Friday, January 16, 2009

Suci Wajah Rindu

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Zuraidah Othman
Suci Wajah Rindu by Zuraidah Othman
Terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd
Tahun 2008


"Pelangi Cinta yang kita titi bersama itu adalah rindu yg kupintal tatkala kehilanganmu"


Nama Zuraidah Othman memang tak asing lagi di pendengaran aku. Ramai yang menyebut2 namanya sbg penulis kegemaran. Akhirnya merasa jugak aku membaca novelnya "Suci Wajah Rindu" nih :) thanks to Azah dari suteraonline :)


Memang seronok menatap kisah hidup Wa yang penuh dengan dugaan. Sebagai anak dia tersisih dan sering disalahertikan kerana kakaknya Farah Hani sentiasa cuba utk memburukkan reputasinya di mata keluarga dan org kampung. Ibunya terlalu mengasihi Farah Hani sehingga anak kandungnya, Najwa tersisih.


Farah Hani ni kepala otaknya memang cergas dan cerdas. bab belajar pon terer tapi sayang kebijaksanaannya digunakan 100% utk memporak perandakan hidup Najwa. Sanggup dia meneruskan majlis pertunangan yang awal2 lagi dia tahu tak jadi semata-mata utk meletakkan satu kesalahan yg amat besar di bahu Najwa yg terkebil-kebil tidak tahu letak duduknya perkara itu. Dia terus disisih saudara mara. Bapanya pergi berjumpa tunang tak jadi si Farah utk mendapatkan cerita sebenar, namun berita gembira tidak sempat disampaikan kpd sesiapa kerana dia bertemu ajal dalam perjalanan pulang. Najwa terkapai-kapai. dia berusaha mencari pekerjaan yang tidak melibatkan kakaknya supaya kakaknya tidak mengungkit di kemudian hari.


Pilihannya amat tepat kerana itulah titik tolaknya dia bertemu semula jejaka yang pernah mencuri hatinya sejak berusia 11 tahun! Memang sesiapapun mudah jatuh sayang pada Najwa yang jujur dan manis. :)


kisah yg membuat kita tersenyum, menangis, geram dan menutup buku dengan rasa puas.


sure fine whatever
rinn


Sinopsis belakang buku:


10 tahun lalu AJ pergi meninggalkannya bersama untaian janji yg tidak pernah tertunai. Dia meyakinkan diri bahawa AJ hanya sebahagian dpd mimpi. Tidak mungkin hadir di alam realiti. Dendam dan benci kesumat kak long menolak dirinya semakin jauh dari hidup AJ hinggakan terlalu sukar utk dia menjejaki lelaki itu. Biarpun rindu terhadap lelaki itu masih berdenyut namun... terlalu mengharapkan keajaiban berlaku bukan dia orgnya.


Dlm parah membelai rindu, dalam pedih membuang onak angkara kak long dan dalam kepayahan menggapai kasih ibu, tiba2 pada satu subuh yg indah, lelaki itu hadir merawat luka...


RM22.90
isbn: 9789838938402
480 mukasurat

21 comments:

  1. Bila baca macam best laaa..nanti nak cari laa..:-)

    ReplyDelete
  2. Datinella :) selamat menghunting for this book :) saya pun nak ler cari buku2 zuraidah othman yang lain

    ReplyDelete
  3. erm cm besh ni, kne cr hehe
    tp agk ssh nk cr tulisan zuraidah othman ni kn2

    ReplyDelete
  4. sukeeeeeeee sgt22222222 dgn Wa & Jiyo.. (theverytheromatic.com).... hmm, d zaman ni susah nak cari org yg setia like both of them... it makes u cry..laugh...smile...& respect pendirian mereka.. Kenaifan + Kemanjaan Najwa & Keteguhan Cinta Arif Jauhari... perfect combination...
    dah 3X pinjam di libry BUT belum dpt beli buku nye lagi.... huhuhu.... :-(

    ReplyDelete
  5. iejay memang suka sangat dgn karya2 ZO... suci wajah rindu ni memang pengubat rindu sebab dah lama sangat dia tak ada buku baru... Pada iejay ZO ni karya dia selalu lucu, watak2nya hanyalah gadis biasa2 (bukan superb pandai dan kaya) dan selalu naif tetapi mampu jadi heroin yg kita puas hati dengannya...

    Gandingan Wa dan Jiyo tu memang sangat2 sweet...

    ReplyDelete
  6. nama dia mcm penah tengok , tapi tu la tak penah baca karya dia. ni lah yg first akak baca. Ada gak yg rekemen hasil tulisan ZO nih. akak penah tengok buku2 dia yg terbitan syarikat ahadiat akashah tu tapi tajuk2nya tak ingat lah pulak

    ReplyDelete
  7. lorr naper ti tak beli? hehe saya pun tak bli lagi. nanti masa pesta buku boleh la pegi hunting buku nih.

    ReplyDelete
  8. setuju 100% dgn iejay... adus.. bermulalah misi aku mengumpulkan buku2 ZO :)

    ReplyDelete
  9. kat s'pura ni tak byk pilihan... so if gi seberang tambak tu baru more choices BUT mesti nak dptkan buku ni jugak!!! hahaha... dah jatuh (tak sampai tergolek2 lah...hehehe) syg dgn Wa & Jiyo.... wakakaka...

    ReplyDelete
  10. I wish u best of luck in hunting this book lah Ti :) selamat layan jiwang hehe.

    ReplyDelete
  11. iejay ada few buku ZO terbitan company ahadiat... kalau kak rinn nak pinjam... boleh aja... semua tahap nipis2 dan rasanya dlm sejam kak rinn dah boleh habis satu buku... :)

    ReplyDelete
  12. bleh pinjam? wah ini sudah baik. heheh.. org ngantuk disorongkan bantal, kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan. btw iejay, good luck with your first novel. tak sabar pulak nak baca :)

    ReplyDelete
  13. last week Niera hbs baca novel ni..patutlah dpt sambutan hangat mmg best pun..!!!
    perempuan cover novel ni cantik la.. :)

    ReplyDelete
  14. cerita dia menarik jugak. tapi dahsusah nak dapat di pasaran. Kat kedai 2nd hand bleh dpt lgi kot :)

    ReplyDelete
  15. Salam semua. saya zuraidah othman, makcik zuraidah othman...dah tua dah.terima kasih byk2.saya tak sangka ada lagi yang meminati tulisan saya.mmbca coretan adik2 semua membuatkan azam nak tulis novel baru makin membuak2.sewaktu menulis novel najwa/aj ni saya memang sentiasa ceria dan berharap andai itu novel terakhir saya, ianya mampu menyentuh ramai hati.kalo nak chat dgn saya cari fb - email indahati66@yahoo.com

    ReplyDelete
  16. salam semua.Saya zuraidah othman, makcik zuraidah othman...dah tua dah.terima kasih atas sokongan adik2 semua.memang, sewaktu menulis kisah wawa/aj saya sentiasa berharap kalaulah ni novel terakhir saya, biarlah ianya mampu menyentuh byk hati.kalo nak chat dengan saya,cari fb -email saya indahati66@yahoo.com

    ReplyDelete
  17. huhuhu... tk dpt bk ni time B/F.... publisher tk print on time la..

    **thanks to RIA yg bersusah-payah nk dptkn this bk for me but unfortunately tk de rezki lagi lah... tnx dear!!**

    will keep on trying.. hehehe...

    ReplyDelete
  18. kakak la apa plak makcik :) citer best per... tak der mcm makcik2 pown. hehe. harap2 nanti ada la novel baru dari kak zuraidah othman ye?

    ReplyDelete
  19. tulah... susah dah nak dpt. nasib2 jer kalau sapa dapat. tht day naper tak cuba jengah kedai buku yg kat the mall tu? seberang jalan jer :) mana taw kot2 ada. good luck, harap2 jumpa buku ni nanti :)

    ReplyDelete