Showing posts with label karisma. Show all posts
Showing posts with label karisma. Show all posts

Tuesday, November 22, 2011

Sangkar

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Parenting & Families
Author:Samsiah Mohd Nor
Sangkar
Penulis: Samsiah Mohd Nor
Terbitan Karisma Publications Sdn Bhd
293 muka surat
9830500713
Cetakan Pertama 1995


"Batinnya meronta digelusang sengsara..."


persahabatan jazma - mek diah mengingatkan aku kepada kisah "sejernih lazuardi" karangan samsiah mohd nor juga :)


Jazma terpinggir dalam keluarga sendiri. Kakaknya sendiri membenci dirinya malah berjaya menikahi lelaki yg dikasihi Jazma. Dia terasa seperti ibunya sengaja menghantarnya jauh ke rumah mak long sedangkan dia yg byk membantu membawa sumber kewangan ke dalam keluarga mereka yg miskin.


catatan rahsia kisah tigasegi maklong - pateh - andak membuka hijab yg diselindung dalam keluarga itu. barulah jelas mengapa maklong jadi begitu. maklong yg berdiam diri dipandang serong dan andak pula dipandang tinggi.


jazma mula menimbang siapa lebih malang? dia atau maklong. dari kisah itu dia menyelami penderitaan maklong yang tersisih dalam keluarga sendiri. Semasa awal cerita kita akan mengangkat Jazma sbg isi cerita, tapi rupa2nya kisah Jazma hanyalah bingkai cerita dan isi cerita berlegar dalam kisah hidup maklong yang sangat-sangat menyentuh perasaan. Malah tagline "Batinnya meronta digelusang sengsara" itu lebih kena dengan penderitaan mak long selama hayatnya.


patutlah seserius mana pun andak memujuk, mak long buat tak peduli dan sentiasa mendiamkan diri. rasa sakit hati yang membuat dia menjadi bisu dan memendam perasaan. Andak mengambil alih segala-galanya yg penting dlm hidup mak long. Suami dan anaknya semuanya dibolot Andak, adiknya sendiri. Panggilan mak terlucut dari mulut anak kandungnya sendiri dan Andaklah yang dipanggil emak. Aduh sedih nya. dia hanya dipandang sebagai 'maklong' yang duduk di suatu bilik kecil dalam rumah itu.


kehadiran jazma dalam rumah mak long telah meleburkan hati tua yg sudah lama membeku itu. lembut hatinya sehingga sanggup seikhlasnya memaafkan Andak yang sudah berdosa besar.


kalau korang terer, cubalah tahan air mata semasa baca kisah ni... *sob sob ;_;


kisah dia sedikit sebanyak cenggini...


Mak long ni berkahwin dengan Pateh atas aturan keluarga tetapi mereka sangat bahagia malah dikurniakan seorg anak lelaki yg comel. Andak adalah adik kandung Mak Long yg tinggal bersama mereka membantunya menjaga anak dan membuat kerja2 rumah. Ketika keguguran anak kedua, maklong mendapatkan rawatan selama sebulan di hospital. Setelah sekian lama kembali, pecah lah rahsia yg tersimpan antara Pateh dan Andak. Andak mengandung anak luar nikah. Mak long terpaksa diceraikan demi menutup malu. Sejak itu Mak Long terasing dan membisu. Berbagai spekulasi buruk timbul berkaitan Mak long - andak dan Pateh. Mak long membisu manakala Pateh dan Andak buat-buat tak tahu utk menutup ketelanjurang mereka. Hati Maklong lebih luluh apabila anaknya Herman memanggil andak 'mak'. Semuanya diragut sekelip mata darinya. SEhingga dewasa dan menjadi doktor, malah sudah beristeri dan beranak tiga, Herman percaya ibunya adalah Andak dan mak long adalah hanya sekadar maklong dalam rumah mereka. Mak long tidak pernah membuka cerita, terus membisu di suatu sudut rumah itu. Andak pula terus berlagak biasa walaupun dosanya yg menggunung memburu rasa bersalahnya terhadap mak long. Mak long tahu andak berjasa membesarkan anaknya dengan baik sekali tetapi luka hatinya terlalu dalam.


hanya kehadiran jazma membuat mak long cerita dan rahsia besar itu terbuka, tapi hanya utk pengetahuan jazma sahaja. Jazma hanya dibenarkan mendedahkan kisah sebenar kpd Herman setelah dia meninggal dunia.


Saat itu tiba akhirnya. Mak long bukan sahaja mewasiatkan Jazma menyampaikan catatan kisah silam malah Mak long juga berharap Jazma menggantikan tempat Mastura sbg isteri dan ibu kepada anak-anak Herman yg sememangnya sudah rapat benar dengan Jazma. Perkara pertama itu memang tak susah utk disampaikan tetapi pesanan kedua tu buat Jazma tak senang duduk. hmm ok la tu Jazma. Nak harapkan boyfriend di kampung? sudah dirampas kakak sendiri. Rugilah kalau menolak lelaki sebaik Dr. Herman dan anak-anaknya yang manis :)


sure fine whatever
rinn


sinopsis/blurb


Lelayang nasibnya luruh ke mahligai kaca dan di situlah terbina sangkar rahsia dari percikan bunga-bunga api.


Saban waktu dia merangkai sukma dengan temali kasih yang terpintal di perdu budi...

Wednesday, September 24, 2008

Gelombang Cinta

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Anuarjah
Gelombang Cinta by Anuarjah
Terbitan Karisma Publications
Tahun 2007

"Kesetiaan itu hanya menyeksakan, lebih-lebih lagi ia merupakan hadiah yang sia-sia..."


Dah lama saya tak baca novel yang tulisan besar-besar seperti ini. TAk mengusutkan kepala :) Kisahnya, kisah cinta tak kesampaian kerana menurut kehendak keluarga. Kisah yg agak biasa dan predictible. Diceritakan dalam rentak yang agak laju sehingga tak sempat nak betul2 menghayati sesuatu situasi. Mulanya seperti kisah ringan cinta riang ria yg kecundang, tapi di pertengahan cerita, kisah ini menjadi serius apabila heroin terperangkap dan dibawa ke luar negara utk dilacurkan.


Ikram dan nur Syuhada adalah guru di sebuah sekolah. Cinta mereka tidak kesampaian apabila keluarga nur menerima pinangan menantu pilihan mereka, Norzakwan. Ikram kecewa lalu menerima tawaran ditukarkan ke Sabah. Dia pergi membawa hati yg luka manakala Nur bernikah dgn Norzakwan. Norzakwan seorg yg sgt penyabar dgn sikap Nur yg mula memberontak. Dia masih rindukan Ikhram walaupun sudah menjadi isteri orang. Ntah la kenapa Nur tu cuma berani memberontak ketika dia sudah mahu dinikahkan dengan Norzakwan. RAsanya kalau dia berterus terang tentang pilihan hatinya kepada ibunya sudah tentu tak jadi macam nih.


Hisyam kenalan Nur ntah macam mana pulak jadi penculik Norzakwan. Nur menukarkan dirinya dgn Norzakwan kerana tidak mampu mencari wang setengah juta utk membebaskan Norzakwan. Nur dibawa ke Singapura utk dilacurkan namun dia berjaya melarikan diri ke Sabah.


Ikram sudah mula membuka hatinya yg sekian lama tertutup utk Norima. Kemunculan Nur mengejutkan Ikram, namun dia menasihatkan Nur utk kembali ke pangkuan suaminya. Nur akur, namun kepulangannya menambahkan kedukaannya apabila suaminya menghembuskan nafas terakhir di pangkuannya.


Ikram nekad memperisterikan Norima dan sudah memberi harapan yg tinggi kepada gadis itu, namun nasib Nur membuatkan Ikram bersimpati pada gadis yg pernah dicintainya separuh mati itu. Cerita ini diakhiri dgn persoalan yang tak terjawab. Adakah Ikram memperisterikan Norima dan melupakan terus Nur, atau adakah dia memperisterikan Nur dan memusnahkan harapan Norima,ataupun dia mengahwini kedua-dua wanita itu? *garu pala*


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Tidak semua percintaan berakhir dengan kebahagiaan. manusia hanya mampu merancang. Allah jua yg menentukan. apakah kuasa manusia untuk melawan takdirNya. Kerana kecewa Izham membawa diri jauh daripada Nur Syuhadah biarpun cintanya masih mendalam. Izham reda dgn keputusan Nur Syuhadah utk menerima jodoh yang ditetapkan oleh keluarganya.


Namun masa terus berlalu. Nur Syuhadah terus mengejar kembali cinta Izham dlm angannya. Mengharap agar dirinya diterima kembali. Namun semuanya berakhir dgn sia-sia. Hati Izham telah dimiliki, cinta Izham sudah beralih arah. Sedangkan Nur Syuhadah tetap setia terhadap cintanya yg satu. Ternyata usahanya memelihara mahkota kewanitaannya daripada insan yg berhak tidak berbaloi. Sehingga akhirnya Nur Syuhadah terdampar di tepian laut penyesalan. Siapakah yg berjaya merampas cinta Izham daripada Nur Syuhadah?


RM15.90
212 mukasurat




Tuesday, May 6, 2008

Masihkah Ada Cinta

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Daniella Daniel
Masihkah Ada Cinta by Daniella Daniel
Terbitan Karisma Publications Sdn. Bhd

"Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula... Andai mati punca perpisahan, biarlah hidup membawa erti yang nyata..."

banyak nyer cikgu cikgu dalam buku ni.. kebetulan pulak baca masa sambutan hari guru.. dlm ni ada cikgu yang baik, ada cikgu yang tak baik.

Watak Johar adalah seorg yg baik dan patuh kpd bapanya.. tapi tindakan dia menerima Lisa walaupun dia tahu Lisa tu seorg perempuan yg tidak baik membuat saya agak sukar memproses kebenaran ni.. kalau dilihat tahap hubungan antara Johar dgn bapanya, bapa Johar ni seorang yang sporting dn mempunyai hubungan yg baik dgn Johar, masakan Johar tidak mengadu langsung dgn bapanya tentang keburukan Lisa. Kalau keburukan Lisa tu dia dengar dari orang lain, mungkin jugak la Johar tak mengadu, tapi Johar telah melihat dgn mata kepalanya sendiri Lisa berkucupan dgn lelaki lain beberapa hari sebelum hari pernikahan mereka.

Kalau niat Johar menikahi Lisa semata-mata memenuhi keinginan bapanya dan mahu menutup malu keluarga Lisa, mungkinlah kot, tapi baik pujuk keluarga Lisa menerima lelaki pilihan Lisa daripada terus saja menerima Lisa sbg isteri sedangkan Johar sendiri tidak berminat utk membimbing Lisa supaya tidak terus menjalin hubungan sulit dgn teman lelakinya.

kisah ini lebih menumpukan kepada perjalanan cinta Johar. Lisa cuba memikat Johar dgn menggunakan ilmu hitam menyebabkan Johar melengahkan hasrat meminang Reyna, gadis idamannya lalu hubungan itu terputus terus dan Johar membawa diri ke England setelah menceraikan Lisa. Di sana dia bertemu Indra. Mereka berkahwin tapi Indra dan baby mereka meninggal dunia. Lepas bertahun tahun di rantau orang Johar kembali dan Reyna masih setia menanti cintanya.

kisah Johar selepas ke England macam laju jer cara penceritaannya berbanding sebelum dia menceraikan Lisa.


sure fine whatever
rinn


Sinopsis belakang buku:

Johar yang terjebak dalam perkahwinan paksa dgn gadis pilihan ayah terus-terusan dicengkam kegelisahan walaupun hati tatkala itu mencintai gadis lain yg telah berjaya menambat hatinya. Impian bersama gadis itu musnah apabila Lisa menuntut hak sbg isteri. Kesungguhan lisa utk menambat hati suaminya dgn cara kotor tetap tidak mampu menawan hati Johar. Takdir penentu segalanya lalu Lisa telah diceraikan.

Secara kebetulan Johar telah menyambung pelajarannya ke England dgn harapan akan pulang sesudah berjaya. Pertemuan dgn Indra pula telah mengubat hatinya yg luka. Namun kebahagiaan itu diragut oleh takdir Tuhan yg Esa. Johar kembali ke tanahair dgn hati yg hampa lagi manakala Reyna menanti kepulangan cintanya yg hilang di tengah jalan. Namun masihkah ada cinta di hati Johar?

RM10.90
310 mukasurat

Tuesday, February 26, 2008

Terlerai Kasih Berpaut Rindu

Rating:
Category:Books
Genre: Romance
Author:Putera Sukma
Terlerai Kasih Berpaut Rindu by Putera Sukma
Terbitan Karisma Publications

"akhirnya keegoan musnah jua dek kasih yang tak bermusim..."

Kisah konflik keluarga kaya raya Tan Sri Shamrin yang mementingkan darjat hingga menyebabkan anak lelakinya, Azzami kecewa dan membawa diri bersama kekasih hati. Fahmi yang disangka anak angkat rupa2nya cucu sendiri. (Setelah isteri Azzami meninggal dunia, tanpa pengetahuan Tan Sri Shamrin, baby Fahmi ditinggalkan di rumah itu lalu diambil jadi anak angkat) Azman mengahwini Azalea kerana nak balas dendam atas kematian ayahnya di dalam penjara (setelah menggelapkan wang syarikat). Azman menyalahkan Tan Sri Shamrin sbb tak bagi ayah dia pinjam duit hingga terpaksa menggelapkan wang syarikat.

Fahmi bercinta dgn Alisah who turns out to be ex mak we Azzami. Secara tiba2 di penghujung cerita bertimpa2 tragedi menimpa keluarga ini.. bangunan yang sedang dibina syarikat mereka runtuh, Azalea keguguran, Azzami accident, Tan Sri Shamrin diculik. Pada part ini penceritaan dirasakan terlalu pantas, lebih pantas dari selang masa '25 tahun' yang diceritakan di awal buku ini.

Bagaimana pun kisah cinta dan thriller ringan seperti ini sesuai utk bacaan remaja tanpa perlu dipantau oleh ibu bapa :) walau bagaimanapun English yg digunakan agak memeningkan kepala saya.

sure fine whatever
rinn

sinopsis belakang buku:

Hidup tidak pernah sepi dilanda ombak dan badai. Seringkali juga dihujani pelbagai dugaan demi hati yang sama degil menajdikan suasana lebih tegang. Hubungan kedua beranak ini kian genting lantaran memperjuangkan ego masing-masing. Azzami akhirnya membawa diri. Bukan mengalah tetapi ingin membuktikan sesuatu.

Namun bukan mudah untuk mengubah dan merawat luka biarpun bunga2 rindu menggunung di jiwa dan kian sarat meniti hari. Biarpun begitu, kekecewaan mengatasi segala-galanya. Kata-kata dan hinaan Tan Sri Shamrin terhadap pilihan hatinya memaksa Azzami terus menyepikan diri.

Dendam yang bergolak di jiwa manusia tidak pernah padam. membara selagi tidak dibalas pada sasaran yang sepatutnya. Azman memili Azalea adalah untuk meleraikan dendam yang membengkak di hatinya.

Kehadiran Fahmi menjalinkan kembali perhubungan yang telah terputus. Mengotakan janji dan wasiat. Siapakah Fahmi yang sebenarnya? Sampai bilakah rajuk Azzami akan berakhir dan bilakah kesedaran mula bermukim di hati tua Tan Sri Shamrin? Siapakah pula dalang yang membawa.

RM17.90

Assyira

Rating:
Category:Books
Genre: Romance
Author:M. Zainal Abidin
Assyira by M. Zainal Abidin
Terbitan Karisma Publications

Kisah thriller tapi menggunakan penyampaian yang biasa dan kurang mendebarkan. Rancangan2 Assyira diceritakan dengan bersahaja dan tidak mengeksploitasi scene2 penuh aksi dan mendebarkan dgn sebaiknya. Seolah-olahnya penyampaian begini amat sesuai utk remaja belasan tahun tetapi aksi 'panas' antara Assyira dan Iskandar diceritakan dengan jelas dan tidak bertapis sangat.

ASsyira adalah seorang gadis kampung yang mengorbankan pelajaran demi membantu keluarga. Ayahnya tidak mahu adiknya, Mi turut mengorbankan masa depannya. Walaupun telah diberi amaran oleh Assyira, Ayahnya tetap meminjam wang dari 'along' Dato' Razali dan menghantar Mi ke universiti. Ayahnya kehilangan kerja dan gagal menjelaskan hutang2nya yg makin mekar berbunga-bunga dan berganda-ganda jadinya. Dato' Razali sudah mula mengugut, akibat ketidak sabaran anak sulung Dato' RAzali, Iskandar, ayah Assyira terbunuh di tangan Iskandar.

Syira bangun dari persekitaran hidupnya yang damai lalu menyusup ke kediaman Dato' Razali sbg orang gaji. Dia berjaya menggoda Iskandar hingga tergadai maruahnya. Dia mengatur perancangan yg kelihatannya sangat mudah dan berjaya meragut nyawa Iskandar. Agak terlalu mudah laluan utk Syira dan menjadikan tindakannya menyerahkan tubuh pada Iskandar kelihatan sia2. Kalau sekadar memutuskan brake lalu Iskandar terlibat dalam kemalangan dan mati... masa mula2 sampai ke rumah tu Syira dah boleh buat mcm tu.

sure fine whatever
rinn

sinopsis belakang buku:
Kehidupan yang sentiasa diburu kesempitan dan kemiskinan memaksa diri membuat pilihan antara dua. Kebahagiaan dan kedamaian keluarga akhirnya tergadai di tangan orang yang tidak mengenal perikemanusiaan. Tekanan dan desakan hidup memaksa mereka meminjam duit daripada along sbg jalan terakhir. Akhirnya nyawa tergadai akibat gagal menjelaskan hutang. Sejak itu hidup Assyira dipenuhi dendam kesumat. Tanpa mempedulikan kesan dan masa depannya Assyira terus bangkit. Hatinya akan puas sekiranya dendam terbalas. Dengan tekad di hati yang kian keras, Assyira berhijrah meninggalkan keluarganya di kampung. Iskandar pilihan pertama Assyira bagi menjayakan misinya. Biarpun terpaksa mengorbankan harga diri, Assyira tetap puas. Dato' Razali terpaksa menerima hakikat kehilangan semua anak dan isterinya akibat perbuatannya sendiri. Kelembutan dan keayuan Assyira membuatkan pintu hati inspektor Harris terbuka. Namun bagi Assyira kehadiran Harris sedikit menyukarkan misinya. Harris terpaksa mengalah dan melupakan perasaannya yang mula berputik itu. Apakah rancangan2 yg telah diatur oleh Assyira? Siapakah mangsa2nya? Terlepaskan Assyira daripada hukuman? Segalanya terjawab dalam ASSYIRA.

RM17.90
256 mukasurat