Sakan betul pesta Floria tahun ni. aku pi sampai 4 kali! huhu memang sakan. Yg aku upkan gambar sebelum ni tu kali pertama lah pegi. Then aku amik cuti hari jumaat 7/8/09 sbb nak bawak mak aku jalan2 kat situ. Mak aku ni tak bleh jalan lama2 sbb dah sakit2 kaki. So aku pilih Jumaat la sbb orang tak ramai dan dia boleh boleh berenti rehat kat mana2. Jumaat tu ujan sikit... kena jugak la hujan tu walaupun tak kuyup. Sakan jugak mak aku shopping orkid.
8/8/09 tu aku pegi plak ngan kucc n ahli2nya :) ha yg ni memang sakan jalan. abih semua kami round. Yg mana aku tak round hari jumaat tu, aku pi round abis masa 8/8/09 nih. Siap ada belon udara panas lagi ha. tapi mcm sekejap jer sbb masa kitorang balik tengahari tu belon2 tu semua dah terbang pi mana ntah dah tak nampak dah.
9/8/09 tu aku pi ngan adik n baby dia. rasanya panas betul hari ahad tu. Mak akupun dah tak larat nak jalan dah. Aku bli t-shirt pesta flora jer, dah tak beria sangat nk meronda sbb rasanya semua ceruk dah jengah kat area situ :).
Aku rasa bunga yg paling banyak sekali kat situ adalah bunga orkid. Setiap kali snap bunga2 tu nampak lain, dan memang lain2 pun bentuk nya, nampak macam sama tapi tak serupa. Aku suka gambar2 close up orkid2 nih. Ada haluih cinonet, biler dah amik gambar close up tu semua nampak lebih kurang sama besar jer :)
Ni aku up kan part 1 of the orchids. Aku rasa orkid la yg aku snap ni sbb dah masuk zon orkid kan? hehe... Buat kak Sofia, tatap lah orkid2 ni hehe.. nanti saya upload kan part2 pulak. Orkid jugak.
sure fine whatever
rinn
No comments:
Post a Comment