Rating: | ★★ |
Category: | Books |
Genre: | Romance |
Author: | Puteri Andalas |
Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad
"Kasih Tak Boleh Diusir
Benci Tak boleh Diundang"
cara penceritaan yang sangat mudah dan tak berbelit belit. sangat
straight forward dan ada peningkatan kisah dalam setiap bab. setiap
konflik dan persoalan yang ditimbulkan dalam buku ini ada
penyelesaian dan akhirannya. This is quite good for a 300 pgs punya
citer, kira tak tebal sangat la tapi mampu ditamatkan setiap konflik
dengan baik dan tak der la kita menutup buku ni dengan perasaan tak
puas hati.
Kisah utama adalah tentang Rosalina, gadis cina yg berkahwin dgn
Hadi walaupun ditentang keluarganya. Keluarga hadi gembira
menerimanya. Cerita dimulakan setelah beberapa tahun mereka
berkahwin dan sudah timbul rasa bosan dan dinginnya hubungan suami-
isteri mereka. pemergian Rosalina ke Kanada mewujudkan minatnya
terhadap jejaka handsome, Rodney yang turut menyukai Rosalina. Hadi
juga teruji dengan kehadiran Zetty yg tanpa segan silu menggodanya.
Cinta di hati mereka masih ada dan kembali teguh especially bila
mengetahui Rosalina sdg mengandung. Rosalina kembali menghayati
hidupnya sebagai Muslimah dan mahu anak dalam kandungannya membesar
dalam suasana Islam, mendengar ayat2 suci al Quran. Perubahan
Rosalina turut menimbulkan rasa insaf pd Hadi yang sebelum ini tidak
mementingkan agama.
Kelahiran Aliff rupa2nya turut mencatatkan pemergian Hadi yg
terlibat dlm kemalangan jln raya. Kemudian diikuti pulak dgn
kematian ayah kandungnya. Peristiwa2 ini merapatkan semula hubungan
Lynn dgn ibu kandungnya, adiknya serta ibu mertuanya yg patah hati
dgn sikap suaminya yg bermain kayu tiga dgn pembantu rumah mereka.
Tak sangka langsung kehadiran Mak Kiah dlm cerita ini ada motifnya
tersendiri. rupa2nya adik Lynn adalah anak kandung Mak Kiah yg
pernah berkahwin dengan adik kepada bapa Hadi (err paham tak? hehe).
Mula2 tu saya ingat ker bapa Hadi tu suami mak kiah jugak! Penulis
bijak mengaburi mata pembaca supaya tak dapat meneka hal ini.
Rosalina semasa menjanda mula memahami yg Aliff dahagakan perhatian
seorang bapa. Rodney kembali mencarinya dan melamarnya, pada masa yg
sama Dr Hilmi yg menyambut kelahiran Aliff turut mengharapkan
cintanya. so nak pilih sapa? kalau cinta, rasanya Rosalina lebih
menyintai Rodney (tapi ada masalah dari segi geografi, rodney duduk
jauhhhhhh), tapi kalau Dr Hilmi tu dia kena belajar menyintainya.
sure fine whatever
Rinn
Sinopsis belakang buku:
Cinta tidak mengenal bangsa. Mengimbau kembali lorong berduri yang
pernah disusuri. Rosalina rela meninggalkan agama asal demi kasihnya
pada Hadi. Agung sungguh perasaan yang bernama cinta, meskipun
terpaksa buang emak, buang saudara namun perkahwinan penuh kerikil
ini tetap diteruskan.
Tiada siapa mengimpikan perpisahan. Trauma kehilangan Hadi di saat
Rosalina berjuang melahirkan Aliff diterimanya sebagai ketentuan
takdir yang ingin menguji keimanannya. Pun, hidup perlu diteruskan.
Berdiri atas kasih sejati seorang Islam, Rosalina akur dengan
tanggungjawab untuk mempertahankan akidahnya.
Kehadiran semula Rodney, pemuda kanada yang pernah singgah di hati
bagaikan mencabar ketakwaannya. Saat diri berada dalam kekeliruan,
ketulusan Dr. Hilmi yang ingin mengisi ruang bahagia bersamanya
menambah resah di dada. Tidak sanggup dibelenggu kenangan lalu,
hatinya terbuka menerima pengganti. Apatah lagi menatap bening mata
Aliff yang rindukan belaian seorang ayah, membuatkan Rosalina
terpaksa memilih antara dua.
JALINAN KASIH. keunikan sejarah cinta dua insan dalam lingkaran
kehidupan sosial masa kini. sesungguhnya, cinta bersifat universal.
Abadinya kasih suci, tidak membatasi konflik keluarga, keturunan,
budaya malah antara dua benua sekalipun. Hanya kekuatan dan
keyakinan diri dapat mengatasi segala rintangan yang melanda.
RM12.00
300 mukasurat
tiada manusia yang sempurna...tapi selagi IMAN kita teguh..insya-allah TUHAN tetap bersama kita....
ReplyDelete