Sunday, June 24, 2007

Lagu Rindu

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Ayu Emelda
Lagu Rindu by Ayu Emelda
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd

"Mengapa hati ini semakin rindu tatkala menatap wajahmu?"

Ayu Emelda, 2nd book dah kuar tp saya baru berkesempatan membaca
karya nya yg pertama dengan alaf. Sebagai penulis baru, AE memilih
kisah cinta selepas kawin utk menarik pembaca malaysia yang rata2
cenderung memilih genre ini utk dijadikan bahan bacaan menghiburkan.

kisah ini berkaitan Alea, seorang gadis yang diselubungi rasa ragu
dan cemburu pada seorang lelaki bernama Aqmal. Aqmal mengaku
menyintainya sepenuh hati tapi pada masa yang sama dia kelihatan
intim dengan dua wanita lain iaitu Julea dan Sofea. Alea mmg syok
kat Aqmal tapi keikhlasan Aqmal diragui. Mereka bercinta hanya
seketika tapi kemudian putus kerana Alea terlalu cemburu dan tak
mahu kecewa kemudian hari.

Kepulangan ke Malaysia membuka cerita baru bila Aqmal meminta
bapanya yg kebetulan kenalan lama bapa Alea utk masuk meminang Alea
utknya. Alea keberatan menerima, tapi sikap neneknya yg tk mahu adik
alea langkah bendul Alea memaksa diri bersetuju. Alea ni sering
dimarah neneknya sejak kecil lagi. masa kecik dia dipukul dgn tangan
bila besar dia dipukul dgn kata2.

Perkahwinan dgn Aqmal mcm biasala kalau kawin tanpa rela ni ada
diselitkan kisah2 tak sebilik, sekatil semua tu. Aqmal sabar dgn
kerenah dan kehendak Alea. Semasa isu Sofea-Aqmal dah mendapat
pemahaman Alea, isu Aqmal-Julea pulak menjadi punca Alea bersikap
dingin. he expect Alea to understand, tapi tak beterus terang. Bila
dia nampak Alea ngan Haikal cepat pulak dia melenting marah sampai
tinggalkan rumah. Lelaki lebih dahsyat cemburu lah pulak. Kesian
pulak Alea yg dpt suami hensem, ramai orang nak tackle. kat opis
saja dah ada dua saingan walaupun dia isteri Aqmal.

konflik nenek yg marah hanya diselesaikan dgn pertolongan Alea
meminta neneknya dibawa segera ke hospital sbb sakit. Ekcili i was
expecting more of nenek dgn Alea punya scene, neneknya tak der pulak
bagi alasan logic utk melayan Alea dgn begitu buruk, takkan hanya
sekadar Alea utk anak dari perkahwinan kedua ayahnya kerana neneknya
mahukan cucu perempuan. Semasa awal kelahirannya neneknya memang
sayang kat dia. Kelahiran adiknya Misya mengalih kasih sayang
neneknya dn digantikan dengan kebencian yg melampau.

sure fine whatever
Rinn

sinopsis belakang buku:

Dia pernah mengaku mencintaiku. Ingin menjadikan hbungan ini lebih
serius dan bermakna. Dia membuatkan aku memasang angan-angan tentang
masa depan. Hidup bersama sebagai pasangan bahagia. Dan... sejak
Aqmal meluahkan rahsia hatinya, aku juga telah menyatukan jiwa utk
mencintai dia seorang.

Indah kata yang diucapkan dulu rupa-rupanya satu nista. Pembohongan
seorang lelaki kasanova yang sudah biasa menyusun harapan palsu.
Lihatlah kini, apa yang ada didepanku. Gelagat Sofea membuatkan
kasihku pada Aqmal sedikit malap. Tak mungkin aku akan menerima
seorang lelaki yang tidak ada pendirian. jauh benar penilaian
pertamaku tentang karisma yang Aqmal miliki. Jika benar hatiku
untuknya, kenapa kehadiran Sofea seperti begitu bermakna buat
dirinya?

Aku sebenarnya takut seandainya kasihku terputus di tengah jalan.
Khuatir, jika rasa sayang Aqmal berpaling kepada insan lain setelah
seluruh perasaanku menjadi miliknya. Bimbang andai cinta beralih
arah tatkala kuserahkan jasadku kepadanya..

Tangisan semalam sudah ternoktah. Aku tidak sebodoh itu membenarkan
hati menerima kehadiran cinta yan bukan untukku. Meski sesekali hati
digamit cemburu dan rasa rindu mengetuk kalbu, namun aku nekad...
hati ini tidak akan terus terluka kerananya. Yang pasti aku tidak
mahu usia mudaku dibelenggu derita madu cinta!

RM17.00
445 mukasurat

2 comments:

  1. best ker kak citer ni??
    kasi 2 bintang jer ek??

    ReplyDelete
  2. orang yang suka kisah cinta lepas kawin mesti enjoy baca citer ni. bagi 2 bintang sebab citer ni agak sama dengan citer lain yang akak pernah baca...

    ReplyDelete