Tuesday, May 27, 2008

Ada Cinta Di Hati

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Emma Maizura
Ada Cinta Di Hati by Emma Maizura
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd.


Ni lah novel yang menjadi teman sepanjang perjalanan saya ke Kuala Lipis yang lalu. Memang tak rugi beli buku nih.. kisah cinta selepas kawin.. patut la laris semacam jer dan memang ramai yang merekemen kan buku ni. Sebaik saja saya abis baca buku ni, Diana tak buang masa, dia pun baca dan sekejap jer dah abis.. bangun pagi subuh2 tu dia tersengih sambil kata 5 bintang! apa 5 bintang subuh2 confuse jugak. haha.


and baru2 ni kak ima pun bersemangat jugak baca buku tu, aku taulah diorang ni taste memang sama. dan memang kak ima pun suka sangat2 citer nih, siap pinjam angkut bwk balik Kuantan lagi ha walaupun dah abis baca.

Bukan kali pertama saya baca karya Emma Maizura, sebelum ni saya pernah baca kisah "Tiada Noktah Cinta" oleh penulis yg sama. Saya masih ingat lagi kisah Daniel dan Fitrah dalam kisah itu... ada jugak la sikit2 unsur kisah kawin paksa. Bagi saya kisah Tiada NOktah Cinta adalah lebih berat dan lebih sedih berbanding Ada Cinta Di Hati ni.


Kisah kembar macam ni memang dah penah baca sebelum ni seperti Kasih Antara Kita (Aleya Aneesa) dan Meniti Bahagia (Zihasra Aziz) dan memang ketiga-tiga buku ini mengalunkan kisah cinta selepas kawin atau kisah kawin paksa ni.. Setiap satunya mempunyai daya tarikan yang sendiri walaupun genre nya sama. Ada Cinta Di Hati ada identiti tersendiri dan memang takkan terkeliru dengan Kasih Antara Kita atau Meniti Bahagia. Saya tak pasti pulak kalau ada kisah2 lain mengenai kembar yg sebegini. Walau bagaimanapun, tetap wujud perasaan dejavu bila membaca kisah ini. Terutamanya bila dibandingkan dengan Meniti Bahagia. Tetapi part 'hati' tu memang mengikat Adreena dan Syukri selama-lamanya dan cukup membuktikan perasaan sebenar Syukri buat Adreena namun keraguan yg disuntik Adlyna membuatkan Adreena meragui cinta Syukri.


blurb belakang novel ini memang lebih dari cukup utk menarik perhatian peminat2 genre ini utk membelinya.


Hmm part derma hati tu memang tak disangka tapi saya hairan kenapa proses penyembuhan Syukri terlalu pantas berbanding Adreena. Dalam kes derma hati, penderma mungkin menghadapi komplikasi yang sama seperti penerima hati seperti jangkitan semua tu. tapi Syukri tu cepat betul sembuhnya!


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Mereka ditakdirkan lahir sebagai pasangan kembar seiras. Walaupun dari segi lahiriah tiada bezanya, tapi batiniah mereka tidak sekata. Adlyna seorang gadis yang langsung tidak takut pada halangan sehinggakan apa yang diingini mesti dikota. Bagi Adreena pula, dia seorang yang lembut hati dan mudah mengikut kata. Lantaran, dia sering dipersendakan oleh kakak kembarnya.

Adlyna hebat di pentas peragaan. Kerlipan cahaya yang sering menyimbahi tubuhnya menyebabkan dia seperti berada di awang-awangan. Sehingga, dia nekad meninggalkan majlis perkahwinan di saat-saat akhir demi memenuhi tuntutan hatinya. Akibatnya, Adreena yang terpaksa menjadi korban saudara sendiri.

Keterpaksaan Syukri dan Adreena menjadi pasangan suami isteri menyebabkan hubungan itu bergantung tidak bertali. Tiga tahun mereka melayari bahtera yang tiada nakhoda, dan selama itu semuanya menjadi rahsia. Indah di mata orang tapi derita di hatinya.

Kesetiaan Adreena dicabar dan diasak-asak. Sampai bila dia harus berdiri dan terima segalanya dengan redha? Ya… selagi ada cinta di hati, dia harus lakukan sesuatu biar apa jua natijahnya.

Dia sering diterjah dengan pepatah, ‘air dicincang takkan putus.’ Tapi, di mana kebenaran kata-kata itu kalau hatinya sering disiat-siat dan dilapah tiap ketika? Dan bagaimana dengan Adlyna? Bahagiakah dia setelah mencipta duka?

RM 19.90
544 mukasurat

9 comments:

  1. haha.. yang ada inai tu jari yam. yang tak der inai tu jari penulis.. jari akak yang petik suis kamera utk amik gambar nih.. huhu

    ReplyDelete
  2. finally...dapat beli pun buku ni...finish it in 1 hr....hehehe.
    lembut2 si Reena, boleh tahan jugak sikap degil dia...but walau terpaksa & terseksa pun she tetap setia sebagai istri Syukri..alhamdulillah.
    suke part Syukri 'hilang pertimbangan' waktu Taufiq told him about penyakit Reena >> then finally he decide to dermakan hati dia...
    sayu waktu Syukri request his parents-in-law not to reveal anything to Reena about the donor and sampaikan surat if anything happens to him during the operation....hmmmm... dah jadi one of my personal favourite..

    ReplyDelete
  3. fuiyo.. lajunya baca. tapi memang hasil karya yang memenuhi selera pembaca secara umumnya. kalau yang pinjam tu tentu terus gi beli their own copy :)

    ReplyDelete
  4. hahaha..once start nak kena habiskan malam tu jugak..ngah tak sihatpun masih degil nakfinish the novel...

    ReplyDelete
  5. ye btul tu... mmg x rugi membuat koleksi...

    ReplyDelete
  6. btl3 sy sokong.. hee.. cuma sy buat ia bertapa selama setahun.. pd 8hb feb 2010 br sy mula bc n hbskan trus.. huhuu..

    ReplyDelete
  7. Buku Emma Maizura yg latest sy blum baca. Last bookfair Emma maizura tak duty kat meja penulis, tapi smpat gak amik gambat :)

    ReplyDelete