku. haha.. masa tu muka dah panas macam garam crystal yg ada lampu kat dalam dia. Malunya.. Taktau mana nak tala muka ni.. rasa macam nak tarik leher baju skolah melepasi kepala so tht orang tak nampak. Nasib baik la rumah aku dh dekat masa tu.

sure fine whatever
Rinn

No comments:

Post a Comment