Saturday, February 6, 2010

Aku Kan Novelis

Rating:★★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Nurul Syahida
Aku Kan Novelis
Penulis: Nurul Syahida
Terbitan Buku Prima
RM17.90
sabah/sarawak RM20.90
455mukasurat
Cetakan Pertama 2010
isbn: 978-967-5489-06-8


"Dunia ini adalah pentas. Aku penulis skrip dan kau adalah watak yg aku matikan pada bab yg pertama"


Menghayati cerita ini adalah satu perjalanan yg menarik. Aku suka penyampaian selamba. Aku tau sudah semakin ramai penulis2 muda yg mula menggunakan teknik penyampaian cerita secara selamba tetapi Nurul Syahida ada caranya yg tersendiri, seperti yg pernah aku baca dalam Plain Jane. Novel nya kali ni tetap selamba dan sangat menghiburkan. Bagi pembaca tipikal spt aku, menghiburkan bermaksud, cerita yg membuat aku ketawa terbahak tebahak dan happy ending. NS sudah masuk list aku 'penulis yg bukunya mesti dibaca'.


Aku suka dengan cara penceritaan yg tidak over lapping. Kemuncak setiap kes tidak dihimpun di hujung cerita spt kebanyakan cerita. Ceritanya tidak meleret dan ada grip utk hold perhatian pembaca. Ni lah antara cerita melayu yg menggunakan bahasa inggeris dengan SANGAT baik. Aku yg tak berapa reti bahasa inggeris ni pun kadang2 rimas perut membaca bahasa inggeris yg tunggang langgang. lebih baik tulis semua nya dlm bahasa Melayu. Tetapi Nurul Syahida ni memang terer english lah. Aku ni jer english bersepah bertaburan bagai debu ditiup angin. haha.


kalau tak nak spoiler dan mahu thrill ketika membaca, jangan baca bahagian bawah ni ya?


Separuh pertama cerita menunjukkan kepakaran seorang penulis bernama Safiah dalam memberi nasihat2 berkaitan percintaan kepada dua sahabat karibnya yg saling tidak mengenali iaitu Helmi dan Iza.


Iza sudah dua tahun akrab dgn Hisham. Mereka sangat serasi dan saling memahami. Iza mahu Hisham melafazkan sesuatu yg pasti supaya hubungan mereka dpt diteruskan tanpa tanda tanya, siapakah dia di sisi Hisham. Dua tahun berlalu tanpa apa2, tapi mereka tetap gembira bersama. Hisham pulak seperti tidak ingin melafazkan cinta kerana macam sangat selesa dengan kedudukan Iza di sisinya.


Helmi jatuh chenta tak hengat dengan Jia Huey. Dia menyangka cintanya berbalas tetapi rupa2nya ada udang di sebalik batu. Dia pasrah menerima nasib dan demi seorg sahabat dia membantu Jia Huey dan Danny bersatu. Dia akhirnya menyedari bahawa dia dilahirkan utk menyelamatkan perhubungan orang lain.


Safi memperkenalkan Helmi kepada Iza so tht Helmi boleh bantu Iza utk membuat Hisham sedar perasaannya selama ini. Iza menolak, namun tanpa pengetahuan Safi mereka mula bertemu utk membenihkan cemburu di hati Hisham. It worked! Hisham took the relationship to the next level. Masih tidak melafazkan cinta tapi dia bawak Iza jumpa mak bapak dia. Hisham kelihatan spt seorg yg sangat takut dgn komitmen. Kehadiran Helmi membuatkan Iza sedar Hisham hanya menjadikan dia jaminan just in case along the way ada wanita yg lebih baik akan muncul. Helmi dpt membaca gerak hati Iza dan mengakui perasaannya pada Iza.


Lelaki seperti Hisham tu sudah byk kali dimenangkan dalam novel2 melayu. Aku sangat gembira dgn keputusan bijak Iza. Safi makin berbangga dgn kepakarannya hingga membuat Helmi dan Iza tidak sanggup lagi mendengar. Mereka cuba mencari masalah baru utk Safi selesaikan dan masalah itu mestilah melibatkan Safi sendiri supaya kisah mereka kurang mendapat perhatian dari Safi.


Maka tibalah Raol dlm hidup Safi. Seorg lelaki yg akan menarik perhatian sesiapa saja tak kira jantina atau peringkat umur (rambut dan sebelah matanya merah). Macam tak der masalah kepada Safi kan? sebab tak der kena mengena. Masalahnya sekarang, Raol adalah peminat novel-novel Safi dan dia mahu Safi menjadi haknya. "Gua mahu lu". Edeh... pandai2 la ko Safi nak idup. haha.


Cerita ini takkan sama dgn cerita lain kerana penulis menarikan kisah ini dgn rentak tersendiri. aku tak suka Raol tetapi dia lain dari yg lain, in a wierd and sweet way. but i kinda hoping safi sekadar 'simpan' Raol kot2 la ada yg lebih baik muncul selepas Raol hehe. Tapi nampaknya Raol makin berubah sedikit demi sedikit. Dah lama aku tak ketawa dan tergelak terbahak2 bila baca novel cinta. this writer has a lot to tell and i can't wait to read karya2 dia. Biasanya saiz tidak terlalu tebal dan ceritanya menarik :) Novel ni hadir tepat pada masanya. Membuat aku rasa nak baca lebih banyak novel lagi :)


aku nak minat nurul syahida lah!
huhu...


sinopsis/blurb:

Aku tersenyum bangga melihat mereka. Hasil kehebatanku. Hasil kekuatanku menghasilkan perasaan cinta dan mewujudkan perhubungan. Hasil seorg novelis terulung.


Apa salah aku pada kedua makhluk ini sampai mereka sanggup memperlakukan aku begini? Adakah kerana aku berlagak dgn mereka bahawa aku dpt menyelesaikan masalah mereka? Memang logik pun kan? Sudah berapa lama Iza terbelenggu dgn masalah cintanya dgn Hisham yg tak berkesudahan. Akhirnya aku mempertemukan dia dgn Helmi. Kini mereka memperkenalkan aku dgn lelaki yg serupa ini. Dengan niat apa? Supaya aku tidak mengganggu percintaan mereka dgn membelenggukan aku dgn masalah lain pula?


Aku benci dgn keresahan ini dan aku tahu mengapa. Membenci Roul menjadi sesuatu yg amat sukar. Membenci warna rambutnya sudah kurasa kurang relevan kerana ia tidak lagi mengganggu tumpuanku, malah kini aku boleh berbicara dgnnya tanpa memikirkan betapa hodohnya warna itu. Membenci bicaranya yg penuh dgn carutan juga sudah kurang penting kerana ia sudah sebati dgn telingaku. Rasa benci pada mata kanannya juga makin berkurangan kerana kini aku hanya perlu merenung pandangan mata kirinya yg hitam dan mendalam itu dan hatiku akan terasa berdebar.


------------
Sebagai seorg penulis, elemen terpenting yg harus dimiliki adalah keinginan utk memerhati keadaan sekeliling, memahami dan menjadikan ia satu rangkaian cerita. Melihat sesuatu itu dari dlm dan luar kotaknya. Juga menjadi pendengar yg baik. Aku sentiasa merasa keupayaan itu utk melihat dunia org lain dlm satu dimensi yg berbeza, sesuatu yg harus aku banggakan. Novel ini buat Fatimah, Nadiah dan Munira, teman2 yg menjadi cermin utk aku sedar diri. Dan buat 'Roul', kau pasti akan tersenyum sinis ketika ini.
~Nurul Syahida~



Buat Iza, Cintanya pada Hisham hanya akan mnjadi indah jika si pemuda melafazkan kata2 itu terdahulu kpadanya. Seorg perempuan tidak patut memulakannya. Tetapi apakah Hisham juga menyimpan perasaan yg sama?


Buat Helmi, Jia Huey adalah segala-galanya yg dimahukan dlm seorg wanita dan gadis itu jelas seperti menyimpan perasaan yg sama. Cuma dia mengesyaki ada sesuatu yg disembunyikan wanita Tionghoa itu darinya.


Buat Safiah, menyelesaikan masalah percintaan sahabat2nya adalah satu kepakaran. Menghubungkan hati dua insan adalah satu kehebatan. Sbg seorg novelis kisah cinta, dia tahu semuanya. Sehinggalah masalah muncul dlm bentuk seorg pemuda dgn rambut yg lebih merah dari api.

23 comments:

  1. ni yg tak sabar nak beli..tang t'bahak-bahak 2 yg buat hati den makin b'kobar2....!!!

    ReplyDelete
  2. cerita yg memenuhi citarasa saya :) hope u'll enjoy it as much as i do.

    ReplyDelete
  3. akhirnya..setelah menunggu sekian lamer muncul gak bintang 5 yer...nih kira wajib beli lah nih..dah tgk lamer buku nih kat kedai..tapi x der perasaan plak...so don't judge a book by the author name..hi..hi

    ReplyDelete
  4. i love nurul syahida punyer karya..it just so selamba tapi penuh bermakna, apa y die cube sampaikan like what is happen to us everyday n not like fairytale punyer story
    kene cari nih

    ReplyDelete
  5. kiter suka jer citer ni. nanti lepas baca komen lah :)
    lepas ni biler tengok nama author ni , kiter mesti rasa nak beli :)

    ReplyDelete
  6. yes you are right! memang cerita dia macam orang biasa2 nyer citer. yet she manage to give something different. amazing :)

    ReplyDelete
  7. ooooo I LIKEEEEEEEEEEEEEEEE.......he..he best sesangat..saya dok gelak x hengat punyer..part cara nak ngorat & baca body language 2 buat mulutku ternganga..ooo..citer nih mmg best..tapi...TETAPI...takat part c Safi blom jumpa Raol jer lah..pas tuh..ala..jalan citer cam novel2 chenta yg lain gak klise. Saya raser Nurul dah bubuh sumer bumbu yg syiok kat part cara Safi nak selesai masalah..bila smpi masalah sendiri..ala..biasa2 jer.Agaknyer mmg betul seorang penulis novel cinta x patut bercinta!

    ReplyDelete
  8. Rossa aku suka jer citer ni mula sampai abis. Tapi kadang2 Raol tu ngeri la... haha tapi part Sufi nyanyi n menari lagu satu labah2 cuba panjat tinggi, masa kat toilet tu, lawak giler.

    ReplyDelete
  9. he..he dapat ku byangkan kegilaan dier..tapi c raol tuh mmg ngeri lah..cam budak red metal lah pulak...mata merah sebelah tuh mmg macam syai....

    ReplyDelete
  10. ni msti gna kta gnti dri prtama kan??...
    sy kureng laa ckit....
    tpi x per nk beli jgk.....

    ReplyDelete
  11. nope. bkn kata ganti diri pertama. baca dulu baru tau kureng ker tak kureng. hehe.

    ReplyDelete
  12. ehh x ke?????bgusnyaaaaa....xde ari tu tnya kwn dia ckp cm tue...tpi mmg nk beli pun......msti best nihh..

    ReplyDelete
  13. eik? ganti diri pertama ker? huhu, sekarang aku pun dah jadi tak sure. nanti nak baca lagi sekali lah. Sbb kiter kalau baca buku, tak kisah ganti diri apa, yg penting, cara penulis menyampaikan ceritanya.

    ReplyDelete
  14. tu laa pasai...tah knpa tah jdi x suka plk pnulis yg gna gnti dri 1...xleh nk hayati laa kak..tpi xper,sbb rmai yg ckp best,nk beli jgk laa...

    ReplyDelete
  15. mgkin susah nak meletakkan diri dalam watak kot? kdg2 bila baca ganti diri 'aku' tu, kiter macam jadi perasan lah pulak. heh...

    ReplyDelete
  16. hhehe...xde la cm tu kot...tpi kan kalo pnulis tu dia ska gna aku,dia xleh la nk ctr lbh2 psl org lain..mna2 scene pn msti ada heroin...rsa cm boring ckit kot.....

    ReplyDelete
  17. owh... skop cerita jadi terhad lah. paham paham.
    citer ni tak semuanya dari sudut pandangan Safi.

    ReplyDelete
  18. haa...nk ckp yg tu laa...
    tpi da beli da bku nie,ade kt kwn...
    nti nk bca...

    ReplyDelete
  19. sudah beli dan baca buku ni. memang two thumbs up ar ! best and lawak. sy mmg jrng bca novel melayu trutamanya novel cinta sbb kbyknnya cerita romantiksss tahap geli bulu kaki. dan seriuosly say, novel ini memang something and luar dari kebiasaan. tak sgka malaysia pun ada pnulis yg sgt berbakat camni eh ? :DD

    ReplyDelete
  20. kan? kan? kan? memang tertunggu2 karya baru dia :) sekarang ni saya pengunjung setia blog dia teh-segan.blogdrive. hehe

    ReplyDelete
  21. blog dia ke tuh ?? msti pergi nih ahahaha ~

    ReplyDelete
  22. ha'ah tu antara tempat yg saya suka surf biler berpeluang :)
    plain jane ngan soalnya hati dah baca? by the same author.

    ReplyDelete