Rating: | ★★★★ |
Category: | Books |
Genre: | Romance |
Author: | Bikash Nur Idris |
Terbitan NHF Media
"Bahagia tidak dimiliki, hanya dicipta..."
permulaan kisah Atas Nama Cinta ini adalah epilog dari buku 'Dengan Nama Cinta'. bermula dari situ cerita ini mengekor kisah Genelia yang ingin berjauhan dari keluarga supaya tidak terkongkong dan dia ingin memiliki cinta seperti mereka-mereka dalam "Dengan Nama Cinta"
Hafidz, kawan Seri (dari kisah Kau Yang Bernama Seri) dicemburui oleh Za'ba. Za'ba tak dapat menahan diri dari berperasaan begitu dan menyarankan Hafidz mendapatkan pasangan hidup supaya dia tak berprasangka. itu merupakan salah satu sebab mengapa hafidz setuju dgn pilihan ibunya utk bertunang dengan Noni yang manis-berbudi bahasa-dan-cantik-menawan yg tak pernah ditemuinya.
Pertemuan pertama antara Hafidz dan Genelia adalah satu tragedi yang mencetuskan 'pertarungan' antara Minah Kelawar dengan Penyapu Man. Interesting battle, semua kena baca nih.. hehe.
I enjoy reading every page and Bikash never fail to make me smile, laugh and cry. Kisah Genelia-Hafidz byk mengingatkan saya pada kisah Za'ba-Seri, tapi Genelia ni lebih berani dan berterus terang dan situasi Genelia-Hafidz jauh berbeza dngn Za'ba-Seri. Yg mengganggu fikiran saya lepas baca buku ni adalah.. APA JADI DGN ZA'BA DAN SERI? ala jgn la abis macam tu saja.. kena ada sambungan nih.
Saya masih agak keliru dengan kedudukan Hafedah dan Fazly dalam kisah ini. Seingat saya Hafidz ikut keluarganya semasa merisik 'Noni' di rumah En. Rahim dan Puan Saliha, macam mana pulak Hafedah yg bertunang dgn Hafidz? En. Rahim ngan Puan Saliha tu parents kepada Hafedah ker parents kepada Genelia? *garu pala* Sepanjang perbualan Genelia dgn ibunya atau bapanya, kata ganti diri mereka hanya dirujuk sebagai 'mama' dan 'papa'. dah lost counting berapa kali baca bab 52 dari muka surat 609 hingga 614 sbb nak pahamkan kedudukan ni.. but i'm still confused. apa yg saya faham, en. Rahim ngan Puan Saliha tu parents kepada Genelia. Maksudnya Genelia tu lah Noni. tapi macam mana pulak Hafedah yg bertunang dengan Hafidz? arghhhh confuse!
tergelak lagi bila baca part opah chik teringin nak bercinta jugak bila tengok kemesraan Genelia-Hafidz semasa kontrak 'membina kenangan' mereka bermula, dia tunggu paklah (PM) tapi paklah dah nak kawin dah weekend ni.. aduih.. frust la opah chik.
sure fine whatever
rinn
Sinopsis belakang buku:
'Cinta ibarat berlian
yang mempunyai benih faset. Jernih atau
kabur cahayanya bergantung
kepada penggosoknya'
Genelia hanya mahu jauh dari keluarga, demi cinta. Hafidz hanya mahu menjauh dari curiga, demi sahabat. Lalu mereka lalukan perkara yg serupa; berbohong. dan, pembohongan itu mencengkam hati mereka lantas dengan nama cinta mereka berikrar, mahu mencipta kenangan demi dibawa bersama. Hanya satu masalah yang timbul: Kenangan akan mengejar lau mereka menjadi tamak, mahu memiliki CINTA - sepenuhnya.
RM20.90
645 muka surat
Saya ada la email kat bikash pasal kekeliruan tu.. and she replied:
ReplyDelete"askum. hmm, kak rin (ye ke kak?) adlh org kedua soal sy begitu sb confuse. sy pon x fhm nape. okeylah, genelia is not noni, but feda. en. rahim n pn. saliha parents noni aka feda sdn en. rahim n pn. ghaziah if not mistaken is genelia's parents. sy mmg nak pembaca sangka noni is genelia at the beginning tp bila bab yg nk last tu, tima genelia, hafids, fadzly n feda di rumah lia, masa tu lah sy 'bagitau' penulis lia is not noni. sy mmg sengaja bwk bab mak feda nk panggil feda masuk ke rumah mak lia, nk pggl feda. pembaca takkan tahu lg masa tu siapa noni sampailah fidz dah ada di rumah genelia.
mmm, fhm?"
Paham la kot hehe.. maksudnya yang Pn. Saliha pegi panggil dalam bab 50 tu adalah 'Hafedah' bukannya 'Genelia'. Dan sambungan dlm bab 51 tu adalah selepas mereka semua bertandang pulak ke rumah Genelia, part mama Genelia pulak panggil Genelia kat biliknya.
sure fine whatever
Rinn