Tuesday, August 18, 2009

Ombak Bukan Biru

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Fatimah Busu
Ombak Bukan Biru
Penulis: Fatimah Busu
Terbitan Semula: Pekan Ilmu Publications
Cetakan pertama 1977
Diulang Cetak 2008
RM18.90
isbn: 9789675106156
374 mukasurat





.
"Novel merentas Dekad"





.
Karya klasik yang cukup popular. Tak sangka pulak aku berjaya dpt dan membaca nya. Thanks to Pekan Ilmu Publications kerana menerbitkan semula karya ni yg asalnya diterbitkan pada tahun 1977 oleh Heinemann Educational Books (Asia) Ltd. Ada jugak terbaca di beberapa ruangan yg menyatakan hasrat utk memiliki novel lama ini. Bagi yg tercari-cari, boleh la dah dapatkan di pasaran. Saya dapat copy ni dari kedai buku yg kat Pertama complex tu.







.



Memang novel ini telah merentas dekad dan ceritanya tidak terasa lama atau ketinggalan zaman. Kemodenan 70-an dan kekampungan org melayu 70-an masih ada juga yg mirip dengan zaman sekarang ini. Tidak terasa seperti zaman itu ketinggalan. Tapi part Imrah kena blasah teruk ngan bapak dia sbb kawin dengan Joe tu memang sadis la. Sian dia. Tapi nak buat macam mana, Imrah pilih selasih dan bukannya nasi lemak dan buah bidara. huhu...
.






Imrah, seorg guru muda yg cintakan Yamin, namun Yamin mencalarkan cintanya apabila keluar dengan Rubiah. Imrah mengaku dia typikal dan cemburu benar. Lalu Yamin dihumban ke longkang walau Yamin telah merayap keluar dari longkang dan merayu cintanya.
Perkenalan dengan cik Celine menerbangkan dia ke Pulau Pinang dan ke dakapan kasih Joe Lawrence. Imrah dikuasai cinta sehingga minda dan tubuhnya sakit apabila Joe tiada di sisi. Dia terlalu taksub dgn cinta Joe sehingga semuanya sanggup ditinggalkan.









.



Joe sanggup mengorbankan agamanya utk menjadi halal buat Imrah, namun perkahwinan mereka tidak direstui keluarga Imrah. Imrah yg paling dikasihi telah menconteng arang ke muka keluarga terhormat apabila bercinta kasih dgn lelaki kristian. Imrah dihumban, Imrah dibalun, Imrah dicerca. Kini Imrah cuma ada Joe. Onar Imrah telah mencabut nyawa ayahnya. Dia kembali dan cuba menyulam Joe ke dalam keluarganya namun kakaknya yg mulut lazer sentiasa mencerca dan berprasangka buruk.




.



Kesian.




.



Endingnya seperti tergantung tapi terasa adil pulak pada Imrah kerana menurut kata hati yg jatuh kasih pada Joe. Setelah membuang keluarga, dia kehilangan Joe dan paling sedih, dia kehilangan Shahril yg menjadi penawar duka. Namun, Imrah adalah seorang wanita yg tidak jemu membina harapan, membina impian, membuat kita pun terfikir impiannya mungkin jadi nyata kerana Joe masih ada, cuma bukan di sini.
.




sure fine whatever
rinn
.



sinopsis blakang buku:



.


Imrah bangkit berdiri dlm satu pertembungan antara tradisi lama dan tradisi baru. Sebelah kaki Imrah masih dlm lingkungan tradisi kampung yg bersih dari pengaruh-pengaruh luar dan penuh dengan amalan adat resm org2 tua, tetapi dgn menggunakan kekuatan yg luar biasa, Imrah cuba menjangkau kehidupan kekinian yg diamalkan dikota-kota yg telah diresapi oleh unsur2 luar dgn kakinya yg sebelah lagi. Jatuh bangun Imrah, kegagalan dan kejayaan Imrah utk mencantumkan 2 impian kehidupan yg bercanggah ini adalah ombak2 yg menghakiskan kehidupan remaja dan mematangkan dirinya. Lalu dengan rasa penuh sedar akan tanggungjawab satu kewujudan seorg perempuan, dia memulakan perjalanan baru yg bertolak dari satu soalan, 'Di manakah penyudahnya hidup seorg perempuan?'

3 comments:

  1. Anakku!!! Mat apa kau sudah membaca buku ini?? kebetulan saya mencarinya setelah sekian lama..... adakah kau memilikinya?

    ReplyDelete
  2. buku ni sudah diterbitkan semula oleh Pekan Ilmu Publications dlm tahun 2008 atau 2009 kalau tak silap. so rasanya masih ada di pasaran.

    ReplyDelete
  3. Dah lama nak cari naskhah ni...baca masa tingkatn 4....lepas hampir 30 thn baca sambungannya The Missing Piece 1 dan 2...huh...berubah falsafah hidup mengenai cinta dan kehidupan yang Allah kurniakan.....baru terasa siapa kita sebenarnya....

    ReplyDelete