Friday, January 16, 2009

Harum Chempaka

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Norhayati Berahim
Harum Chempaka by Norhayati Berahim
Terbitan NB Kara Sdn. Bhd
Tahun 2008


"Cinta itu datang ketika hatinya tertutup"


Dah lama tak mengulit buku NB :) akhirnya berjaya juga menghabiskannya. Terima kasih kak ima for the book.


Dalam karya kali ini NB membawa kisah yang jarang2 sekali kita ambil kisah. Dalam suasana kampung juga berlaku kes sumbang mahram. Seorang suami yg menjalinkan hubungan dengan adik ipar sendiri. Entah ke mana hilangnya pertimbangan kemanusiaan. Sudah hilang iman, sudah hilang rasa takut kepada YANG MAHA BESAR. Perkara sebegini sudah berleluasa di sekeliling kita, membuat kita terfikir, apa nak jadi dengan dunia sekarang? kita sudah dikelilingi perkara2 yang dilaknati Allah. Wallah ua'lam.


Tak sah karya NB kalau tak ada watak lelaki yang kita benci sangat2. Tak kiralah heronya atau watak sampingannya. Saya bersyukur sangat2 sebab Chempaka tak end up dengan Sheikh Adli yang sentiasa fikir dialah yang terbaik sehingga Chempaka diperlekehkan tanpa rasa simpati. Geram juga memikirkan Chempaka yang lama mempertahankan persahabatan dengan manusia yang macam Sheikh Adli tu. namun Sheikh ADli terpaksa menelan kembali penghinaan yang pernah dilontarkan kepada Chempaka apabila dia sendiri jatuh cinta pada Chempaka. Itu pun sebab ada lelaki lain yang berkenan dan serius nakkan Chempaka tu. bukan calang2 orang, pilot tuuuuuu. Barulah kalut Sheikh Adli nak menunjukkan rasa cinta dia pada Chempaka. tapi guna approach ala2 caveman zaman batu. tak bertamadun langsung! ishskkk!! marah ni!


Chempaka, wanita tabah menempuh hidupnya yg telah tunggang langgang ditinggalkan ayahnya. Ketabahan yang diwarisi dari ibunya menjadikan dia wanita kental. Rezeki mereka sekeluarga semakin murah namun kerenah adik bongsunya, Dahlia, sekali lagi memalit lumpur dalam sejarah keluarga mereka. Namun semua itu tidak menghalang Andrian utk menaruh rasa kasih buat Chempaka yang sudah dikenali hati budinya. Bunga Chempaka di laman makcik Kejora disunting penuh berhemah namun siapa tahu, ada tragedi menunggu di salah satu persimpangan hidup mereka.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Cinta.
Kadangkala datangnya sekelip mata,
kerapkali hadirnya mengambil masa.
Ketika hatinya merasa cinta,
tidak ada yg sudi menerima.
Ketika hatinya tertutup pada cinta,
cinta itu hadir sehingga menyiksanya.
Chempaka sedar,
benarlah kata orang,
cinta bukan sahaja membuat orang gembira
tetapi boleh mati kerananya.


RM24.00
isbn: 978983437369
685 mukasurat











12 comments:

  1. last baca NB sakitnya sayang
    so kne cr gak la buku ni, new novel ke kak rinn?

    ReplyDelete
  2. akak blum baca lagi 'sakitnya sayang'. hari tu masa open house NB sempat beli 'Hati Yang Luka' yg versi cover hitam :) Beli buat simpan jer sebab dah baca hehe.. nanti biler mood baca datang balik boleh la layannnn... novel Harum Chempaka rasanya yg awal tahun 2008. Yg akhir tahun 2008 buku CHINTA.

    ReplyDelete
  3. ooo so kne cari 2 buku la ni
    yg ni & chinta hehe

    ReplyDelete
  4. wah fanatik NB nih. jgn lupa kumpul semuanya :)

    ReplyDelete
  5. hehe mmg pun
    novel die ngn alaf ada sume hehe
    cume yg terbitan sdr ni kurang ada coz xtau

    ReplyDelete
  6. Boleh tengok listnya kat website NB kara rasanya..
    kalau tak salah buku2 nb ngan nbkara seperti berikut (siap bagi list nih). Yang terbitan semula tu i'm not sure if yg lain adalah versi terbitan semula or not. Mungkin ada lagi, ni yang list saya sempat kumpul tadi. :) semoga dpt membantu airina menghunting buku2 NB ye?

    1. biarkan aku menangis
    2. Bunga kasih - terbitan semula
    3. Cinta jgn kau pergi
    4. kembalikan cintaku
    5. hati yg luka - terbitan semula
    6. harum chempaka
    7. chinta
    8. kasih yang tercalar
    9. murni kasih
    10. sakitnya sayang
    11. terima kasih kekasih - terbitan semula
    12. tiada batasan sayang
    13. tidak aku bersuara
    14. Setulus Cinta - terbitan semula

    ReplyDelete
  7. wah2 kak rinn
    ciap bg list, ni syg kak rinn lebih ni
    thanks ya =)

    ReplyDelete
  8. tak per ni list share ramai2 senang nak hunting buku nb lepas ni :)

    ReplyDelete
  9. airina, campur lagi satu buku nb dalam your list! kuar bulan depan 'SETIAP JUMAAT' by norhayati berahim. hehe :)

    ReplyDelete
  10. adehhh lagi la bertambah pjg kak rinn hihihi

    ReplyDelete