Rating: | ★★★ |
Category: | Books |
Genre: | Romance |
Author: | Meen Zulaikha |
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd.
"Seputih harapan kudambakan memagari rindu yang membiru"
Ramai jugak yang recommend buku ni kat saya.. kalau tengok dalam senarai top ten ni, buku ni antara yang teratas.. mesti ada something special kan? masa nak start baca buku ni saya dah terrrrrrrrrbaca sinopsis kat belakang buku.. laju pulak mata ku ni meniti baris2 di belakang buku hingga habis.. aduih.. silap banyak! terlalu banyak di reveal kan dalam sinopsis.. eh.. bukan. hampir semua yang 'mengejutkan' telah diceritakan dalam sinopsis so menjadikan saya tahu lah what to expect. well, tht's my fault, mengurangkan thrill masa membaca.
buku ni pasti akan memuaskan hati ramai pembaca2 setia buku2 cinta especially those yang looking forward to kisah2 cinta selepas kawin. si suami berusaha mendapatkan cinta isteri yang mengahwininya tanpa rela. seperti tengku syahran memburu cinta zahlia (bicara hati), seperti taufik menggoda salina (kau yang satu), seperti zafri merayu alia (pelayaran cinta), seperti syafiq sabar dgn kerenah Afiqah (pergilah sepi) dan banyak lagi la kisah2 yg seperti ini. kalau ikut dlm senarai saya ada 20 cerita yang termasuk dalam senarai "kisah cinta selepas kawin".
Watak wanita 'sopan tapi seksi' seperti 'Elena' pastinya menarik minat pembaca2 remaja tambah2 lagi bila dipasangkan dgn Seth yg berketurunan baba-nyonya yg hensem. Watak Elena ni mengingatkan saya kepada perwatakan Atikah (Atikah by Hasreeyati Ramli). Kelainan yg terselit Seth ni sudah lama sukakan Elena dan kerana dorongan nafsu, elena menjadi mangsa nafsu serakahnya ketika gadis itu berusia 15 tahun. Elena menghilang dan sepuluh tahun kemudian mereka bertemu semula. Elena tak mengenali penyerangnya dan tidak sekali kali menyangka Seth yg dianggap penyelamat maruahnya (apabila tunangnya memutuskan ikatan di saat2 akhir krn mengetahui Elena sudah tidak suci) rupa-rupanya lelaki yang telah meragut kesuciannya. Seth sanggup memeluk Islam dan mengamalkan anutannya sepenuh hati. Saat cinta mereka bersemi dan membuahkan hasil, rahsia terbongkar. ishhhh apa la seth tu.. barang bukti pi simpan buat apa. dah dapat Elena tu pi la bakaq ka, tanam ka barang2 bukti tu, dia pi simpan pulak.. aduih.. Kesabaran Seth sbg saudara baru dlm Islam teruji dgn kerenah Elena yang selalu cari pasal. Seth enggan melepaskan Elena yg mengugut akan meninggalkan Seth dan anaknya yg bakal lahir nanti kerana lelaki itulah yg telah menghancurkan hidupnya. Seth menggunakan tempoh Elena mengandung dan menyusu utk memikat semula isterinya itu.
buku ni penuh dengan scene Nora Elena & Muhamad Seth. Seth ni kejanya menggoda sepanjang masa bila dgn Elena.. macam 'segan' dan tersipu sipu pulak la nak baca sesetengah scene tu.. *blush*
Watak antagonis cuma si yvonne tapi tak cukup jahat .. tapi cukup utk membakar api cemburu Elena.
sure fine whatever
Rinn
sinopsis belakang buku:
Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...
Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.
"Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua." tegas Seth.
Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya... Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?
Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa... saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima.
Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.
sinopsis di website alaf 21:
KEPADA para peminat novel Alaf 21, jangan lepaskan peluang untuk memiliki novel terbaru bertajuk 'Kasih Yang Suci' hasil nukilan penulis baru iaitu Meen Zulaikha yang kini sudah berada di pasaran.
Novel yang membelai perasaan ini mampu membuatkan anda sayang untuk meninggalkan walau satu patah perkataan pun. Sepuluh tahun lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepasa sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri untuk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...
Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan mereka? Rahsia yang selama ini disimpan kemas, akhirnya terbongkar. Sebenarnya, Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?
Apakah kisah seterusnya? Apa yang harus dilakukan oleh Elena terhadap suaminya? Mampukah perkahwinan mereka bertahan?
Segala-galanya dalam Kasih Yang Suci. Dapatkan segera sebelum kehabisan.
RM 19.90
572 mukasurat
memang best pun buku nie........olahan cerita yang baik.......banyak scene yang romantik........tetapi jarang berlaku kes macan nie pada masyarakat sekarang .However mamang tak membosankan dan akan membuat pembaca tersenyum sendirian . Boleh masuk dalam buku....dan menjiwai watak.
ReplyDeletekes sekarang ni lepas rape dia bunuh terus. Memang agak jauh dari realiti lah jugak citer ni tapi kisah cinta yg meen zulaikha twist kan dlm buku ini nampaknya berjaya menarik minat ramai pembaca. Cara penulisan byk membantu kita supaya bersimpati dgn seth, walaupun diatu 'sethtan' spt kata Nora Elena. hehe. kalau Nora betul2 trauma lepas apa yg dilakukan oleh seth, dah lama dah seth tu kena cincang.
ReplyDeletesure fine whatever
Rinn
Bagi saya sikap romantik Seth tu amat melemaskan! Pada saya, tu bukan romantik... tapi dah tahap gatal. Hehe... (Sorry kalau ada yang terasa)
ReplyDeleteNora Elena tu pulak pada saya dia tak menunjukkan sangat yang dia marah... tapi cara dia tu menunjukkan yang dia mengada-ngada. Naik menyampah dengan perangai ngada-ngada dia tu.
buku ni okay... :) one of the best i've read so far :P tapi saya tak suka bagaimana seth & elena bergurau tentang mengapa elena diragut kesuciannyer...tsk tsk
ReplyDeleteBuku ni bagus. Saya tengah baca la ni belum abis lagi. Tapi ada pengajaran yang terselit disitu. Selepas merogol kita mesti bertanggungjawab. Jangan nak lepas tangan je. 5 star.
ReplyDeletemerogol tak sepatutnya berlaku. Cinta nafsu semata2. cinta sepatutnya disulam rasa hormat dan tanggungjawab, barulah jadi cinta sejati. Kalau cinta nafsu ni tak bertahan lama, tuntas jer nafsu, abis la cinta tu. hmmm
ReplyDeletebuku ni bagus sangat...
ReplyDeleteciter kak meen nih best tapi buku barunyer Gerimis Rindu x best..ala2 suam kuku g2..hampa gak ler..
ReplyDeletewaaa.. byk nyer bintang... terang benderang post ni :)
ReplyDeleteGerimis Rindu saya blum baca tapi will read soon :) saya lebih suka Warna Hati berbanding Kasih yg Suci ni :) tapi dua2 citer ada tarikan tersendiri.
ReplyDeleteha ah..watak elena tu menyampah glerrr..mgada2 plk tu...dh la seksi habis..ada ke pakai jeans sendat ngan tshirt ktat trdedah kat dada dia kata x seksi tpi smbahyg cukup 5 waktu...apa benda tue..kawan saya smpai x leh nk tgk cover nvl nie,trlalu mnyampah katanya...he3
ReplyDeletekolo buku lagenda bdk setan bleh sampai ke pawagam ni plk novel kasih yg suci......sy sng2 brharap agr novel kasih yg suci in keluar di pawagam......
ReplyDeletekalau citer yg di jadikan movie biasanya ada penerbit yg sanggup nak terbitkan.
ReplyDeletenovel ni dah jadi drama kan?
ReplyDeletekat tv3 aaron aziz dengan siti zaleha (adik sam bunkface)
teringin nak baca pulak.
Yara, kita sempat tengok first episode semalam. lepas tengok upin ipin terus switch channel :) Dalam drama Nora Elena tu, Seth Tan mixed chinese + melayu
ReplyDeletetsuhairaf, tak dapat masuk pawagam, masuk tv 4 kali seminggu pun ok lah :)
sejak keje xsempat nk tgok novel2 kt pasaran...ble citer Nora Elena kuar kt TV3 trus nk tau lebih lanjut novel ni...nk beli online kt karangkraf dh out of stock plak..adakah sy terlambat tau..huhuhuhuhu...citer ni mmg cam best jek...tp nk baca trus dr novel...sbb klo drama slalunya dia ubah2 sket...huhuhuhu
ReplyDeletesejak keje xsempat nk tgok novel2 kt pasaran...ble citer Nora Elena kuar kt TV3 trus nk tau lebih lanjut novel ni...nk beli online kt karangkraf dh out of stock plak..adakah sy terlambat tau..huhuhuhuhu...citer ni mmg cam best jek...tp nk baca trus dr novel...sbb klo drama slalunya dia ubah2 sket...huhuhuhu
ReplyDeletebiasanya kalau keluar drama, diorang republish balik sbb ramai akan cari semula novel ni. Memang cerita kat tv tu dah diolah semula.
ReplyDeletedah penah bace buku ni (credit to my sister in law! sebb bagi pnjam).. pnghayatan ketika membca mungkin blainan dari realiti.. (mungkin sebb pelakon pompuannyer saye tak brapa kenal).. papepun.. thumb's up for writer ni.. kite kena tulis cerita yang lain dari yang lain baru orng seronok nak mgikutinya..leih kurang mcm cerita kat tv.. if same je, cinta di tindas sebb kekasih orang kaya,mak tiri kuat mendera , rebutkan harta(merujuk pada crita indonesia).. lame2 orang pon oring
ReplyDeletenovel ni best sgt..btol la kta penulis kita xnk terlepas satu ayat pun bl bc..tp bila dah dbuat movie lagi la excited nk tgk.dah la Aron Aziz yg berlakon..xsbr nk tgu episod sterusnya..
ReplyDeleteDeeya :) Meen Zulaikha dah ada buku baru "Rindu Di Awan Biru"
ReplyDeletedilathegreat :) citer thai? last skali follow, citer Pheonix Blood, tu pun tanya adik baru ingat tajuk. hehe. Citer dia best tapi aku pun dah lupa citer dia mcm mana. Thanks for the Link! Bila mood membaca merudum, bleh la layan youtube. hehe.
Aizamia :) kan? kan? skrg kul 7 dah tercongok depan tv :)
akhirnyer buku yg berulang kali ku baca dilakonkan..tak sabar menontonnyer...
ReplyDeleteceriter yg menarik dan membuai perasaan
ReplyDeletesueafz & jade73: Tinggal lagi 12 episode saja :)
ReplyDeletedilathegreat: kiter dah terrrrrrrrrrrrr'sawan' biang. abeh arr. Dah lebih dua minggu tak post review. Ending dia tak puas hati.