Tuesday, June 12, 2007

Cinta Lukisan Jiwa

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Dina Najat
Cinta Lukisan Jiwa by Dina Najat
terbitan Kaki Novel Enterprise

"Bila rindu membeku, bayang kasihmu memburu langkahku..."

Saya tertarik dgn pantun pada permulaan kisah ini. Saya amat suka cara
penceritaan kisah Diyan ketika dia di kampung. tetapi apabila kisahnya
di bandar bermula saya merasakan rentak pembacaan saya kurang
berkobar-kobar. Watak negatif seperti Ray dan Nadia memang
menjengkelkan dan berjaya membuat saya menyampah tapi setelah kesucian
Diyan diragut oleh Roy saya tidak dapat merasa impak kesedihan yg
dialami oleh Diyan. Macam, ermm tak kisah jer.. tak rasa nak gi
mengadu kat sapa2, pegi sepital ker pegi balai polis ka. even watak
yang sepatutnya besimpati seperti Riezman pon seolah-olah tak kisah
jer. Riezman lebih pentingkan maruah adiknya, Roy daripada maruah
Diyan yg dicintainya. Kenapa Diyan terlalu mudah percaya pada Riezman
yg pernah mencuri diarinya, yg adiknya meragut kehormatannya hingga
tak kisah bermalam di rumah Riezman. Rasanya kasih Fadhil jauh lebih
kuat buat Diyan berbanding dengan Riezman.

Diyan yang baru keguguran terus boleh pegi mencari pakciknya. melawat
pakciknya di hospital. orang yg dianggap sbg ayahnya sendiri
ditinggalkan sendirian kat hospital di KL yang pakciknya tak biasa dan
Diyan balik ke kampung mcm tu saja? Peh tu bila pakcik dia dah
discharge dah terkontang kanting tak tau nk pi mana.

saya terharu dengan keakraban Saodah dgn Diyan. Mulianya ikatan
persahabatan buat Diyan sehingga dia sanggup kehilangan segala-galanya
asalkan Saodah kekal sebagai sahabatnya. They share a beautiful
friendship.

Saya agak suka dengan 'pembalasan' yg diterima oleh ibu saudara Diyan,
seorang kejam dan kuat cemburu memkhinzir buta. walaupun agak tragik
tetapi berbaloi la dengan apa yang telah dilakukannya kepada Diyan.

sure fine whatever
rinn

Sinopsis belakang buku:

Diyan sudah bosan dipandang rendah oleh orang kamung. Benteng
kesabarannya kian rapuh tatkala cinta Effendi semakin jauh. Apatah
lagi keputusan STPM tidak membanggakan.

Sakit di badan usah dikira, sakit lagi di hati apabila impian berkecai
akibat dengki manusia. Nekad mahu mengubah nasib diri, bumi KL
dijejaki. Tidak terduga olehnya, penghijrahan itu membawanya ke banglo
milik Datin Najwa Atilah, chef masakan yang terkenal di Malaysia. Di
situ dia terpaksa 'berkenalan' dengan penghuni banglo itu. Antaranya
Roy si pelumba motor haram yang licik, dan nadia peguam muda yang
memandangnya hanya sebelah mata. semua ini membuatkan Diyan lemas!

Tetapi kehadiran Sabrina bt. Riezman benar-benar menyerika hidup Diyan
dan telah mengembalikan semula nostalgia silamnya.

Diyan - "Rina tak ubah seperti aku ketika kecil, kami tandus kasih
sayang seorang bonda, bezanya aku tidak buta. Tapi Rina buta kedua dua
belah mata."

Rupanya diri Diyan diperhatikan oleh seseorang. Ikrar Dr Riezman yang
juga ayah Rina seakan luntur tatkala berhadapan dengan Diyan.
Kepercayaannya kepada wanita telah goyah cuba dibangunkan semula,
namun curiganya mengatasi rasa cinta.

Dr Riezman - "Mencintai Emylda merupakan satu kesilapan dan mencintai
Diyan pula bagai mengulangi kesilapan yang sama. Diyan. Emylda ~ tiada
beza"

Benarkan Diyan sama seperti Emylda, bekas isteri Dr Riezman yang telah
berlaku curang? Jika benar, mengapa Fadhil dan Dr Riezman, 2 orang
lelaki yang sama hebat dan kuat semangat berusaha memburu cintanya?
Rupa Diyankah atau peribadinya? Atau mungkin hatinya yang masih putih
belum ternoda dengan hipokrasi dunia?

Hipokrasi dunia?

'Cinta Lukisan Jiwa' ada jawapannya.

DINA NAJAT (atau nama sebenarnya Siti Fauziah SH Ali); karya pertama
beliau 'Takdir Cinta' telah tersenarai lebih 10 minggu dalam carta
Novel Melayu bestseller, kini muncul dengan karya kedua 'Cinta Lukisan
Jiwa' yang lebih menggegarkan emosi.

RM18.00
480 mukasurat

No comments:

Post a Comment